Pages

Ahad, 11 Jun 2023

Sarapan di Pagoh Jaya

Bismillahirrahmanirrahim.
Isnin, 29 Mei 2023. Seawal pukul 5:30 pagi, Wak Aton minta lokasi homestay kami. Rupanya Wak Aton bergerak dari kampung seawal pukul 5:30 pagi dan solat subuh di Klang, sebelum sambung perjalanan ke Muar. Memang Wak Aton sayang sungguh dengan anak-anak buahnya. Setiap kali anak-anak kami daftar masuk universiti di Malaya, Wak Aton sanggup ambil cuti untuk bantu urus pendaftaran anak-anak buahnya yang datang dari jauh, tidak lain tidak bukan Abang Farid dan Fuad. Walaupun Fuad bergraduasi di Johor, Wak Aton ambil cuti dan datang juga. Dan sekarang, kebetulan majlis bertunang Fuad pada hari Isnin tetapi Wak Aton ambil cuti juga dan sanggup datang dari jauh dengan suaminya untuk bersama-sama kami. Pukul 8:30 pagi Wak Aton sudah sampai ke Pagoh Jaya. 

Alhamdulillah. Kami sempat beli sarapan di Pagoh Jaya sebelum Wak Aton sampai. Jadi, sempatlah kami bersarapan bersama-sama.


Banyak jugalah sarapan yang diborong dari gerai:
  • Lempeng & Sambal Tumis
  • Roti Jaya & Kuah Kari
  • Kuih Ketayap
  • Karipap
  • Kuih Kasturi
  • Sandwich
  • Apam Pisang
  • Nasi Lemak - lauk ayam goreng, lauk sambal kerang & sambal paru
  • Mi Goreng



Fuad sediakan minuman panas. Kebetulan kami bawa sepaket milo. Jadi, tiadalah pilihan kopi atau teh.

Tembikai Jepun yang kecil tetapi sangat manis!


Firdaus hendak makan mi goreng.

Nasi lemak paru.


Sementara menunggu waktu ke pukul 11 pagi untuk urusan merisik dan meminang, Wak Aton dan suaminya meronda Pagoh Jaya dan terjumpa durian. Diborongnya durian dan dibawanya pulang ke homestay.


Jadinya, kami pun sambung sarapan dengan makan durian!

Terima kasih Wak Talhah (abang ipar) belanja kami makan durian.


18 ulasan:

  1. wah bersarapan dgn durian Pagoh pula sedap nampaknya selamat bertunang Fuad

    BalasPadam
  2. Meriahnya menu sarapan beramai-ramai. Ada durian lagi, syoknya! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Makan ramai-ramai ni semuanya rasa sedap.

      Padam
  3. Baik sungguh Wak Aton, sanggup datang dari jauh demi anak2 saudara.
    Menggoda sungguh warna durian tu.
    Eh…baru saya tau ada tembikai Jepun. Timun Jepun taulah 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tembikai Jepun kecil saja saiznya tapi isinya merah menyala dan manis pula.

      Padam
  4. Muar memang tengah musim durian masa tu. Alhamdulillah tahniah Fuad. Mak saudara yang menyayangi anak buahnya. Semuga Wak Aton dan suami dikurniakan kesihatan yang sihat selalu. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak longgokan durian, tapi tak sempatlah nak berlama-lama di Muar.
      Memang Wak Aton sayang sangat anak-anak buahnya.

      Padam
  5. Nampak durian tu terasa nak beli lah balik kerja nanti hahah..

    BalasPadam
  6. Wak Aton dan suami tentu murah hati orangnya, sedapnya durian tu, kuning isinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Mereka berdua memang sentiasa murah hati.

      Padam
  7. Begitulah kasih sayang kepada anak buah. Alhamdulillah...
    Semoga dipermudahkan urusan Farid melangkah ke status seterusnya. Aamiin...
    Wahh awal menjamu durian kak Amie. Elok dan menggoda betul duriannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Amin ya Allah.
      Durian belum ada di LD. Datang Malaya banyak pula duriannya.
      Apa lagi, bagai orang mengantuk disorong bantal. Ngap sajalah hihihiii.

      Padam
  8. sarapan kuih2 kampung sedapnya.. alaaa durian.. mmg tgh musim kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak lempeng terus beli. Sedap betul cicah sambal tumis cili padi.

      Padam
  9. Alhamdulillah.. Menunya semua best-best.. Lempeng dengan sambal.. Waduh.. nasi lemak sambal paru.. mengancam..

    BalasPadam
  10. Wak Aton & suami..dari jauh datang, ikut serta rombongan...meriah menu sarapan, ditambah lagi dengan durian...terbaik..

    BalasPadam