Bismillahirrahmanirrahim.
Kami tak sempat ke pasar malam sewaktu di kampung, tetapi sempat intai buah-buahan di L&L Best Mart Pagoh Jaya dan di One Family Fruit Store Bukit Pasir. Seronoklah sangat jumpa mangga harga RM3.99 sekilogram. Maklumlah mangga paling murah di LD RM15.99. Itu pun saiz kecil. Saiz besar sudah harga kayangan RM20+++. Jangan mimpi dengan makan buah-buahan kalau sampai LD, kecuali buah tembikai yang sudah turun harga RM5.00 sekilogram. Buah tarap yang dulu orang kata buah monyet pun sudah jadi buah merak kayangan! Kalah harga durian!
Harapkan harga ikan sahajalah yang agak rendah berbanding harga ikan di Malaya. Sayangnya selalu orang tayang di FB mengatakan harga makanan laut seperti sotong RM5.00 sekilogram. Kalau di LD, itu harga 30 tahun yang lalu! Kalau nampak sotong di pasar, kita tak berani dekat melihat harganya! Dan satu lagi, jangan terkejut kalau melihat semua harga barangan runcit lebih tinggi berbanding harga di tempat kita. Memang dari zaman dahulu harganya begitu.
Japan Mini Watermelon |
Japan Mini Watermelon ini berharga RM7.50 sen sebiji. Kami beli empat biji di One Family Fruit Store. Buahnya kecil comel tapi isinya manis.
Sebiji Japan Mini Watermelon |
Antara buah-buahan yang dibeli di One Family Fruit Store |
Tak cukup kami beli buah, abang ipar pula belanja durian!
Tak larat nak makan durian banyak-banyak! |
Di Cameron Highlands pula Firdaus petik buah strawberry sampai setengah kilogram. Esok paginya semua masak ranum! Manis pula. Nak buat macamana. Rezeki sudah ada depan mata. makan sajalah! |
Di pertengahan jalan balik dari Cameron Highlands, berhenti makan durian bukit. |
Kita seorang makan sebiji durian sampai habis! Syukurlah hanya beli sebiji seberat satu kilogram. Encik Suami dan Firdaus tidak mahu makan.
Berhenti seketika di Lata Iskandar. Jalan-jalan cari buah kelapa muda. Minum air kelapanya, sebiji RM8.00 kelapa saiz besar. Encik Suami beli nangka madu.
Nangka madu. |
Sewaktu kami bermalam di Puncak Alam, kami bawa Bonda bersama. Kita belikan Bonda buah ciku. Lama yang tering makan sebenarnya! Beli buah mangga, jambu madu dan nanas.
Ciku & Mangga |
Bonda tak mahu makan ciku kerana katanya: Melambak ciku gugur di belakang rumah, tak ada yang kutip!
Hehehee.... teringat waktu kecil dulu selalu bantu petik buah ciku, bersihkan dengan sabut sebelum Bonda peram dalam tin! Rupanya masih ada beberapa batang pokok ciku di tepi rumah Bonda.
Jambu Madu & Nanas |
Anggur Kayangan RM80.00 sekilogram. Sumber : One Family Fruit Store |
Kami beli banyak jenis buah di One Family Fruit Store. Mudah-mudahan nanti ada kesempatan untuk singgah di sini sekiranya ada urusan di Muar. Ada beberapa jenis anggur harga kayangan RM50.00 dan RM80.00 sekilogram. Kami pilih anggur harga marhaen sahaja. Sebelum pulang, kami dipelawa mencuba buah anggur harga kayangan, RM80.00. Percuma sahaja, katanya. Setiap seorang makan sebiji. Rasanya? Bukan jenis anggur biasa. Isinya kenyal, berjus dan manis seakan-akan buah kurma segar! Sangat sedap! Terima kasih.... terima kasih! Tak ingat apa nama anggur ini. Nampak gambar di atas pun kita sudah dapat bayangkan bezanya dengan anggur biasa.
