Pages

Isnin, 31 Julai 2023

Jom Makan Rendang Bun & Pandan Chicken di Summer Sweet House

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Firdaus terus berada di sekolah rendah sehingga ke pukul empat petang kerana mengikuti latihan choral speaking. Jadi, kami ambil masa yang selalu digunakan untuk urusan hantar Firdaus ke sekolah agama untuk makan. Kami singgah di Summer Sweet House yang terletak di Dam Road, LD. Lama jugalah tak makan di sini. Sewaktu PKP dulu, Abang Farid suka minta tolong abang angkatnya, Foodpanda untuk hantarkan makanan dari sini.

Nampaknya Summer Sweet House sentiasa dipenuhi pelanggan dari dulu lagi. Mungkin banyak pilihan makanan dan cepat pula pesanan sampai ke meja pelanggan. Kali ini Summer Swwet House sudah ada robot penghantar makanan. Entah sejak bila keberadaannya di sini, tidak pasti pula. Dapatlah Encik Suami melihat robot yang comel itu! Kalau ada Firdaus tentulah budak kecil itu rasa seronok sangat!

Eh, banyak bebelnya pula!
Kalau kawan-kawan singgah di LD, bolehlah cuba makanan di Summer Sweet House. Makanan di sini boleh tahan sedapnya.
Kami memesan:
  • Rendang Bun
  • Pandan Chicken
  • Popia Vegan
  • Taiwan Milky Tea
  • Lemon Cincau Ais

Rendang Bun & Pandan Chicken

Dekorasi ringkas di Summer Sweet House


Robot Penghantar Makanan

Encik Suami mengambil minumannya dari rak robot.

Encik Suami : Taiwan Milky Tea
RM7.00

Amie: Lemon Cincau Ais 
RM5.80

Popia Vegan 
RM7.80
Rendang Bun
RM18.80


Bun yang kami pesan ini sama seperti mantou goreng. Sedap makan waktu panas dengan pencecah yang disukai. Kami memilih rendang ayam. Memang rasa rendang ayam di sini sedap, cukup rasa dan sudah berhajat untuk ulang makan di sini! Ada tiga ketul ayam di dalamnya termasuk bahagian peha. Puas hati dengan harganya RM18.80 sepadan dengan kelazatannya! 

Pandan Chicken
RM11.80


Pandan Chicken ini pula Encik Suami kata macam otak-otak. Apabila Amie makan, memang isi ayam yang mungkin dikisar. Teringat pula pepes ayam yang kami suka makan di Malaya! Tapi Pandan Chicken ini ada rasanya yang tersendiri dengan aroma daun pandan yang wangi. Barangkali Summer Sweet House ada resipinya yang tersendiri. Nampak comel jew Pandan Chicken ini. Dihidangkan dengan jumlah sembilan ketul satu set.


Encik Suami kata, petang ini tak perlulah masak sebab kami dapat undangan hadir ke majlis doa kesyukuran daripada jiran sebelah kanan selang sebuah rumah. Jiran kami baru pulang dari menunaikan fardhu haji. Jadinya, kita santai-santai menulis entri dan selepas ini hendak sambung menanda kertas peperiksaan.

20 ulasan:

  1. Baru nak cakap macam mantou, rupanya sama je kan. Pernah makan Marry Brown. Sedap juga. Tapi tak boleh makan banyak sebab jenis roti goreng ni kadang ada yang terlebih minyak. Kalau daging ayam kisar, dah macam pepes lah tu kan. Sedapnya pepes kat Ayer Hitam Johor. Dulu kalau hantar arwah abah ke HSI/HSA mesti singgah situ beli pepes dan nanas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, makan mantou sekali-sekala saja untuk kurangkan minyak.
      Saya pun rindu pepes ayam dan otak-otak di Parit Raja.

      Padam
  2. sedapnya mantou cicah rendang ayam...comel je robot tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap sangat. Tak sabar hendak datang makan lagi hihihiii.

      Padam
  3. Eh,selama nitak terfikir pulak mantao nak cicah rendang...
    Rupanya boleh pelbagainkan..
    Mantao sejuk beku ada ni..sambal bilis pun ada...onz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di airport Kalimantan, kami makan mantuo dengan daging masak hitam. Sedap sangat! Kalau di China, mantuo dihidang dengan susu pekat.

      Padam
  4. Lepas ni kalau robot hantar makanan, suruh Daus usap-usap kepala dia ye... Tengok reaksi robot tu... Ambik video.... Serious ni....

    BalasPadam
  5. Sedap2 makanannya dan presentation pun cantik...

    BalasPadam
  6. Terliur pulak tengok mantou bun goreng dgn rendang ayam tu. Selain rendang, apa lagi yg ada Kak Amie? Saya suka cicah mantou goreng ni dgn kuah sweet & sour crab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi pencecah mantuo yang lain seperti sambal tapi tak ingat sambal apa.

      Padam
  7. terasa lapar pulak la kak oi.... skrg banyak kedai dh guna robot je kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Kuranglah pekerja restoran sebab sudah diambil alih oleh robot.

      Padam
  8. Rendang ayam tu memikat.. tengok pun dah tau sedap!

    BalasPadam
  9. bun tu sekali ngap je ya kak terus habis? sedapnyaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besar juga saiznya tu kalau sekali ngap masuk mulut kkahkahkahhh!

      Padam
  10. Semua menu nampak sedap, memang tak hairanlah orang ramai selalu.

    BalasPadam
  11. Unik makanan dihidangkan. Bukan semua kedai jual Pandan Chicken.

    BalasPadam