Pages

Sabtu, 6 Mei 2023

Pelancaran Reach For The Stars & Jamuan Hari Raya (Potluck)

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini semua guru kelas tingkatan lima, barisan pentadbir dan ketua bidang serta ketua panitia mata pelajaran dikehendaki hadir untuk majlis pelancaran Reach For The Star 2023. Program ini dijalankan sejak tahun 2018. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid untuk mencapai gred A dalam setiap mata pelajaran SPM. Biasanya program dijalankan pada sebelah petang hari Jumaat, disambung ke hari Sabtu dan hari Ahad. Guru-guru diberi tugasan masing-masing. Selain menjadi fasilitator, sebahagian ahli jawatan kuasa akan bergabung tenaga menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang, masak-masak di sekolah. Peralatan memasak disediakan sendiri oleh guru, dan yang bermurah hati akan menyumbang makanan. Pengetua mahu supaya murid-murid yang mengikuti program dapat makan secukupnya.

Berhari raya sesama rakan.

Majlis pelancaran Reach For The Star 2023 pada hari ini dihadiri oleh semua murid tingkatan lima yang akan menduduki SPM, ibu bapa, YDP PIBG dan AJK. Selepas itu, semua tetamu dijemput menikmati hidangan yang disediakan mengikut kelas yang telah ditetapkan. Murid-murid setiap kelas membawa ibu bapa makan bersama mereka. Majlis diadakan di gelanggang bola keranjang.

Kelmarin, sebelum tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, salah seorang murid perlahan-lahan bertanya.
Cikgu, bolehkah cikgu tolong masak untuk kami? Esok ada jamuan hari raya semua kelas. 
Cikgu tolong masak ayam. Kami kumpul duit untuk bayar cikgu.
Tahun ini Amie menjadi guru kelas tingkatan empat. Kelas tingkatan empat tidak terlibat dengan program Reach For The Star. 
Kami beli air minuman saja cikgu, sambung murid tadi. 
Barulah Amie tersedar, mereka non-muslim dan faham tentang penyediaan makanan untuk muslim. 
Bolehkah cikgu? Nanti kami bayar berapa cikgu minta.
Kemudian beberapa orang di antara mereka berbisik-bisik sambil menunggu jawapan daripada kita.
Kamu mahu cikgu masak apa?
Apa-apalah cikgu. Yang penting kami akan ada bawa makanan.
Baiklah. Nanti cikgu cuba fikirkan apa yang boleh cikgu masak.
Nampak sungguh kegembiraan pada air muka masing-masing.
Terima kasih, cikgu. Terima kasih!

Kepingan peha ayam yang sudah dipotong-potong.

Malam tadi, sebelum tidur Amie perap 12 keping sukuan peha ayam. Pagi tadi Amie goreng. 10 keping Amie potong-potong , dan 2 keping lagi Amie tinggalkan untuk Abang Farid, Aseeyah dan Firdaus. Kemudian Amie taburkan hirisan mangga muda, ditambah dengan hirisan daun ketumbar dan sedikit hirisan bunga kantan.


Harap-harap bolehlah dijadikan sebagai lauk tambahan di majlis itu nanti. Untuk rasa lebih lazat, Amie didihkan Sos Cili Thai Maepranom, dan tuangkan di atasnya.

Ayam Goreng Sos Cili Thai Maepranom sedia untuk dibawa ke sekolah.

Amie goreng mi kuning, tambahkan fish ball dan fish cake dan dihiasi dengan hirisan telur dadar.

Sampai di sekolah, murid-murid kita teruja menunggu kedatangan kita. Nampak sungguh gembira wajah mereka apabila melihat kita membawa dua bekas makanan berisi ayam goreng dan mi goreng. Amie beritahu, tak perlulah bayar untuk makanan tersebut. Alhamdulillah, semuanya habis dinikmati bersama ibu bapa dan guru mata pelajaran serta guru kelas.

Makanan yang terhidang dibawa oleh murid-murid. Ada yang berkongsi beli, ada yang masak di rumah.


Semua kelas dengan guru masing-masing sibuk melayan ibu bapa menjamu selera bersama-sama. Kami berada di satu sudut sebelah kiri di bawah astaka.

Cikgu Jusna selaku guru kelas menyumbang sate ayam. Di sebelah sate ayam ada kuih keria, sumbangan Cikgu Nano.

Ada ayam masak merah. Ada ayam masak kurma, dan ayam masak kicap. Nun di sebelah ayam masak merah ada nasi himpit. Itu sumbangan dari Cikgu Nano.

Cikgu Masnita menyumbang nasi dan ayam masak merah, hasil air tangannya sendiri.

Ayam Goreng Sos Cili Thai Maepranom


Ada pelbagai jenis kuih yang dibawa oleh murid-murid seperti karipap, kek pisang, dan beberapa jenis kuih lain yang tak sempat diambil gambar sebab laku keras!


Sesekali ambil kesempatan selit-selit bergambar.


Setelah ibu bapa mengambil hidangan masing-masing, kami pun mula merapat ke meja memilih menu yang disukai.


Bersama rakan sekerja merangkap geng kaki jalan!

10 ulasan:

  1. terbaik murid2 non muslim berusaha meraikan Aidilfitri di sekolah walau terpaksa minta tolong gurunya memasak juadah

    BalasPadam
  2. Saling menyumbang antara guru² dan ibu bapa, nampak bertambah meriah juadah² yg disediakan πŸ‘

    BalasPadam
  3. Bila majlis potluck, boleh jumpa macam² jenis makanan. 😊

    BalasPadam
  4. Tak hairanlah, Cikgu Amie jadi kesayangan murid2nya. Nmpk bagus idea Kak Amie gandingkan ayam dengan sambal thai tu.

    BalasPadam
  5. meriahnye potluck hariraya tuuh., ;p

    BalasPadam
  6. baguslah diorangπŸ‘πŸ‘ k amie pun sama bkn takat sumbang tenaga malah sumbang rezeki jugaπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  7. Meriahnya juadah jamuan.
    Menarik resepi Ayam Goreng Sos Cili Thai Maepranom tu.

    BalasPadam
  8. Wah ..masih meriah walau Syawal dah masuk pertengahan...Tahun ni meriah kan walau ekonomi tidak menentu

    BalasPadam
  9. menyesal lak tengok waktu tengahari ni kak, dahla tengah puasa terus berbunyi2 perut hehheh..

    BalasPadam