Bismillahrrahmanirrahim.
Sepanjang perjalanan dari Batang Berjuntai hingga ke Muar, kita tertidur!
Sebaik terjaga , destinasi yang dituju hanya tinggal satu minit perjalanan sahaja. Kita terlupa pesanan tuan rumah, Basrie Homestay supaya menelefonnya satu jam lebih awal sebelum sampai! Aduhai... lena sungguh tidur dalam kereta.
Apa pun urusan masuk rumah berjalan lancar walaupun tidak menelefonnya sejam sebelum itu.
Harga yang ditawarkan oleh Booking.com untuk penginapan di sini sebanyak RM322.65 sen dengan deposit transfer online kepada tuan rumah sebanyak RM100.00.
Homestay ini terletak di kawasan perumahan di alamat:
No.3, Jln Jaya 2/21, Taman Pagoh Jaya,
84600 Pagoh, Muar, Johor. |
Selamat Datang ke Basrie Homestay Pagoh |
Ruang letak kereta digantikan dengan mini kolam renang. Jadi, kereta berada di luar pagar. Abang Farid pula letakkan keretanya di simpang jalan bawah pokok berhampiran homestay.
|
Mini kolam renang.
|
|
Firdaus terus merebahkan diri sebaik sahaja masuk ke rumah. Penat sangat agaknya! |
|
Ruang tamu. |
|
Tangga menuju ke tingkat atas. |
|
Bilik 1 (bawah) - Katil Queen |
|
Bilik air terletak di bahagian luar bilik, sebelah dapur. |
|
Mi Segera & Air Minuman |
Makanan dan minuman yang disediakan di sini perlu dibayar dan harganya akan ditolak dari bayaran deposit:
- Air Minuman - RM2
- Air Tin - RM3
- Air Kotak - RM2
- Maggie - RM3
- Ais Krim - RM1
|
Air Tin dan Air Kotak |
|
Ini air refill penapis Coway untuk kegunaan minum dan masak. Percuma. |
|
Ruang dapur. |
|
Peralatan memasak. |
|
Sudut tangga naik ke atas. |
|
Bilik air. Kemas dan bersih. |
|
Bilik 2 - Katil Queen |
|
Ada sterika. |
|
Ada extra bantal dan selimut serta penyangkut baju. |
|
Bilik 3 - Katil Queen |
|
Almari Solek |
Ketiga-tiga bilik tiidur tidak disediakan almari pakaian, hanya ada tempat penyangkut sahaja.
|
Menyiapkan buah tangan yang akan dibawa untuk merisik dan meminang keesokan pagi. |
Basrie Homestay ini pilihan Fuad. Katanya hanya dua minit perjalanan ke rumah bakal tunangnya. Malam itu kami membuat sedikit persiapan untuk merisik dan meminang. Pihak sebelah ingin mengadakan majlis yang ringkas dan kami, menurut sahaja cadangan mereka. Pada mulanya hendak merisik saja. Hendak dijadikan cerita, terus meminang pula! Jadinya, merisik dan meminang anak orang Muarlah kisahnya.... ahaks!
|
Ada satu sudut yang agak menarik di hujung ruang tamu. Bolehlah ambil gambar di sini. |
Susunan tidak berapa sempurna. Keesokan paginya, apabila Wak Aton sampai dari Selangor bersama suaminya, Wak Aton tolong susun semula.
|
Kenangan-kenangan di hari bersejarah Fuad. |
Uncle ni pantang tengok kolam renang... nak terjun!
BalasPadamKolam renang ni untuk Daus... Uncle jangan terjun sini ye hihihiii.
PadamSemoga dipermudahkan segala urusan merisik..
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSemuanya dipermudahkan. Syukur.
kira lengkap jugalah homestay ni. macam2 ada utk tetamu... pandai owner tambat hati tetamu
BalasPadamKreatif kan Anies.
PadamUnik kolam mandi dia
BalasPadamItulah salah satu daya tarikannya.
PadamMudah gitu..merisik dan meminang. Sebab memang sudah saling kenal.
BalasPadamCantik gubahan tema purple lembut 👍🏽
Alhamdulillah, bakal menambah ahli keluarga rupanya Kak Amie 👍
BalasPadamMudah-mudahan segala perancangan dipermudahkan oleh-Nya 🤲
In syaa Allah PH.
PadamTerima kasih atas doanya.
Amin ya Allah.
Nampak selesa homestay-nya. Siap ada swimming pool.
BalasPadamSenang macam tu, merisik dan meminang. Sebab jauh lokasi nak datang, kan. Saya dan suami dulu, macam tu juga. Lepas tu, terus nikah. Tak de tunang pun. :)
Alhamdulillah.
PadamSegalanya dipermudahkan.
BalasPadamMeminang tu sama dengan bertunang tak cikgu?
Konfius pulak.. biasanya dengar orang sebut cincin risik dan cincin tunang jadi saya assume meminang tu bertunang lah eh.
Tak sabar menanti Fuad jadi raja sehari, Kak Amie.
BalasPadamAda pulak mini kolam renang. Homestay selesa juga ni. Kalau Kak Amie dah penat, apatah lagi si kecil Firdaus tu. Tapi kalau berjalan ke sana sini perjalan jauh pulak memang memenatkan. Alhamdulillah masing masing berjodoh dengan orang malaya. Jadi orang Muar pasni lepas Batu Pahat.
BalasPadamcantik pilihan warna homestay ni, nampak ceria...kalau ada ramai budak2 kecik, kolam renang mini jd tumpuan..
BalasPadamkesian firdaus kepenatan
BalasPadamSelesai satu bab kan kak, berapa lama ikatan pertunangan ni...cantik2 haantaran walau simple je..SA ni x siap satu apa pun lagi
BalasPadam