Bismillahirrahmanirrahim.
30 Mei 2023 bersamaan pada hari Selasa.
Dari Tronoh kami beralih tempat ke Cameron Highland. Hanya bertiga sahaja bersama Encik Suami dan Firdaus. Kononnya mencari sejuk-sejuk, masuk ke Lavender Garden menemani Firdaus memetik strawberi. Seronok sangatlah Firdaus kerana kali ketiga datang ke Cameron Highland, baru kali ini berpeluang petik buah strawberi.
Firdaus dengan buah strawberi yang hendak dipetik. |
Pada mulanya hanya melihat buah strawberi yang masih muda. Nampak seperti tiada harapan untuk petik! Apabila bertanya di kaunter, rupanya ada strawberi yang masak terletak di bahagian belakang. Sekurang-kurangnya kena petik 200 gram buah strawberi dengan harga RM12. Kalau petik satu kilogram, harganya Rm60.00.
Kami sekadar hendak beri pengalaman manis untuk Firdaus merasai sendiri peti buah strawberi.
Kami sekadar hendak beri pengalaman manis untuk Firdaus merasai sendiri peti buah strawberi.
Memang seronok sungguhlah Firdaus dapat bakul dan gunting untuk petik strawberi. Laju jew dia bergerak dari satu pokok ke satu pokok yang lain untuk memilih dan memetik. |
Kami nampak beberapa biji strawberi yang kena gigit. Tak tahulah manusia mana yang gigit dari tangkai. Sudah diberi peringatan tidak boleh makan buah strawberi sewaktu memetik!
Abadikan gambar kenangan sewaktu Firdaus petik buah strawberi. |
Asyik senyum saja sewaktu memetik strawberi. |
Encik Suami pun tak lepas peluang! Tak dapat petik buah strawberi di Kundasang, baiklah petik di Cameron Highland! |
Tak henti-henti Firdaus ucapkan terima kasih kerana kami bawa ke sini. |
Strawberi yang dipetik terus ditimbang di kaunter.
Beratnya hampir 1/2 kilogram dengan harga RM29.00.
Hasil tuaian Firdaus dan Encik Suami. |
Belanja video Firdaus sedang memetik buah strawberi
di Lavender Garden Cameron Highland.
seronoknya.. buah nya pun besar2 ye. dah lama tak ke CH. teringin pulak.
BalasPadamManis rasanya.
PadamNampak seronoknya Firdaus dapat petik buah strawberry. Jauh perjalanan kak Amie sampai ke Cameron Highland nun. Hihi..Alang alang dah balik Malaya kan. Maksimakan masa yang ada.
BalasPadamSayang tak jalan-jalan sebab sewa kereta. Rugi bayar kalau kereta tak bergerak hihihii.
PadamSeronoknya petik buah strawberry di CH. Dulu kami petik dapat buah yang besar2 jugak. Psst... kak Amie salah tarikh ke tu? Kat situ tulis 30 Jun 2023 🤭 Saya pergi check balik tarikh hari ni takut dah masuk bulan Julai tanpa saya sedar!
BalasPadamBetul Carneyz, memang salah bulan. Sepatutnya Mei saya tertulis Jun pula. Terima kasih, saya sudah betulkan❤️❤️❤️
PadamMantap, Ami. Nengok buah strawberrynya saja udah kenyang.
BalasPadamBuahnya cantik dan manis pula. Tengok saja pun rasa kenyang ye Ibu Nur.
PadamNanti daus bolehlah buat karangan
BalasPadamMelawat CH
Kami lalu je Lavender Park ni. Nak singgah terlalu ramai orang. Seronok Firdaus, manis je senyum sambil petik strawberry.
BalasPadamBestnya, VM suka sangat p cameron..
BalasPadamni pon ada plan nak pegi lagi ahahhah.. insyaAllah
Puas Firdaus dapat petik dan makan strawberi fresh ya!
BalasPadamSha tak pernah lagi berjaya buat aksi potong buah strawberry ini.. kikiki.. Comel je Firdaus memetik bua.. Suka betul dengan bunga lavender tu..
BalasPadamSenyum simpul Daus ya, pandai pilih yg merah2.
BalasPadammahal memang mahal harganya tapi keseronokan dan pengalaman memetik sendiri tu yang kita nak kan kak. Dah lama tak bawak aiyan ke gohtong kt sana pun ada ladang strawberi jugak
BalasPadamWow..sedapnya buah strawberry.pinternya firdaus pilih buah yang besar"dan merah
BalasPadamFreshly pick strawberries mmg sedap kan Kak Amie...lain rasanya dgn yg dah dipetik dan dijual hatta di CH pun...
BalasPadamGeramnya nampak merah-merah strawberry tu.. saya ada ajak husband. Tp awal-awal saya bagitahu nak naik CH memang jalan berliku haha
BalasPadamDaus tu depan kamera bukan main rajin lagi! hehehehehe
BalasPadamWaaa... sekali petik rasa tak mau balik.
BalasPadamwah kat lavender dah boleh petik strawberry besor plak tu. Mana lah firdas tak tersenggeh suka kalau saya pun memang syiok.
BalasPadamCantik buah strawberinya, merah-merah. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan, ni. Saya sekali tumpang seronok, tengok video Firdaus petik strawberi. :D
BalasPadamSeronok bila tengok Firdaus seronok Kak Amie...SA kalau pi CH memang bagi anak2 buah atau Dania petik strawberry tapi selalunya time kami pergi semua strawberry takde yang masak...hehehehe
BalasPadamhappy Daus dapat petik stroberi...cantik2 stroberi nya..
BalasPadam