Pages

Jumaat, 9 Jun 2023

Kepala Ikan Tenggiri Masak Sup Berempah

Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga dapur tidak berasap. Minggu ini asyik sibuk memanjang dan selalu balik lewat petang. Hari ini balik lebih awal dari biasa, dan sempatlah masak Kepala Ikan Tenggiri Masak Sup Perencah cincai-cincai! Selalunya bubuh rempah empat atau lima sekawan tetapi kali ini gunakan serbuk rempah sup sahaja. 


Kepala Ikan Tenggiri Masak Sup Berempah


Lauk tambahan: Peria Tumis dengan Udang & Kerabu Mangga Muda

Peria Tumis dengan Udang

Kerabu Mangga Muda

Kicap Lada

Samosa Kentang

Firdaus pesan supaya gorengkan samosa untuknya. Sebelum sampai ke rumah, sudah terhidang sepiring samosa untuknya.

Kepala Ikan tenggiri Masak Sup Berempah

Untuk tambah koleksi resipi ikan, kita tepeklah resipi Kepala Ikan Tenggiri Masak Sup Berempah di sini. Kalau tumis rempah empat atau lima sekawan memang lebih sedaplah rasanya. Tak apalah, gunakan serbuk rempah sup pun sedap juga tapi pastikan tidaklah berlebihan sehingga menenggelamkan rasa manis ikan.

Bahan-bahan:
  • 1 bahagian kepala ikan tenggiri - belah 2 - cuci bersih
  • 1 liter air
  • 1 sudu besar serbuk rempah sup
  • 2 batang serai - diketuk
  • 7 biji tomato kampung
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • garam / perasa pilihan
  • bawang goreng & hirisan daun sup
Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Gunakan api sederhana. Masukkan serbuk rempah sup. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  3. Setelah naik bau, tuangkan sebanyak 1 liter air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan kepala ikan tenggiri. Biarkan selama lima minit atau sehingga ikan masak.
  5. Taburkan lada hitam, tomato kampung dan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
  7. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup, bawang goreng dan perahkan jus limau nipis  atau limau kasturi.

11 ulasan:

  1. Nampak sedapnyer
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  2. Itu dia, sibuk2 Kak Amie tetap rajin turun ke dapur menyediakan juadah yg sedap2 untuk keluarga.

    BalasPadam
  3. SA baru beli kepala ikan merah..nak buatkan sup untuk Mak Pah...tapi tu la..dia x selera makan plak...

    BalasPadam
  4. Boleh tahan banyak lauknya.

    BalasPadam
  5. uiiii tak dapat bayangkan kak amie sedang menghirup sup penuh nikmat...🤭

    BalasPadam
  6. Alahai.. sedapnya sup ikan merah, pasti manis rasa ikan tu.

    BalasPadam
  7. Menu Kak Amie masak sedap sedap. Kerabu Mangga Muda tu ratah pun sodap!

    BalasPadam
  8. sedapnya...sup dgn cili kicap..

    BalasPadam
  9. sedapnya supa ikan tenggiri kak, boleh la ikut resepi akak nnti

    BalasPadam
  10. simple tapi sedap tu kak... lagila ikan yang fresh

    BalasPadam