Pages

Jumaat, 16 Jun 2023

Tak Dapat Makan Patin Tempoyak, Dapat Talapia Goreng Pun Jadilah!

Bismillahirrahmanirrahim.
Jauh jugalah kami menapak ke Restoran AyahMan Patin Pahang dari tempat letak kereta. Sampai di situ, tutuplah pula restorannya. Bergeraklah kami ke Food Court Kea Garden. Dapatlah Amie makan Nasi Talapia Penyet dan Encik Suami makan Nasi Ayam. Firdaus tak mahu makan. Kenyang katanya setelah makan ais krim dan ayam gunting.

Nasi Talapia Penyet

Tiramisu Cake & Vanilla Cake


Sementara menunggu ikan talapia digoreng, sempatlah ambil gambar dessert yang dibeli dalam perjalanan masuk ke food court tadi:
  • Tiramisu Cake
  • Oreo Vanilla Cake
Tiramisu Cake



Nasi Talapia Goreng tidak juga sampai ke meja!
 Mari kita tengok Firdaus makan ais krim nitrogen semasa jalan-jalan di Lavender Garden.


Suka betul Firdaus apabila keluar asap dari mulut dan hidung!

Video Firdaus sedang makan ais krim nitrogen.


Selepas makan aiskrim nitrogen, merengek pula minta ayam gunting!

Air Kelapa Laut.

Pucuk Labu Goreng Salut Tepung

Encik Suami : Nasi Ayam


Setelah Encik Suami selesai makan nasi ayam, masih juga belum sampai Nasi Talapia Penyet Amie. Rupanya tukang masak lupa dengan pesanan Amie. Maklumlah ketika itu ramai pelanggan yang memesan makanan di situ. Sabar sajalah!


Inilah Nasi Talapia Penyet!

Sempat juga merasa sesuap dua Oreo Vanilla Cake.
Sangat manis!



Cameron Highland ketika ini sangat sesak. Sesak di jalan raya dan sesak dengan orang ramai di mana-mana! Tapi apabila melihat warna-warni bunga-bungaan, hilang resah menghadapi segala kesesakan dan timbul rasa nyaman serta menenangkan!

12 ulasan:

  1. sedapnya aiskrim nitrogen firdaus makan. Tapi lagi nyaman tenguk air kelapa laut. Kalau panas-panas emmm enaknya

    BalasPadam
  2. Mesti rasa seronok nak makan nasi talapia penyet tu terus jatuh sbb tukang masak lupa pesanan Kak Amie. Sabar je la. Seronok Firdaus makan aiskrim nitrogen keluar asap dari mulut.

    BalasPadam
  3. tmpt percutian best, tenang dpt tgk bunga2 mekar.

    BalasPadam
  4. owh... ada pula aiskrim nitrogen, belum pernah jumpa lagi...
    lapar pula nengok nasi ayam penyet tu 😅

    BalasPadam
  5. Alamak, sabor je la, nasi ikan talapia lambat sampai. Hari tu, saya ada nampak aiskrim nitrogen dijual, masa ada ekspo di Lumut, masa cuti sekolah. Tapi, saya tak berani cuba. Takut sejuk sangat, nanti semputs. Hehe.

    BalasPadam
  6. Eskrim nitrogen? Pertama kali tau ni. Berasap-asap ya 😀

    Suka CH, tapi itulah tak tahan sesaknya.

    BalasPadam
  7. Berasap2 Aiskrim firdaus..cake tiramisu tu ingtkan Aiskrim juga td..cute

    BalasPadam
  8. tu nampaknya kene turun semenanjung lagi tu kak

    BalasPadam
  9. Sayang mau makan cake nya kk..cantik sii...wah es krim nitrogen..saya belom coba

    BalasPadam
  10. Sy rasa, insan yg paling seronok tanpa menghiraukan kesesakan dan orang ramai, tentulah Daus.

    BalasPadam
  11. SA terpikat dengan air kelapa laut...aduhai mesti sedap hirup panas2...

    BalasPadam
  12. cantik kek dlm cawan...talapia goreng mmg sedap...

    BalasPadam