Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini agak lewat ke dapur. Masih terasa letih kerana kelmarin mengikuti program di sekolah, dan pada sebelah malamnya pula menghadiri majlis perpisahan sempena hari bersara seorang rakan sekerja merangkap jamuan hari raya yang dianjurkan oleh kelab staf sekolah.
Selamat berhujung minggu dan selamat menyambung raya. Tentu masih ada yang mendapat jemputan ke rumah terbuka pada hari ini. Kami dapat jemputan ke sebuah rumah tetapi belum dihadiri lagi. Encik Suami belum pulang lagi. Pukul 10 pagi tadi, Encik Suami hantar Abang Farid menemani Aseeyah ke klinik kerana Aseeyah kurang sihat.
Sementara itu Amie masak nasi lebih awal, dan sempat goreng ikan selayang dan kemudian tumis dengan sambal tomato. Pada masa yang sama Amie renihkan sup ayam campur kurma merah. Oleh kerana perut pun sudah berkeroncong sebab tidak ambil sarapan, jadi Amie pun makanlah nasi dengan Sambal Tomato Ikan Selayang sambil hirup sup ayam campur kurma merah. Sedapnya hanya kita saja yang tahu.... ahaks!
Gambar dari entri : LAKSA SEDAP DENGAN KUAH 3 JENIS IKAN |
Ikan Selayang Ekor Merah Goreng Sambal Tomato |
Resipi Ikan Selayang Ekor Merah Goreng Sambal Tomato
Bahan-bahan:
- 10 ekor ikan selayang ekor merah - bersihkan - lumur sedikit garam dan kunyit - goreng hingga masak - angkat - ketepikan
- 3/4 cawan minyak
- 3/4 cawan gula Melaka parut
- 2 keping asam gelugur
- garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
- 40 tangkai cili padi
- 5 tangkai cili merah
- 5 biji tomato merah / masak - potong dadu
- 5 biji buah keras
- 1/2 cawan ikan bilis (gantikan belacan)
- 5 ulas bawang putih
- 7 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit aroma.
- Masukkan gula Melaka parut dan asam gelugur.
- Biarkan masak sehingga mendidih seketika.
- Perlahankan api dapur, dan kacau sekali-sekala supaya tidak hangus di bahagian bawahnya.
- Setelah bahan tumisan terbit minyak, perasakan dengan garam / perasa pilihan.
- Masukkan ikan selayang ekor merah @ basung dan gaul rata.
- Padamkan api dapur.
Amie tambahkan hirisan cili hijau sebelum padamkan api dapur.
Memang sedap sungguh makan dengan nasi putih. Untuk menikmatinya tak perlu tambah lauk lain. Amie sediakan sup ayam kurma merah di sebelah. Jadi kalau rasa tercekik, hirup sup beberapa sudu. Nyaman bah!
Sup Ayam Kurma Merah |
Saya rasa, saya tak pernah jumpa ikan sardin ekor merah dekat sini.
BalasPadamperghhhh mantap kak. dpt ke st ni konpem bertambah tambah🤭
BalasPadamBaru tahu ikan selayang ada yg ekornya merah. Lepas2 raya ni, dapat nasi putih dengan lauk macam ni, mahu bocor periuk nasinya Kak Amie!
BalasPadamOh..ikan basung tu ikan selayang spesis ekor merah yer..Saya belum pernah jumpa spesis ni kat pasar
BalasPadamnampak fresh betul ikan selayang nya tu kak, ini mak dana selalu panggil ikan kembung kacang sebab badannya panjang heheheh
BalasPadamBulan Syawal, nak menu macam ni je nak makan dengan nasi putih. Mungkin dah jemu dengan lemang, ketupat, kuih raya..hikss
BalasPadam1st time tau ada ikan selayang ekor merah...new info ni...
BalasPadamEh rasanya pertama kali tengok ikan selayang ekor merah ni kak amie...x pernah jumpa lagi di semenanjung
BalasPadam