Bismillahirrahmanirrahim.
Petang Isnin, 29 Mei 2023. Kami sempat solat jamak taqdim di rumah Wak Kanang. Cadangnya hendak terus ke Tronoh, rumah sewa Abang Farid. Encik Suami hendak cepat sampai kerana katanya nanti Abang Farid lebih laju bawa kereta. Jadi, kami berdua bergerak dahulu kerana Abang Farid dan Aseeyah belum selesai solat. Firdaus ikut kereta Abang Farid.
Biasanya Amie gunakan Google Maps untuk menuju ke satu-satu destinasi. Kali ini Abang Farid sarankan gunakan WAZE pula untuk sampai ke rumahnya. Jadi, kami pun gunakan aplikasi Waze, ikut lebuhraya. Dijangka lebih kurang dalam dua jam perjalanan untuk sampai destinasi.
Beberapa kali jugalah Abang Farid menelefon bertanya kedudukan kami. Sudah melepasi tol kah? Berapa lama lagi akan sampai ke Tronoh? Kami singgah di stesen minyak untuk isi minyak kereta dan ketika itu Abang Farid melepasi kami. Encik Suami kata kalau mengantuk tidurlah. Kita pun terlelap, dan sekejap-sekejap terjaga semula.
Waze menunjukkan 4.5 kilometer lagi untuk sampai apabila Abang Farid beritahu mereka sudah sampai ke rumah. Apabila satu kilometer lagi hendak sampai destinasi, Waze arahkan dalam 200 meter belok ke kanan, tetapi kami tidak jumpa simpang masuk! Yang ada hanyalah hutan. Kami pusing semula untuk mencari arah yang sama. Sekali lagi Waze arahkan dalam 200 meter belok ke kanan, dan tetaplah kami nampak hutan di situ. Tidak ada sebarang jalan untuk masuk.
Ketika itu sudah menjelang senja dan jam menunjukkan pukul 7:30 malam! Sepatutnya kami sampai ke rumah Abang Farid sekitar pukul 6:30 petang. Melihat suasana yang semakin gelap dan sepi serta dikelilingi bukit-bukit batu kapur, Encik Suami perlahankan kereta. Tiba-tiba suara perempuan dalam Waze bertukar menjadi suara lelaki pula!
Aik???
Alamak!
Aik???
Alamak!
Boleh pula bertukar suara jantina!
Kami berpandangan!
Kami berpandangan!
Ya Allah!
Untuk meredakan perasaan, Amie bergurau : Agaknya perempuan tadi dah penat beri arahan, jadi digantikan dengan lelaki pula.
Tiba-tiba rasa seram sebab melihat skrin terpapar 12 kilometer pula untuk sampai ke rumah Abang Farid. Sebentar tadi hanya satu kilometer sahaja, sekarang berubah menjadi 12 kilometer pula.
Encik suami berhentikan kereta di tepi jalan, dan Amie telefon Abang Farid. Abang Farid sudah sampai di rumahnya!
Amie mencari arah ke Tronoh menggunakan Google Maps.
Rupanya kami sudah terlajak sejauh 77 kilometer dari Tronoh!
Dan terpaksa patah balik sejauh 77 kilometer pula ke Tronoh.
Bermakna 154 kilometer kami membazir waktu di jalan raya!
Hampir pukul 9:30 kami akan menghampiri Tronoh. Perut pun bukan main lapar. Maklumlah hanya makan pizza sahaja di Domino's Setia Alam. Encik Suami terus menghala ke Lock Luck Char Kuey Tiaw Seri Iskandar kerana tempat makan di sini dibuka sehingga lewat malam. Kami pernah makan di sini Disember 2022.
Amie telefon Abang farid untuk turut serta makan di Lock Luck Char Kuey Tiaw Seri Iskandar, tetapi Abang Farid kata sudah tidak larat untuk bersiap keluar. Jadi, Abang Farid minta bungkuskan makanan sahaja. Kami belikan Char Kueytiaw dan Otak-Otak. Sebenarnya tidaklah begitu berselera sangat untuk makan apabila mengenangkan perjalanan jauh, sesat dan keletihan! Untuk tidak membiarkan perut kosong, kami memesan:
- Char Kuetiaw
- Sate & Nasi Himpit
- Otak-Otak
- Jus Oren & Jus Lobak Merah
Char Kuetiaw |
Char Kuetiaw ini sedap tapi seco'et sahaja. Encik Suami kurang berselera makan, mungkin letih dan ingin cepat-cepat berehat. Apa yang menyeronokkan sudah tentulah sebab ada otak-otak.
Otak-Otak |
Jus Oren & Jus Lobak Merah |
Kami makan sate dan nasi himpit. Ada dua jenis sate, iaitu sate ayam dan satu lagi sate paru.
boleh tahan jauh gak uturn nya amie hehe :) nasib baik ada char kuew tiau :)
BalasPadamAllahu Akbar, mujurlah semuanya baik2 sahaja, Kak Amie.
BalasPadamDalam pada sesat, jumpa pulak Char Kuey Teow yang sedap, hihi.
aduh jauh betul tu kak sesat jalannya tu, tang waze tu tukar suara udahla malam seram jugak la kalau kita kan kan...
BalasPadamSaya dah lama tak guna Waze, sebab app tu pernah bagi salah jalan pada saya juga, tapi di KL waktu tu. Sejak tu, saya setia dengan google maps.
BalasPadamSesat rupanya, hikmah, dapat makan char kuetiau sedap, dan sate paru, di Seri Iskandar. :)
Cerita sesat perjalanan ni memang selalu berlaku
BalasPadamLain kali kalau nak pergi rumah abang farid, mesti akan terkenang cerita seram ni kan cikgu. Alhamdulillah semuanya baik² je. Dapat makan charkuetiaw sedap pulak tu.
BalasPadamSesat2 pun langkah kanan!
BalasPadamjauh juga disesatkan waze ya..seram juga suara tiba2 bertukar tu
BalasPadamAllahuakbar! Seram pulak Kak Amie bila bertukar suara tu. Sekarang waze ni suka menyesatkan orang. Tak pasal pasal kena patah balik semula.
BalasPadamNasib baiklah kak amie tau jugak ada kedai makan lepas tersesat tu... kalau x tau mau menggagau lapar dgn stress terpaksa patah balik tu.. syukur semuanya dah dipermudahkan
BalasPadamLetih lah kalau terlajak sampai 77km tu..
BalasPadamSaya suka guna waze tapi asben lebih gemar guna GM.
Pergh!! Jauh betul tersasar tu.. Sha memang kurang minat guna waze.. Pernah cuba sekali sahaja dan tersesat sampai ke tengah sawah.. Lepas tu give up terus dengan waze.. kikiki..
BalasPadam254 km mubazir? Tak apa2. Yang penting sampai di alamat.
BalasPadamMenyeramkan waze bertukar suara
BalasPadamWaze bertukar jantina tu buat SA ketawa tapi dalam masa sama seram kak...kalau SA sure dha panik sebab sesat kan..
BalasPadambelum pernah lg experience waze bersuara lelaki..seram jg..tukar shift kot....char kuetiau tu nampak sedap tapi sikit portion dia..
BalasPadam