Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas makan di Nasi Arab Husna, kami singgah di Sate Haji Samuri Senawang. Beli sedikit sate dan nasi himpit untuk sesiapa yang lapar waktu malam sebab kami makan nasi sekitar pukul lima petang. Terpikat pula melihat Burger Ayam dan Burger Daging Berperisa Sate. Jadi Amie pun beli kedua-duanya. Setakat ini belum pernah rasa patty ayam dan patty daging perisa sate! Harga? Lupa..... ahaks!
Burger Ayam & Burger Daging Berperisa Sate |
Sampai sahaja ke rumah, Abang Farid hendak makan sate! Eh, padahal baru saja makan nasi arab. Agaknya tak tahan aroma sate yang menggoda itu. Amie suruh anak-anak bersihkan diri dan selepas solat maghrib bolehlah makan malam sekali lagi. Kami bawa pulang lebihan nasi arab bersama lauk ayam dan lamb shank. Tak cukup makan sate, boleh ulang makan nasi arab.
Pada masa yang sama, selalulah Abang Farid dan Fuad sebut-sebut nama Fairuz! Ketiga-tiganya jarang terpisah kalau bercuti. Kali ini Fairuz terpaksa uruskan bekalan ikan yang agak banyak di Kota Kinabalu, jadi tidak berkesempatan untuk bersama kami. Encik Suami pun rasa sedih juga apabila dengar nama Fairuz disebut-sebut.
Setiap hari mereka bervideo call. Kalau Fairuz sibuk, kami hanya bertanya khabar sahaja.
Setiap hari mereka bervideo call. Kalau Fairuz sibuk, kami hanya bertanya khabar sahaja.
Sementara menunggu anak-anak berkumpul di meja makan, Amie goreng burger di dalam kuali non stick. Aromanya semerbak! Amie hanya goreng tiga keping burger ayam dan tiga keping burger daging.
Hidangkan burger begitu sahaja bersama sate dan nasi himpit. |
Sedap sungguh rasa burger ayam dan burger daging perisa sate! Isinya padu, pejal tapi lembut dan tidak kedekut ayam atau daging! Di luar bungkusan, arahan yang diberi gunakan minyak, tapi kami tidak ada minyak. Amie letak saja di atas kuali dan gunakan api perlahan. Alhamdulillah walaupun hanya sedikit minyak yang keluar dari burger tetapi tidak melekat kerana gunakan kuali non stick.
Siapkan hidangan ringkas untuk makan malam kami di Mountain View Homestay. |
Ada sate perut. |
Dan sate ayam. |
Sate dilengkapi dengan nasi himpit, hirisan bawang dan timun serta kuah yang sedap. |
Saat bahagia sudah tentulah apabila seisi keluarga dapat berkumpul dan makan bersama, walaupun Fairuz nun jauh di Kota Kinabalu. |
Lebihan makanan kami simpan di dalam peti sejuk. Nampaknya nasi arab masih berbaki, begitu juga dengan sate dan kuih-muih. Bolehlah dipanaskan dalam microwave keesokan pagi untuk dijadikan sarapan.
Keesokan paginya, Aseeyah panaskan sate, nasi arab, dan kuih di dalam microwave. Encik Suami bersama Fuad dan Abang Farid keluar membeli sarapan.
Nasi arab bersama baki ayam dan kambing yang dipanaskan. |
Burger ayam dan daging perisa sate. |
Bungkusan baki burger ayam dan sate yang disimpan dalam peti sejuk malam tadi, dikeluarkan dan digoreng. Tak sabar hendak sambung makan burger perisa sate yang sangat sedap ini!
Encik Suami membawa pulang lontong bersama kuah lodeh dan roti canai serta nasi lemak.
Alhamdulillah, meriah makan malam dan sarapan macam berada di rumah sendiri. Seronok semuanya berkumpul sayang Fairuz jauh di bawah bayu.
BalasPadamMoga dapat bersama Fairuz apabila bercuti pada masa yang lain.
PadamKalau balik ke Semenanjung memang meriah makan2 kan. Makanan sedap2 kat sini dan banyak pilihan. Baru tau Hj Samuri ada menjual daging burger. Dah lama tak makan di Satay Hj Samuri.
BalasPadamSaya pun baru tahu juga ada burger ayam dan daging perisa sate. Tak rugi beli. Sedap!
Padambelum jumpa lg burger perisa sate...menarik...
BalasPadamSambil menunggu sate siap dibungkus, mata memandang isi peti sejuk di sebelah kaunter. Di situlah terpandang burger perisa sate.
PadamWah.. bestnya.. ada daging berger perisa sate ye.. Bolehlah dicuba kalau jumpa nanti..
BalasPadamLepas ini kalau jumpa burger perisa sate, saya tak fikir dua kali dah. Terus sambar hahahaha!
PadamWah! Dah ada burger?
BalasPadamAgaknya saya baru nampak kot.
Padambestnya kak makan ramai2 macam ni. makanan mcm ni tahan kan boleh makan esoknya..
BalasPadamYa, masih elok dan boleh dipanaskan.
PadamSeronoknya dapat menjamu selera sekeluarga
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki Allah.
Padamkelihatan menggiurkan patty ayamnya...cocok fimaem bareng nasi arab yang berempah kak amie
BalasPadamSedap sangat patty ayam dan daging perisa sate tu Mbul.
PadamAmmi tak tau pun di Senawang ada satay Hj. Samuri ni.. bolehlah pergi ni sebab senawang dengan rumah ammi tak jauh pun. nampak burger satay dia pun macam moist juicy gitu
BalasPadamCari burger perisa sate tu Ammi. Sedap.
Padammenariknya daging burger perisa satay tu kak
BalasPadamBetul Dana.
PadamSedap.
Lama tak komen di sini. Waktu makan tu lah kita akan jadi teringat sangat kat anak yang takde bersama. Burger berperisa tu memikat sungguh lah kak, nak cuba juga nanti.
BalasPadamItulah, selalu bercuti bersama tapi kali ini seorang terpaksa bekerja.
PadamCubalah, burger perisa sate lain dari burger biasa. Sedap.
Wahhh..lain kali kalau pi makan kat satay Hj.Samuri nak tengok juga ada tak daging burger tu. Boleh cuba beli.
BalasPadamBetul tu. Cuba tanya, mana tahu ada.
Padamwah hj samuri dah ada jual berger sate. Kena carik ni. Seronok kan kalau jalan dapat berkumpul semuanya. Hati mak mesti sedih bila salah seorang anaknya tidak ada.
BalasPadamIngatkan banyak dah tahu pasal burger perisa sate Haji Samuri ni.
PadamKena carilah juga Notie.
Hati sedih, tapi kena telanlah juga makanan di depan mata hihihiii.
Memang bahagia, dapat makan seisi keluarga, walaupun tak cukup seorang.
BalasPadamSaya baru tahu Hj. Samuri ada jual burger perasa sate. Kalau jumpa, nak belilah.
Baru tahu ada patty perisa sate. Menarik juga tu. Mujur juga beli, kalau tidak menyesal tak dapat rasa. Sedih pulak bila tak cukup korum ni. Biasa kalau bercuti semua ada kan.
BalasPadamWow...ada daging burger perisa sate...keluaran HJ Samuri plak tu..menarik..ni..mana plak nak beli ni...
BalasPadam