Pages

Rabu, 3 Mei 2023

Masak Lauk Apa Hari Ini?

Bismillahirrahmanirrahim.
Gambar di bawah ini Amie muat naik semalam tetapi sewaktu hendak mengarang entri, bateri laptop habislah pula. Amie tertinggal pengecasnya di sekolah. Jadi, Masak Lauk Apa Hari Ini Amie kekalkan sahaja sebagai tajuk entri walaupun sepatutnya Masak Lauk Apa Semalam...ahaks!

Semalam kita lewat balik dari tempat kerja kerana sambung mesyuarat hingga ke petang. Sempat jugalah kita masak lauk untuk makan dengan nasi putih.

Kita goreng ikan bawal hitam gaya Suria Amanda, bubuh bawang putih goreng dengan kunyit. Teringin pula hendak hirup kuah masam-masam pedas, jadi kita pun masaklah Asam Rebus Ikan Jenahak. Abang Farid tak minat ikan, jadi kita tambahkan menu Udang Goreng Kunyit. Encik Suami pesan supaya masak sayur sawi manis. Jadilah Sayur Sawi Manis Tumis Air dengan Fucuk Ketam.

Ikan Bawal Hitam Goreng Bawang Putih & Kunyit

Resepi asalnya Suria Amanda gunakan ikan cencaru di sini: Ikan Cencaru Goreng Kunyit Resepi Bonda

Asam Rebus Ikan Jenahak


Kita masak Asam Rebus Ikan Jenahak sekeping sahaja sebab tidak ada peminatnya selain Amie dan Encik Suami. Masak ringkas sahaja, ala-ala koboi gitu. Resipinya di sini: ASAM REBUS IKAN ALA KOBOI!

Sawi Manis Panjang Tumis Air dengan Fucuk Ketam


Encik Suami suka sangat sayur sawi manis panjang. Firdaus pula peminat suhun! Masukkan sahaja kedua-dua bahan dalam satu periuk. Masak sekali harung. Habislah semangkuk sayur serba ringkas ini sekali hadap.

Banyak peminat Udang Goreng Kunyit. Oleh kerana kita sudah ada Asam Rebus Ikan Jenahak, jadi seekor sahajalah kita jamah Udang Goreng Kunyit! Paling banyak berekor-ekor sudah tentunya masuk pinggan Firdaus dan Abang Farid.


Masakan ringkas dan sangat mudah untuk udang sudah tentunya olahan goreng kunyit sahaja. Resepinya di sini: UDANG GORENG KUNYIT


Cerita semalam diakhiri dengan gambar empat biji kelapa pandan. Walaupun dihirup sebelum makan, tetapi gambar dipaparkan di akhir cerita!


Sebahagian ahli Unit Beruniform Pengakap

Cerita masih bersambung.
Tengah hari tadi kami bermesyuarat dengan semua unit kokurikulum. Amie tidak terlibat dengan sukan dan permainan. Amie penasihat Unit Beruniform Pengakap dan penasihat kelab / persatuan salah satu mata pelajaran di sekolah.


Oleh kerana pulang lewat, jadi terpaksa uruskan Firdaus dari sekolah. Firdaus kena tukar pakaian untuk ke sekolah agama. Encik Suami bawa baju sekolah agama, dan Firdaus akan tukar pakaian dalam kereta.

Memandangkan sebelah petangnya, pada pukul dua petang Amie akan turun ke kompleks sukan, jadi tidak sempatlah hendak makan tengah hari. Ahli rumah sukan menjalani latihan padang dan balapan.

Sempat singgah beli makanan, tetapi memikirkan masa sudah agak lewat jadi Amie beli roti kering sahaja. Entah mengapa, tiba-tiba teringat betapa enaknya makan roti kering yang disapu butter dan ditabur gula!

Butter Bread


Dalam perjalanan menuju ke padang di kompleks sukan, sempat makan empat keping roti kering ini dan minum air kosong!
Selesai latihan sukan, terus pulang ke rumah.
Perut lapar tidak tertanggung!
Teringat pula pagi tadi sarapan bihun goreng di kantin, harga sebiji telur goreng RM2.00!
Sepatutnya Amie bawa bekal sendiri, tetapi pagi tadi terlewat bangun!
Alhamdulillah. Abang Farid dan Aseeyah masak nasi, dan ada lauk ikan sardin serta telur goreng. Memang Amie terus pulun sampai licin telur dan lauk ikan sardin. 
Setelah kekenyangan tiba-tiba teringat pula Encik Suami akan berbuka puasa enam petang ini. Kelmarin kita temankan Encik Suami berpuasa, tetapi hari ini tidak memandangkan sehari suntuk kita perlu kerah tenaga. Tinggal 45 minit lagi waktu untuk berbuka puasa. Ada sayap ayam segar. Jadi Amie terus perap. Kononnya hendak digoreng tapi berubah fikiran pula.
Kita bubuh sedikit minyak dapat kuali dan kita susun sayap ayam dan kecilkan api dapur. Entah apa nama masakannya, yang penting boleh dimakan!

Sayap Ayam 


Sementara menunggu sayap ayam masak, sempat lagi goreng cendawan tiram dengan tepung BESTARI.

Sayap Ayam

Tujuh minit sebelum waktu berbuka puasa, Encik Suami sampai bersama Firdaus. Sayap ayam pun elok masaknya, dan sayur pula boleh diangkat dari periuk.

Sayap ayam nampak agak berkilat mungkin disebabkan kita bubuh minyak bijan.

Hari ini bersayur sawi manis panjang lagi. Sama seperti kelamrin kerana Encik Suami dan Firdaus sudah berpesan minta masakan yang sama.

Encik Suami minta Abang Farid sediakan jus tembikai sebagai penghilang dahaga. Tak sempat ambil gambar jus tembikai sebab sudah masuk waktu maghrib dan semua sudah bersedia untuk makan. Bismillah.

11 ulasan:

  1. Tu dia. Panjangnya catatan. TAk tahu mana nak ulas.

    Pastinya jenuh nak layan tekak ramai yang berbeza beza...

    BalasPadam
  2. panas panas ni sedap nya dapat minum air kelapa... tambah2 klu sejuk perghhh

    BalasPadam
  3. Ikan bawal kalau digoreng saja pun sedap dimakan.

    BalasPadam
  4. Walaupun sibuk dengan tugas di sekolah, masih sempat memasak untuk berbuka. 👍 Sedap tengok hidangan² yang ada, terutama kepak ayam tu.

    BalasPadam
  5. Semalam sy ada singgah sini tinggalkan komen, tapi hang' heheheh.

    BalasPadam
  6. Wah, kalau saya kat rumah Kak Amie ni agaknya bertambah2 nasi. Semua lauk ni kena dgn tekak hehe.

    BalasPadam
  7. butter bread makanan nostalgia juga tu kak zaman budak2 dulu suka sangat makan cicah teh o

    BalasPadam
  8. waduh sedap semua menu akak tu... kadang masakan campak-campak pun hasil nya sedap, mcm ayam kepak akak tu nampak elok kejadiannya

    BalasPadam
  9. Banyak sekali yang di masak dan sedap banget , melihatnya saja bikin selera...butter bread memang enak saat nyantai bareng teh atau kopi

    BalasPadam
  10. Butter bread kering tu kalau kat shoope dipanggil "Roti Kok"
    Saya dah beberapa jali juga belim.sedao makan teman dengan kopi 0

    BalasPadam
  11. biskut kering tu dpt cicah dgn kopi perghhhhh heaven betul👍👍👍👍

    BalasPadam