Pages

Selasa, 13 Jun 2023

Bunga Betik Tumis Pedas dengan Ikan Masin

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang ini berangan hendak masuk dapur yang akhir-akhir ini jarang berasap. Tiba-tiba anak buah Encik Suami telefon dari kampung. Daat jemputan  ke majlis sambutan ulang tahun cucu buah. Tak jadilah masak!

Kita cerita Bunga Betik Tumis Pedas dengan Ikan Masin. Ini cerita kelmarin. Encik Suami hendak makan nasi lauk bunga betik. Sebenarnya bunga petik yang pahit ini pun sudah harga kayangan, sama taraf dengan sayur lain. Bunga betik ini pemberian kawan Encik Suami. Oleh kerana banyak, jadi Encik Suami masukkan ke dalam peti sejuk bahagian beku. Bolehlah dimasak beberapa kali.

Bunga Betik Tumis Pedas dengan Ikan Masin

Bahan-bahan:
  • 3 cawan bunga betik
  • 1 ekor ikan masin - bersihkan dan potong ikut saiz yang digemari
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 4 sudu besar minyak
Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 20 tangkai cili padi
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan hiris bersama ikan masin hingga terbit aroma.
  3. Masukkan bunga betik. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Biarkan seketika.
  6. Kacau beberapa kali.
  7. Padamkan api dapur.
Sup Labu Siam

Kita pula hendak hirup kuah sup. Jadi kita didihkan labu siam bersama cendawan shiitake, white fungus dan kurma merah. Bubuh bawang besar dan bawang putih. Setelah semua bahan menjadi lembut, kita masukkan tomato kampung, dan bubuh perasa. Kacau beberapa kali, dan terus padamkan api dapur. Lama tak hirup sup. Aduhai... berpeluh-peluh jadinya!

Ikan Ayam Laut

Minta ihsan Encik Suami untuk bersihkan ikan ayam laut. Malas hendak siang sisiknya. Oleh kerana isinya sangat lembut, kita lumur sedikit tepung jagung sebelum menggorengnya.

Sekian, cerita dari dapur.

7 ulasan:

  1. senyum saya tenguk anak buah dapat cucu buah....saya dah ada cucu buah dan cucu buah pun dah kahwin tunggu cicit buah pulak. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, dah dimulakan dengan anak buah, jadinya terus ke cucu buah, cicit buah segala.

      Padam
  2. Wahhh.. dah dua kali Kak Amie masak bunga betik tanpa direbus dahulu.

    BalasPadam
  3. dana tak pernah masak bunga betik ni kak tapi tengok orang makan macam sedap, mak dulu suka buat ulam ni

    BalasPadam
  4. Serba serbi barang naik harga sekarang ni kan Kak Amie. Bunga dah mahal, inikan harga buah betik. Selalu beli 2 biji kecil pun dah cecah RM10. Bunga betik belum pernah makan lagi. Kalau tumis pedas mesti sedap tu gabung dengan pahit pahitnya.

    BalasPadam
  5. Semuanya mahal..
    Sedap bunga betik ini walaupun pahit..

    BalasPadam
  6. susah nak dapat bunga betik...sup labu siam nampak sedap, manis2 kurma cina..

    BalasPadam