Pages

Selasa, 20 Jun 2023

Cari Makanan Bersup di Santai D'Gua

Bismillahirrahmanirrahim.
Tekak terasa ingin makanan berkuah! Kalau ada masakan bersup alangkah enaknya. Dan Alhamdulillah, ketika jalan-jalan di sekitar Muse Ecopark terpandanglan sebuah tempat makan  dalam bentuk kontena bersebelahan Masjid Buluh.

Cerita tentang Masjid Buluh, sayang seribu kali sayang entah ke mana hilangnya gambar-gambar yang Amie ambil! Kebetulan pula kamera yang Amie bawa bermasalah. Itu sebabnya Amie hanya ambil gunakan HP dan sesekali gunakan kamera. Kali ini kamera tak sportinglah pulak.

Semuanya makanan berkuah dari Santai D'Gua.


Muse Ecopark merupakan kawasan kembara berjalan kaki di Gua Musang. Sempat pula Amie sembang dengan orang tempatan di situ. Katanya orang Kelantan tidak menyebut Gua Musang sebaliknya hanya MUSE (musae) sahaja. Banyak aktiviti fizikal boleh dilakukan di sini termasuklah aktiviti via ferrata, flying fox dan mendaki gua batu kapur.

Apabila sebut tentang batu kapur, sudah tentulah terbayang stalagtit dan stalagmit sewaktu belajar mata pelajaran geografi fizikal di sekolah. Terbayang juga mulut gua dan misteri di dalamnya!

Pemandangan bukit batu kapur di seberang jalan dari Santai D'Gua.

Masjid Buluh




Santai D'Gua
Kontena Masjid Buluh, Gua Musang.

Firdaus santai menanti pesanan makanan siap.

Menunggu butang pesanan makanan berbunyi untuk mengambil makanan di Kontena Masjid Buluh.


Setelah memesan makanan dan minuman, kami mencari tempat duduk di pondok buluh. Antara makanan yang dipesan:
  • Sup Daging - RM10.00
  • Sup Perut - RM10.00
  • Kuetiaw Celup  Ayam - RM7.00
  • Maggi Celup Telur Gedik - RM6.00
  • Sirap Limau Ais - RM2.50 X 2
  • Teh O Ais - RM2.50
    Diskaun - 50 sen
    Jumlah - RM40.00

Semua hidangan datang serentak.

Encik Suami : Kuetiaw Celup Ayam

Firdaus : Maggi Celup Telur Gedik

Amie : Sup Daging

Sepatutnya Sup Daging dan Sup Perut boleh ditambah bihun atau makan dengan nasi, tetapi Amie tidak mahu. Amie hendak makan begitu sahaja. Isinya sudah tentulah tidak banyak untuk diratah. Cukuplah dapat makan sedikit sambil hirup kuah yang panas dan pedas. Berpeluh-peluh jugalah hidung dan dahi!

Amie : Sup Perut


Firdaus pula setelah magginya habis, sambung makan sup daging dan sup perut pula! Habis dihirupnya kuah sup daging dan sup perut sampai habis!

Setelah kekenyangan, Firdaus duduk menyandar di kerusi puluh!


Selepas itu kami jalan-jalan di sekitar Masjid Buluh dan masuk ke dalam. Memang unik kerana bahan binaannya setiap ruang termasuk bilik air terdiri daripada buluh.


Selepas ini jalan ke mana pula? Nampak Stesen Keretapi Gua Musang di bawah sama. Jom kita tunggu keretapi tiba! Dari Tumpatkah?

16 ulasan:

  1. sedapnya nampak sup2 tu.. yum yum

    BalasPadam
  2. Unik sekali pemandangan dibelakang gazebo, ada bukit,
    Dari gambar nampak cool je kawasan situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Faizah.
      Alam sekitar di sini unik sekali. Lain dari yang lain.

      Padam
  3. Aduh, terliur tengok telur gedik Daus tu. Kena makan hati2 jangan sampai pecah, hahaha.

    BalasPadam
  4. Sedapnya sup mesti ala siam kan? rupanya kak amie ambik gambar guna kamera ya... rajinnya nak tranfer² gambar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau travel saya suka bawa kamera tapi setakat kamera compact saja.
      Kebanyakannya guna HP saja.

      Padam
  5. Pernah solat di Masjid Buluh, sangat nyaman tenang alami.

    Saya pulak kalau ke GM ulang2 makan sup kambing di Warong Muse. Perasan jugak kedai Santai D’Gua ni, tapi belum sempat mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ni pantang nampak menu bersup. Rasa macam berselera nak makan.
      Itu yang singgah makan di sini.

      Padam
  6. cantiknya pemandangan r&r situ kak, makanan pun nampak sedap semua.

    BalasPadam
  7. pekena sup panas x sah kalau x berpeluh kan kak? wahhh firdaus.... penggemar sup ya👍

    BalasPadam
  8. Alamak...sedpnya makanan bersup...mee celup tu...aduhaiiii....

    BalasPadam