Pages

Jumaat, 16 Jun 2023

Malaccan Melting Pot - Hawa's Artisan Kitchen

Bismillahirrahmanirrahim.
Rabu malam 14 Jun 2023. Terlaksanalah hajat di hati untuk bersama-sama ahli panitia meraikan kenaikan peratus dan gred purata mata pelajaran yang turut meningkatkan gred keseluruhan mata pelajaran SPM 2022.

Alhamdulillah, mata pelajaran di bawah panitia yang Amie pegang mencapai peningkatan paling tinggi di antara semua mata pelajaran yang lain. Lebih 52%  mendapat gred A. Syukur Alhamdulillah. Sebagai menghargai usaha keras ahli panitia, Amie belanja mereka makan malam di Hawa's Artisan Kitchen. Amie juga jemput Ketua Bidang Kemanusiaan untuk bersama kami. 

Wajah ceria ahli panitia yang hadir pada malam itu.

Semuanya ada 10 orang.



Tepat pukul tujuh malam, Amie sampai ke sini. Ketika itu Jusna, Yusnidah dan John sudah ada di situ, duduk menikmati air bunga telang dan keropok bawang.



Sebagaimana terpancar keceriaan di wajah masing-masing, semoga di hati turut rasa gembira!

Bacaan doa makan diketuai oleh Ketua Bidang Kemanusiaan, Ustaz Hasnan.

Minuman air bunga telang yang sangat sedap!


Hidangan pada malam Rabu ialah set Malaccan Melting Pot.

Malaccan Melting Pot


Malaccan Melting Pot mengandungi:
  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Kicap & Kentang & Cendawan Shiitake
  • Kerabu Pucuk Paku & Kacang Gajus
  • Sup
  • Terung Goreng
  • Cencaluk
Minuman & Dessert:
  • Air Bunga Telang
  • Teh Moringa & Kopi
  • Ais Krim Pilihan : Durian  / Nanas / Buah Naga / Durian Belanda
  • Kuih Lapis
Ayam Masak Kicap

Terung Goreng

Cencaluk

Rasa gembira sangat sebab rakan-rakan yang hadir makan dengan penuh selera dan kami ditawarkan untuk menambah makanan. Ramai yang meminta sup. Kuah sup yang dihidangkan sangat sedap! Amie sendiri hirup dua mangkuk. Ada yang meminta tambahan nasi, ayam, cencaluk, kerabu pucuk paku dan terung goreng.

Kuih Lapis

Ais Krim Durian & Kuih Lapis


Sebahagian besar daripada kami memilih ais krim durian. Rasanya sangatlah sedap. Maklumlah semuanya dibuat sendiri. Isi durian tidak dikisar hancur, jadi dapatlah kami merasai tekstur isi durian tersebut.

Ais Krim Durian yang sangat lazat!

Teh Moringa

Ketika minuman panas hendak dihidangkan, masing-masing ingin mencuba teh moringa.
Amie memilih kopi sebab aromanya sangat menggoda. Takut pula tak boleh tidur malam. Mungkin sangat letih, malam itu Amie tidur lena! Biasanya susah hendak lelapkan mata selepas minum kopi.

Kopi ajaib, sebab boleh tidur selepas minum secawan!

Nanti nak cuba beli kopi di sini.


Terima kasih kawan-kawan yang sudi hadir pada malam itu. Terima kasih Kavvy kerana bantu Amie untuk membuat tempahan makan malam di Hawa's Artisan Kitchen. Semoga semuanya gembira dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan tugas mendidik anak bangsa.



8 ulasan:

  1. Alhamdulillah terpancar kegembiraan pada wajah setiap rakan guru yg hadir. Tahniah kepada Kak Amie dan team panitia yang lain atas kecemerlangan keputusan SPM utk subjek yg diajar. 52% mendapat A ialah keputusan yg sangat membanggakan!

    BalasPadam
  2. Tahniah kak amie dan semua student spm last year..moga terus cemerlang semuanya..

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu2 di atas kejayaan yang dicapai
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  4. Tahniah ye, atas usaha cikgu² semua, ramai anak murid cemerlang. Sedapnya, makan². Semua nampak happy.

    BalasPadam
  5. Menarik dan unik konsep hidangan dan menu di sini, Kak Amie. Tentunya sedap sebab ramai yang minta tambah.

    BalasPadam
  6. Tahniah Cikgu Amie dan semua guru-guru yang berdedikasi mengajar anak-anak murid.
    Semua hebat-hebat belaka!

    BalasPadam
  7. Tahniah Kak Amie dan tahniah buat semua guru- guru yang terlibat..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, tahniah Cikgu Amie & team...Malaccan cuisine..sedapnya..

    BalasPadam