Pages

Isnin, 10 Julai 2023

Makan Dim Sum di Old' Malaya Cafe KLIA Terminal 2

Bismillahirrahmanirrahim.
Isnin, 05 Jun 2023 bertempat di KLIA Terminal 2.
Ketika itu jam menunjukkan angka 11:45 pagi. Masih ada beberapa jam untuk kami menaiki pesawat ke Tawau. Dan masih sempat untuk naik KLIA EXPRES balik semula ke KLIA Terminal 1.

Abang Farid tidak sabar untuk makan dim sum. Februari 2023 kami makan dim sum di Chris & Co: JALAN-JALAN CARI DIM SUM DI KLIA2 (KLIA TERMINAL 2) 

Sekarang sudah bertukar nama dari Chris & Co kepada Old' Malaya Cafe. Letaknya di:
Lot No L2-133, Level 2,
Terminal 2 KLIA, 
64000 KLIA Sepang, Selangor.


Sarapan di Texas Chicken, makan tengah hari di Old' Malaya Cafe.
Petangnya pula makan dalam pesawat MAS.

Old' Malaya Cafe 


Ketika kami masuk, suasana kelihatan lengang. 
Memang senanglah hendak menjepret gambar.

Tempat cuci tangan @ sinki.

Tidak lama kemudian ketika kami sedang menunggu hidangan tiba di meja, beberapa orang pelanggan mulai masuk ke dalam cafe.


Cantiklah pula warna jus buah-buahan yang sampai di meja kami ini.

Green Apple Juice  - RM10.95
Orange Juice - RM10.95
Carrot Juice - RM 10.95
Watermelon Juice - RM10.95

Watermelon Juice
Carrot Juice
Orange Juice


Firdaus : Nissin Noodle with Chicken Ham & Egg
RM16.95

Encik Suami : Malaya Laksa
RM17.95

Abang Farid bantu Firdaus makan!


Sebenarnya kami hendak makan dimsum sahaja. Jadi tidaklah banyak memesan makanan yang lain. Encik Suami pula teringin makan Malaya Laksa.

Sekarang Abang Farid pindah pula ke tempat Encik Suami.
Hendak merasa Malaya Laksa, katanya.




Banyak juga pilihan makanan yang sedap-sedap.
Kami hanya memilih dim sum sahaja.
Rasanya semua jenis dim sum kami ambil, kecuali pau!


Reunion Chicken Juicy Dumpling
RM49.95




Scallop Dumpling
RM10.95

3 Style Siew Mai
RM12.95

Flower Dumpling
RM10.95

Crystal Prawn Dumpling
RM13.95

Steamed Dimsum Mixed Platter
RM21.95

Steamed  Prawn  Rice Roll Noodle (Shrimp Cheung Fun)
RM15.95


Jom makan!
Bismillah.


Firdaus tidak lepaskan peluang  berjalan ke mana sahaja, mesti hendak bersama Abang Farid dan Kakak  Aseeyah! Sekarang kami dalam perjalanan menuju ke KLIA Express untuk ke KLIA Terminal 1.

10 ulasan:

  1. Selamat menjamu selera.
    Harga untuk t20 ni
    Takut eak nengok

    BalasPadam
  2. A'ahlah kak Amie, menarik pula tona warna air yang dipesan tu. Nikmatnya dapat makan berjenis-jenis dimsum. Firdaus melepaskan rindu tu, dah naik pesawat nanti kembali merindu Abg Farid dan kakak Aseeyah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecik-kecil jew saiz dim sum.
      Dalam kapal terbang dia menangis tu Fiza.

      Padam
  3. Amboi, Daus.. kemahen kepit ngan Abg Faridnya. Ingat Daus jalan dipimpin kiri kanan, hihi. Reunion Chicken tu nampak sedap nau nau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu jalan berkepit, dia di tengah.
      Sekarang dia kata nanti kalau sudah akil baligh, kena pegang tangan Abang Farid saja.

      Padam
  4. Kalau di tanah melaya mmg kalau boleh semua nk mkn kan? berselera abg farid makan semua dia nak makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Mira, sesekali bercuti dengan anak-anak memang tak lepas peluang makan itu ini. Balik LD nanti dapat tengok gambar saja.

      Padam
  5. banyaknya pilihan kak... geram betul. Ke sana sini abang farid merasa makanan ye heheh. Bukan main berkepit je Daus dengan abang dan kak ipar nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok boleh pilih macam-macam jenis dim sum.
      Dihidang panas, tambah menyelerakan.
      Firdaus memang hendak ikut Abang Farid dan Aseeyah saja.

      Padam