Bismillahirrahmanirrahim.
Balik kerja, rasa agak letih. Selepas solat zohor baiklah berehat dahulu sambil menonton televisyen. Sebelum itu sempat keluarkan ikan cencaru dan kelapa parut dari freezer. Cadangnya selepas berehat sebentar, hendak masuk dapur masak nasi dan bakar ikan cencaru sumbat kelapa. Teringat ada kacang panjang, bolehlah hiris-hiris dan tambahkan telur. Sudah terhidu-hidu aroma telur goreng kacang panjang yang semerbak!
Dipendekkan cerita, televisyen yang tonton kita tidur!
Terjaga dari tidur, sudah masuk waktu asar. Masuk ke dapur, tengok ikan dan kelapa parut sudah nyahbeku. Baiklah masak nasi dahulu. Kemudian kita solat asar dan masuk semula ke dapur. Terpandang pokok ketumbar jawa dalam pasu menerusi tingkap dapur, kita pun keluar dan ambil beberapa helai. Terbayang pula betapa sedapnya kalau buat sambal kicap bubuh hirisan daun ketumbar jawa!
Kita pun bilas ikan cencaru, bubuh garam kunyit dan sedikit minyak. Pasang api dapur dan letakkan kuali non stick. Susun ikan cencaru di atasnya.
Eh! Bukankah hendak panggang ikan cencaru sumbat!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Itulah! Banyak sangat mimpi dalam tidur sampai terlupa hendak masak apa.
Kelapa parut hendak dibuat apa?
Tak apa. Terlanjur panggang ikan cencaru, kita buatlah pula sambal kelapa. Tak dapat sumbat kelapa, kita makan ikan cencaru panggang dengan sambal kelapa.
Ikan Cencaru Panggang & The Gang |
Pokok ketumbar jawa. |
Daun ketumbar jawa. |
Ikan Cencaru Panggang. |
Sambal Kelapa |
Telur Dadar Kacang Panjang |
Ikan Cencaru Panggang Telur Dadar Kacang Panjang Kacang Bendi Daun Salad Sambal Kelapa Sambal Kicap Daun Ketumbar |
Sambal Kelapa |
Bahan-Bahan:
- 2 cawan kelapa parut
- 1 tangkai cili merah
- 15 tangkai cili padi
- 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - toskan airnya
- 3 biji bawang merah
- jus limau kasturi secukup rasa
- garam / gula / perasa pilihan
Cara:
- Tumbuk cili merah dan cili padi.
- Tambahkan garam / gula / perasa pilihan.
- Masukkan udang kering dan bawang merah. Tumbuk hingga sebati.
- Kemudian masukkan secawan kelapa parut dan tumbuk sedikit, jangan sampai hancur.
- Keluarkan bahan tumbuk, masukkan dalam sebuah bekas. Tuangkan secawan lagi kelapa parut.
- Tuangkan jus limau kasturi. Gaul rata.
- Jika kurang rasa, bolehlah tambah bahan perasa yang diperlukan.
Apa2 yang Kak Amie masak, semua nampak menyelerakan. Mesti cuba buat sambal kelapa tu makan dengan ulam2 atau ikan bakar 🤤
BalasPadamTerima kasih Carneyz.
PadamSambal kelapa memang sedap makan dengan ulam-ulaman. Gaul dengan nasi putih dan makan dengan ikan pun sudah cukup menyelerakan.
Baca blog k.amie mlm² camni tiba² rasa lapar la plak.. sedap betul lauk akk yg simple tu makan bersama nasi panas.. bestnya..
BalasPadamJemput makan Aini.
Padammemang menambah nasi kalau lauk begini hihihii.
sedapnya kak.. and cantik presentation nya.. baru terfikir jugak weekend ni nak masak ikan bakar + air asam..dap dap
BalasPadamSedapnya ikan bakar air asam!
PadamTerus rasa kecur.
sempat jugak lelapkan mata ye kak, dana ni kadang kt opis menguap2 konon balik rumah lps kerja kul 5 lebih nak tidur kejap tapi tak boleh tidur. Takut terlajak hehhehehe. Subur pokok ketumbar jawa akak, sedap bau nya masuk dalam sambal cicah tu kan kak. Sedap tengok menu akak tu... terliur
BalasPadamKakak memang layan dulu penat Dana.
PadamKemudian barulah masuk dapur.
Pokok ketumbar jawa Dana masih hidup subur tak?
Pun masih nampak sedap lauknya
BalasPadamTerima kasih Syaz.
Padampernah juga macam tu kak,nak masak lain tapi lain yang jadi
BalasPadamKan.
PadamEntah apa yang difikirkan, lain pulak jadinya.
Kalau amie jadi adik saya..sure dapat makan sedap2..hehehehehe..
BalasPadamWah, seronok dapat kakak Fzy Fuzzy!
PadamDia jadik lain, hehehe.
BalasPadamBanyak fikiran ni SK.
PadamBelum pernah jumpa pokok dan daun ketumbar jawa.. satu hari nanti nak cari dan tanam juga lah.
BalasPadamYa, mungkin ada di pasar tani atau di nurseri.
PadamTak pernah guna daun ketumbar jawa. Nampak subur bila di tanam. Sedap ye kalau di bubuh dalam sambal kicap
BalasPadamSaya ikut-ikut buat sambal kicap bubuh daun ketumbar jawa macam kawan-kawan di sini. Sedaplah.
PadamTerima kasih Syafiqa.
BalasPadamsambal kelapa akak tu mengancam.. Makan dengan nasik dan ikan bakar pun da bertambah nasi tu kak..
BalasPadamSA pun x pernah makan ketumbar jawa...jumpa pun jarang rasanya...
BalasPadam