Meriahnya buah-buahan sedap. Ikutkan hati nak je makan buah banyak-banyak. Tapi itulah kang makan banyak melawas pula. Dahlah nak travel sana sini kan. Sekarang harga dah tak macam dulu dah. Beli buah sikit pun dah cecah RM100 kadang. Lagilah kalau buah kayangan. Kot kalau ke Muar boleh singgah sini juga.
BalasPadamDi One Family Fruit Store macam-macam jenis buah dari luar negara. Geram sangat!
PadamTapi apabila tengok harga, telan liur sajalah hihihiiii.
Wahhhh, puas la makan buah-buahan pelbagai rupa, warna dan rasa. Ada ya anggur RM80 sekilogram, lagi mahal dari harga durian kayangan!
BalasPadamItulah SK... nanti jalan-jalan singgah Muar, masuk sini. Cari anggur harga RM80.00 sekilogram. Aduhai... dapat sebiji percuma, macam kunyah intan berlian saja kihkihkihhh.
PadamAlhamdulillah, kita pun tumpang kenyang tengok buah-buahan tu semua 🤩
BalasPadamBuah yang manis, memang mengenyangkan kan PH.
PadamSedapnya anggur kayangan tu..pernah makan boss lama beli sekotak besar...siap paksa makan lagi .kita plak segan kan..amik je la sebiji dua..cuma x ingat nama buah anggur ni...
BalasPadamSaya tak jumpa anggur kayangan tu di LD. First time jumpa di Muar.
PadamDi JDT ni kalau nak cari buah murah2, kena pegi pasar minggu
BalasPadamTunggu Fuad jadi orang JDT Wak. Bolehlah jalan-jalan ke pasar minggu.
Padamsedapp2 semua. kenyangg buah skrg musum durian merata ada jual. bauuu semerbak.
BalasPadamNampak cantik-cantik buah durian, berlonggok di gerai.
PadamBanyaknya buah-buahan yg di beli kak Amie...sedap"jugak liatnya..semangka 🍉 nya tuh merah bangeet...sudah pasti manis rasanya...sinipun dah mulai ada buah durian
BalasPadamSemangka @ tembikai tu saiz kecil memang baka kecil. Isinya manis.
PadamCantik kalernya semua buah ni.. colorful & ceria.. segar² buahnya kak
BalasPadamKan... hijau, merah, oren memang warna ceria!
Padampuas makan buah di semenanjung ye kak, almaklum murah kan harganya. Mangga tengah murah ni kak memang puas la makan
BalasPadamPuas Dana. Hari-hari makan buah, tapi durian dan mangga tu kena kawal juga. Takut asyik melawas pula hihihiii.
Padammerahnya isi buah tembikai tu kak, confirm manis tu
BalasPadamMerah betul warnanya tu Mamapp, dan memang manis.
Padamjambu air merah legit dan sawo itu kesukan mbul banget...buah lainnya juga mauk heheheh
BalasPadamSedap semua tu Mbul. Sawonya juga sangat manis.
PadamLama dah tak makan ciku. Macam tak pernah nampak orang berjualan
BalasPadamSaya pun lama tak makan ciku. Nampak ciku sudah siap kupas, terus beli. Sedap & lemak manis.
PadamMeriah buah-buahan ye.. Macam-macam ada.. paling menggoda dah tentula durian.. kikiki.. Kecik dan merah isi tembikai tu..
BalasPadamRaja durian muncul bermusim. Itulah yang paling menggoda ye Sha.
Padamseronoknya tenguk amie memborong buah-buahan. kalau saya pun cepat terliur kalau banyak buah-buahan di jual. Orsng muo pun tak tahu lagi kedai buah kat bukit pasir dan pagoh tu. tak lalu jadi tak tahu.
BalasPadamBestnya tengok macam-macam jenis buah di Bukit Pasir tu Notie.
PadamDah pasang angan-angan, kalau ke Muar lagi mesti nak singgah situ. Nak beli anggur kayangan pula hihihiii.
jamu mata dgn pelbagai buah2an...sedapnya...lama tak makan buah ciku..
BalasPadam