Pages

Isnin, 24 Julai 2023

Fuad Bawa Katak Dalam Kasut Dari Rumah Abang Farid

Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa hari tak masuk dunia maya, rasa rindu pula. Sebenarnya masih kurang sihat, berehat, makan ubat dan tidur sepanjang hari. Rasa sunyi dan sepi bersendirian di rumah. Bukalah HP, buka Mr. Lappy juga. Terbaca semula sembang dalam group keluarga petang kelmarin. Hari Sabtu, Fuad menunggang motosikal dari Jelutong ke rumah Abang Farid di Tronoh. Tidur semalam di rumah Abang Farid. Abang Farid masakkan nasi ayam. Esoknya Abang Farid masak bihun sup pula. Rajin Abang Farid dan Aseeyah masak, jamu adindanya yang datang berkunjung dari jauh.


Isshhh...issshhh!
Rupanya ada katak dalam kasut Fuad!


Syukurlah bukan binatang berbisa dalam kasut Fuad.
Mati rupanya katak itu!


Agaknya Fuad rasa sunyi di apartmentnya Itu pasal sanggup bermotosikal dari Penang ke Perak. Sepatutnya ada seorang lagi engineer dan managernya tinggal  bersama, tetapi mereka akan tinggal bersama Fuad awal bulan Ogos nanti.


Bangkai katak yang dikeluarkan  dari  kasut Fuad.
Jauh perjalanan katak ini, dari Tronoh hendak ke Jelutong. 
Sampai Bukit Merah mati pula.


10 ulasan:

  1. katak haiwan yg paling saya geli,kalau ternampak pun boleh buat saya demam..tengok tajuk kak amie berbelah bagi nak klik atau tak..tapi cekalkan hati sebab nak tahu cerita Fuad..scroll laju gambar katak mati tu hahahah..

    BalasPadam
  2. terlupa nak bagitau moga cepat sihat kak amie...

    BalasPadam
  3. Ingatkan masa sekolah je cerita katak dalam kasut. Yang ni lagi advance jauh berjalan katak tu. kesian mati lemas katak dalam kasut. kalau saya basuh terus kasut sebab geli dengan katak. Mujur bukan binatang berbisa. Saya pun kurang sihat kak Amie. Selsema dan batuk. Agaknya musim kot. Semoga cepat sihat. Aamiin...

    BalasPadam
  4. Alamak..kalau SA la yang kena tu..mau terjerit2 SA kat situ...x pasal2 jer katak tu mati...x bernafas kurang udara kah atau x bernafas kerana bau lain...hahahahaha...

    BalasPadam
  5. Erkk…aduhai, lucu dan kesian kat katak 😂
    Lepas ni mesti Fuad tak kan lupa check kasut sebelum pakai.

    Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat kak Amie. Jaga diri ya.

    BalasPadam
  6. Adoi.....saya yang rasa geli kaki dalam kasut ni🤣🐸

    BalasPadam
  7. Ahhhh.. sudah terasa kegeliannya sebab pernah nak sarungkan kaki dalam kasut, apesal susah masuk... ada benda lembut kat hujung... terus baling kasut terkeluar kodok hitam!
    Ini kan Fuad bawa bersama 1 jam setengah dihujung jari 😅

    BalasPadam
  8. Katak ok lagi, jangan lipas yg masuk dalam kasut. Gelinya dengan lipas tahap fobia!

    BalasPadam
  9. Hahahaha.. kelakar². Sy pun pernah bawa katak dalam kasut, naik bas pulak sampai ke kelas. Tak boleh lupa. Katak tu hidup lagi pulak bila dikeluarkan.

    BalasPadam
  10. sy batu kecik msk kasut je dah rs x tentu arah ni kan pulak katak nooooooo

    BalasPadam