Pages

Ahad, 9 Julai 2023

Jalan-Jalan Cari Angin Kampung

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi sempat jalan-jalan ke kampung. Kata Encik Suami, biras sudah masak barobbo' (bubur jagung, masakan tradisional masyarakat Bugis), pengat labu dan goreng pegedil jagung. Encik Suami hendak beli kuih dan bawa ke kampung. Kita pula teringat ada mangga muda dan kedondong yang sudah beberapa hari tersimpan  dalam peti sejuk. Agaknya kalau dikupas, bubuh garam gula, cili padi, jus limau kasturi dan asam boi tentu sedap! 

Jeruk Mangga & Kedondong

Buah Kedondong

Mangga Air

Amie kupas mangga air yang belum masak. Sedap mula makan yang hampir masak, dengan rasanya yang manis-manis masam itu sudah tentu mengembalikan nostalgia duduk di kampung!

Antara kuih yang Encik Suami beli : Kuih Terang Bulan. 
Kuih Terang Bulan ini sudah dibungkus satu-satu, jadi apabila Encik Suami hendak beli empat keping, dapatlah empat bungkus. Apabila anak buah hidangkan, tidak dipisah-pisahkan potongannya. Jadilah rupa kuih terang bulan berkepal-kepal seperti dalam gambar.
Selain Kuih Terang Bulan, Encik Suami beli lepat ubi, kuih koci dan apam pisang.

Barobbo ' @ Bubur Jagung

Barobbo' 

Pengat Labu

Pegedil Jagung

Barobbo' & Pegedil Jagung
Pengat Labu
Teh Masala

Apabila dibawa ke kampung dan makan ramai-ramai, sedaplah pula jeruk kedondong & mangga ini.

Adik ipar bekalkan kami pulang dengan 
 bunga kantan.

25 ulasan:

  1. Barobbo' tu rasanya manis atau camane Kak Amie? Pertama kali baca tentang barobbo'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hirisan jagung campur beras & ayam serta sayur-sayuran.

      Padam
  2. Kecur sy tengok jeruk mangga + kedondong tu kak Amie 😋
    Seronoknya tinggal berdekatan dgn kaum keluarga, boleh berkumpul selalu.

    BalasPadam
  3. Kecur sy tengok jeruk mangga + kedondong tu kak Amie 😋
    Seronoknya tinggal berdekatan dgn kaum keluarga, boleh berkumpul selalu.

    BalasPadam
  4. Bolehlah Cikgu Amie share resepi Barobbo' tu lepas ni, nampak sedap pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kali juga saya kongsi dalam entri lepas.
      Nanti kalau masak lagi, saya jadikan entri baharu.

      Padam
  5. Semuanya nampak sedap, kalau ada depan mata, tak tahu nak ambil yg mana satu dahulu.. tapi wajiblah makan semua, hehehe.

    BalasPadam
  6. Tampak lezat dan menggiurkan semua makanannya. Cocok buat me time bersama keluarga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, itulah aktiviti keluarga kecil kami di hujung minggu.

      Padam
  7. aduh sedapnya kak oi, terliur nengok bubur tu. jeruk tu pun buat terliur tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat masak, kami bawa jeruk sajalah.
      Bubur barobbo' tu memang sedap Dana.

      Padam
  8. teringat masa pergi lombok dengan suami dulu...masa tu la baru tahu terang bulan tu sebenarnya apam balik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Kuih terang bulan sama dengan apam balik.

      Padam
  9. Kecur tengok jeruk mangga dan kedondong kak Amie. Makan beramai ramai tu, asyikkk...
    Menarik rupa Barobbo' tu kak Amie. Menu-menu semua menyelerakan betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun rasa kecur juga ni tengok gambar jeruk tu Fiza.
      Dah lama saya tak buat barobbo' di dapur sendiri.

      Padam
  10. kak amie, knp bubur jagung tu ada yg hijau² ek? campur daun apa tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barobbo' atau bubur jagung orang Bugis memang ada campuran sayur seperti bayam, cekur manis dan kacang panjang.

      Padam
  11. saya bayangkan bubur jagung manis tapi yang ni nampak macam bubur lambuk ye kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barobbo' ni bubur diperbuat daripada beras, hirisan jagung, ayam, dan sayur-sayuran.

      Padam