Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan pulang dari Gua Musang menuju ke Ipoh, kami singgah di Lata Iskandar. Terkenang berpuluh tahun lalu pernah berada di sini, mandi-manda bersama rakan sekolah pada penghujung tahun 1987. Sudah 36 tahun berlalu!
Singgah saja, tidak sempat mandi-manda. |
Sebelum itu, kami sempat berhenti tepi jalan makan durian bukit. Istimewanya durian jenis ini ditanam di kawasan tanah tinggi. Walaupun durian bukit ini kategori durian kampung tetapi rasanya 'istimewa' berbanding durian kahwin atau durian kacukan yang hanya mempunyai rasa lemak atau manis sahaja. Ini disebabkan durian kahwin atau durian kacukan boleh ditanam di kawasan tanah rata, manakala durian bukit hanya ditanam di kawasan tanah tinggi. Keunikan lain ialah durian bukit hanya berbuah sekali sahaja dalam setahun manakala durian kahwin boleh berbuah dua hingga tiga kali setahun.
Sayangnya Encik Suami dan Firdaus tidak mahu temankan makan durian. Kami beli sebiji durian bukit dengan harga RM20.00 sekilogram. Kebetulan pula berat sebiji durian yang dipilih hanya satu kilogram sahaja. Jadi, terpaksalah Amie habiskan seorang! Biasanya Encik Suami dan Firdaus makan durian, tapi entah mengapa kali ini tak mahu pula.
Kombinasi rasa durian bukit : Lemak Manis Pahit |
Sampai di Lata Iskandar, kami mencari tempat letak kereta sehingga ke hujung selekoh. Walaupun hari menjelang petang tetapi kami tidak melepaskan peluang untuk berhenti seketika di kawasan rekreasi air terjun yang cantik. Lata Iskandar terletak di pertengahan jalan sewaktu kami keluar dari arah Cameron Highlands ke Tapah.
Pemandangan di selekoh jalan berhampiran dengan air terjun Lata Iskandar.
Di sepanjang selekoh jalan, banyak gerai kraftangan yang cantik-cantik!
Kami singgah untuk basahkan tekak di gerai air kelapa.
Sebiji kelapa : RM8.00 |
Isi kelapanya nampak tebal! |
Encik Suami beli sebungkus nangka madu. Manis dan wangi. |
Petai-petai bergantungan dengan matanya yang besar dan gambar di bawah, bertandan-tandan petai segar dari pokok!
Ada rambutan juga. Mungkin sekarang musim rambutan. Buah mangga ada di mana-mana. |
Firdaus tidak lepaskan peluang melihat bulus! Lama juga temankan Firdaus di sini. |
Jom sambung jalan ke hadapan.
Jumpa gerai Lempeng Pisang Kelapa! |
Kalau dapat mandi sure best kan..tapi leceh la pulak nak tukar2 baju.
BalasPadamItulah... sebab sekejap saja singgah sini. Lagi pun sudah petang.
PadamSaya lumayan sering buat lempeng pisang tapi ga pakai kelapa, sepetinya lebih gurih.
BalasPadamYa, memang ada lempeng pisang tanpa kelapa. Yang ini lempeng pisang tradisi di Perak. Sedap rasanya. Pisang yang manis, ditambah inti kelapa parut ditambah sedikit garam. Kombinasi rasa yang sungguh menyelerakan.
PadamTentu comel jer durian nan sebiji tu. Kalau Daus dan babah nak durian tu kena beli dua biji baru cukup Kak Amie. Tu la dia bagi chance mommy pulun seorang, hihi.
BalasPadamSaya pun hairan kenapa sekarang Firdaus tak suka makan durian seperti dulu.
PadamEncik Suami pula takut gula naik dalam darah. Seulas pun tak mahu dia rasa.
tengok gambar air terjun Lata Iskandar ni pun dah terasa sejuk.
BalasPadamehh... sedap pulak tengok lempeng pisang kelapa tu... pasti terasa lemak manisnya.
Sedap lempeng pisang tu Faizah. Masih panas. Aromanya wangi. Habis kami makan berdua dengan Encik Suami.
PadamAduhaiiiii kalau saya orang lain tak nak lagi suka sebab boleh pulun durian sendiri. hehehe nampak cantik duriannya. Petai tu aduhaiiiiiiii memang nampak cantik isinya tebal. Mesti murah tu sebab kawasannya. Kalau kat KL em mahal
BalasPadamCantik kan isi durian bukit tu Notie. Sedap pula rasanya, manis, lemak dan sedikit pahit.
PadamTak sempat pula tanya harga petai.
Memang susah nak dapat parking kat kawasan tu. Akhirnya malas nak berhenti, teruskan sajalah.
BalasPadamDulu2 tak susah berhenti dan orang pun tak ramai. Boleh berfoto tanpa aksesori ðŸ¤
Macam bahaya pula kawasannya sebab di selekoh jalan, kiri kanan ada pelbagai gerai jualan. Kena hati-hati ketika memandu atau berjalan di sini.
Padammenarik hasil kraftangan yg dijual...durian bukit nampak sedap...
BalasPadamYa, kraftangannya nampak menarik.
PadamTak rugi makan durian bukit. Sedap.
Itu bukan gendut.... itu kuasa simpanan....
BalasPadamHahaaaa... power bank ye Uncle.
PadamTeringin juga nak rasa durian bukit ini.. Sedang elok je sekilo buahnya ye.. Tapi jenuh juga nak habiskan kalau makan seorang..
BalasPadamalaaaa....sedapnya durian..SA x makan lagi durian tahun ni..eh 2 tahun lepas pun...
BalasPadam