Pages

Jumaat, 23 Jun 2023

Sepinggan Nasi Le Mak Cik Penuh Lauk!

Bismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan dari Gua Musang menemui perhentiannya di Ipoh. Kami bermalam di Tambun In. Menjelang senja Abang Farid menyusul dari Tronoh dan menginap di hotel yang sama. Malam itu Abang Farid bawa kami makan di Plan B.

Masing-masing memilih menu yang digemari.
Encik Suami memesan Nasi Le Mak Cik. Begitulah nama menunya. Ejaannya bukan nasi lemak tapi Nasi Le Mak Cik. Banyak lauknya. Termasuk nasi, rasanya ada 10 benda dalam pinggan!

Nasi Le Mak Cik


Nasi Le Mak Cik penuh lauk!
Pertama kali jumpa nasi lemak dengan keropok belinjo. 


Kerja memesan makanan menggunakan QR Code ini kita bagi Abang Farid.

Firdaus : Iced Matcha Latte

Abang Farid & Aseeyah : Lemonade

Amie & Encik Suami: Chamomile & Peppermint 

Chamomile & Peppermint

Bismillah.

Encik Suami : Nasi Le Mak Cik 

Oleh kerana banyak lauk nasi lemak, jadi terpaksalah kami bantu Encik Suami habiskan lauk. Sekiraya makanan tidak dihabiskan, denda RM1.00 akan dikenakan.


Aseeyah : Buttermilk Chicken Carbonara

Abang Farid : Vietnamese Rice Bowl Chiicken 

Amie : Mom's Laksa Johor

Mom's Laksa Johor ini memang mewah dengan segala aksesori sehingga menenggelamkan spaghetti! Eh, jumpa jodoh dengan Laksa Johor di Ipoh pula. Agaknya belum sampai jodoh nak makan Laksa Johor di JDT.

Firdaus : Chicken Popcorn Fries
Sour Cream & Onion Fries

Senyum lebar Firdaus dapat makanan kegemarannya.


Ketika sedang makan, datanglah pekerja restoran minta bayaran.
Harga makanan RM199.00 tetapi setelah dicampur 10% service charge dan 6% sevice tax jumlahnya menjadi RM230.85 sen.


Sewaktu menuju ke kereta, sempat rakam gambar waktu malam.



Selamat malam Ipoh!

14 ulasan:

  1. Eh, orang belum minta bil, dia dah suruh bayar ya.. hihi. Unik nama makanan tu, mula tak faham ia adalah nasi lemak. Laksa Johor pun nampak sedap. Selalu ke Ipoh, belum pernah mencuba di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang macam tu SK. Dari meja ke meja dia bergerak hulur bil dan minta bayar terus.

      Padam
  2. Saya pun tak sampai lagi ke Ipoh, huhu... Memang ronda2 satu Malaysia Kak Amie & keluarga ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan Abang Farid tinggal di Tronoh, jadi kami saja jew jalan-jalan di kawasan sekitarnya.

      Padam
  3. Harga makanan dia nampak berpatutan...tapi harga air... macam mahal je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah, selalu terlajak kayangan harga airnya.

      Padam
  4. Harga makanan wowww nmpkk sedap jer makanan tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Rabia. Lagilah apabila makan sekeluarga, tambahlah sedapnya.

      Padam
  5. Wowwww nasi lemak dia.... tak nampak nasi, accessories banyak betul!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan!
      Kami bantu Encik Suami habiskan aksesorinya tu.

      Padam
  6. Sukanya bila kacang dna ikan bilis tak kedekut.. Puas hati tengok.. Siap ada tempe.. ohsem..

    BalasPadam
  7. Aik..memang konsep dia kena bayar dulu baru makan ke apa ni..hehehe..apapun pemandangan waktu malam kat situ nampak klasik dan cantik sangat

    BalasPadam