Bismillahirrahmanirrahim.
Cantik molek Kaswi Gedik Pandan!
Sudahlah harum semerbak, rasanya pula kenyal-kenyal lembut manis lemak-lemak kelapa parut.
Makan sebiji pasti hendak tambah lagi.
Hendak buat sendiri, si mambang rajin masih tenggek di Tanah Jauhar.
Kebetulan ada rakan sekerja bawa, jadi tidaklah lepas peluang ngap tiga empat biji! |
Kaswi Gedik Pandan |
|
Sebelum sambutan hari guru, geng kaki jalan belanja makan kek dulu! |
|
Syok sendiri : Tahniah buat diri sendiri di atas usaha keras yang membuahkan hasil. |
|
Buras |
|
Lauk Ayam Masak Lengkuas, Ayam Palekko, Ayam Masak Kari & Ayam Masak Merah makan dengan buras. |
|
Sate dan Nasi Himpit |
|
Sate Ayam |
|
Pizza pelbagai topping. |
|
Puteri Ayu Cheese |
|
Samosa Inti Daging
Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa murah hati membawa kuih karipap, doraemon, kuih cempiang (kuih ubat nyamuk), popia, kuih lenggang dan lain-lain untuk alas perut waktu pagi! Semuanya akan menjadi kenangan setelah kita pencen nanti. |
Belum habis viral Kaswi Gedik, muncul Kaswi Leleh pula!
Kita belum pernah makan Kaswi Leleh.
Amboi…cantiknya kuih kaswi dan kuih talam tu kak.
BalasPadamsemakin lapar perut scroll gambar makanan akak semua menggoda 😋
Cantik kan Ujie.
PadamRasanya pun sesedap rupanya.
kaswi leleh tu mcamana ye?
BalasPadamKaswi leleh tu ada santannya.
Padamaduh semuanya menyelerakan
BalasPadamKan, sedap-sedap belaka.
Padambestnya byk kuih
BalasPadamsy memang pg suka mkn kuih2
kaswi gedik, kaswi leleh adoii mcm2 la kan viral ni
Cepat betul pakar kuih-muih berkreativiti dan berinovasi.
PadamNasib baik gedik... ingat kan gedek!
BalasPadamOoohhh.... hahahahah Uncle Gedek yang tak gedik!
Padammenggodanya kasui gedik tu kak, eh semua makanan tu sedap dan menggoda iman betul
BalasPadamSedap kaswi gedik tu.
PadamNak buat sendiri tak rajinlah pulak.
Wah...lapar dibuatnya Amie! Sedap2 semua!
BalasPadamYa PH. Semuanya menggoda selera.
PadamMeleleh air liur sy nampak banyak kuih sedap2 kat sini, Kak Amie.
BalasPadamSamalah saya SK. Kuih dah tak ada. Yang tinggal hanya gambar. menaip entri sambil lap ailio hihihihi.
Padamingin rasa mbul mencicipi kuih nona manis hijau dan sarang semut kek..juga popia goreng..popia ini lumpia kah kak amie...
BalasPadamBetul Mbul. Di sini sebut popia, di sana dipanggil lumpia.
PadamBelum jumpa lagi Puteri Ayu Cheese, macam-macam kuih yang diorang improvise sekarang,
BalasPadamSetakat ini yang saya jumpa Puteri Ayu Cheese ni rasanya sangat manis berlemak. Bolehlah saya makan sebiji saja.
PadamAduhaiii. banyak makanan favourite dalam ni kak Amie. Saya belum mencuba lagi sebarang kuih kaswi gedik. Baca kat blog mak inche SK ada kaswin red velvet. Sekarang bukan pandan, red velvet dan gula melaka je. Rupanya ada kaswi gedik labu, keledek ungu, kacang hijau, pulut hitam, sirap dan banyak lagi.Kaswi leleh tu nampak macam sedap juga kalau pandan tu dia letak santan kelapa kalau tak silap.
BalasPadamBanyak sungguh kan Fiza jenis kaswi ni. Dulu setakat kaswi gula merah saja, sekarang sudah macam-macam versi, bahan dan warna. Nampak sedap-sedap pula tu.
Padammeriahnya kuih muih semua nmpk sedap... sy br je rasa kaswi gedik dh ada leleh pulak
BalasPadamCepat betul merebak versi kaswi ni kan Mira.
PadamAlahai..kaswi gedik tu mencuri pandangan mata la kak...sedpanya...puas mencari kat sini xde yang jual
BalasPadamSedap kaswi gedik ni SA.
PadamKena usaha lagi SA.