Pages

Rabu, 14 Jun 2023

Sedapnya Domino's Banana Kaya!

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami meninggalkan Mountain View Homestay tepat pukul 12 tengah hari. Rancangannya untuk hantar Fuad ke rumah sewanya di Setia Alam dan kemudian terus hantar Wak Kanang pulang ke Batang Berjuntai. Oleh kerana kami bersarapan agak lewat, jadi sangkaannya sudah tentulah perut masih kenyang di tengah hari. Rupanya, berlaku kesesakan jalan raya dan lewat pukul dua setengah petang barulah tiba di Setia Alam. Fuad  singgah di kedai jahit untuk mengambil seluarnya, manakala Abang Farid pula sudah menghampiri rumah sewa Fuad. Amie tanya Fuad, di mana tempat makan di Setia Alam? Fuad cadangkan Domino's Setia Alam. Rasanya lama jugalah tak singgah di Domino's.

Amie minta Abang Farid singgah di situ dan terus memesan makanan. Nanti, kami sampai terus makan. Semuanya sudah kelaparan! 

Domino's Banana Kaya

Sewaktu belajar di Johor, Fuad pernah bekerja sebagai penghantar makanan di Domino's ketika cuti semester. Banyaklah pengalaman yang dikongsi bersama kami. Salah satunya, selain menghantar pesanan pelanggan katanya dia diminta beli pisang di Econsave. Katanya lagi, dia lupa pisang apa tapi masih ingat bentuk pisangnya pendek-pendek dan manis. Itulah Domino's Banana Kaya. Menurut Fuad ada dua saiz iaitu small dan regular, dan termasuk dalam kategori dessert.

Rupanya Amie tak sempat ambil gambar Domino's Banana Kaya!
Apabila Abang Farid hulur, Amie ambil sekeping dan memang sangat sedap. Sebaik sahaja tercetus perkataan 'sedap' serta-merta yang lain mengambil Domino's Banana Kaya. Sebelum habis, sempat Amie ambil sekeping lagi!


Abang Farid memesan lima jenis pizza dan roti. Fuad beli dua party box dan dua set ayam.


Oleh kerana semua sudah tidak dapat menahan lapar, maka kami pun menyantaplah makanan yang terhidang.


Kita pun tak tahulah apa jenis pizza yang Abang Farid beli. Yang penting dapat makan dan minum sehingga kenyang sebelum meneruskan perjalanan menghantar Fuad ke rumah sewanya dan Wak Kanang serta Hakimi ke Batang Berjuntai.


Rasanya di hujung sekali itulah Domino's Banana Kaya yang pada mulanya tidak ada siapa usik!




Sehingga kini terkenang-kenang keenakan Domino's Banana kaya!

18 ulasan:

  1. Rare kan pizza banana kaya ni.. dlu ada 1 kedai kt kuching ni, pizza junction, pun ada jual pizza pisang dgn kaya mcm ni.. tp dh lama tutup so lama dh x merasa.. rupanya domino pun ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat roti pisang! Tapi ini lebih sedap sebab ala-ala dessert gitu.

      Padam
  2. Banyaknya pizza yang Farid belikan, nampak macam seorang satu yang makan hehe. Di Sabah ada cawangan Domino's Pizza ke Kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya peminat domino's pizza!
      Di Kota Kinabalu rasanya ada cawangan Domino's Pizza tapi belum pernah masuk.

      Padam
  3. Banyak hidangannya tu. Mommy kata sedap, terus yang lain nak makan jugak ya 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada lebih sedikit pizza. Kalau tak silap Fuad bawa balik.

      Padam
  4. Sy pun tak pernah cuba yang ni. Dominos pun dah lama rasanya sy tak singgah, Kak Amie. Kalau pergi donimnos bolehlah sy cuba.

    BalasPadam
  5. makan panas-panas beramai-ramai memang best kak

    BalasPadam
  6. baru pertama kali dengar. mesti sedap tu

    BalasPadam
  7. Ahnaff peminat setia dominos 😂. Next time boleh cuba order banana kaya tu. Kot la kene dengan selera dia

    BalasPadam
  8. Wah... boleh cuba ni. Saya pun dah lama tak makan di Domino's Pizza.

    BalasPadam
  9. Memang sedap domino's banana kaya ni Kak Amie. Selalu beli kalau beli pizza, mesti add on Fabulous Four dan banana kaya ni.

    BalasPadam
  10. Wah.. Hari selasa harganya murah.. Shapun tak pernah cuba lagi banana kaya nie.. Rasanya dah lama sangat tak beli domino pizza ni..

    BalasPadam
  11. Saya selalu beli fabulous 4 sebab anak suka cheese stick tu hehe

    BalasPadam
  12. SA x pernah makan lagi..nak kena order ni...nampak sedap tu...lagi sedap kalau makan panas- panas kan kak amie

    BalasPadam
  13. kena cuba...nampak sedap..gebu je...dah lama x makan domino's..

    BalasPadam