Bismillahirrahmanirrahim.
19 Mei 2023, hari ulang tahun Cikgu Darwisah dan jatuh pada hari Jumaat. Sudah agak lama juga Cikgu Darwisah tidak menyertai aktiviti jalan-jalan. Untuk mengembalikan suasana dan kenang-kenangan bersama, kami sepakat mengajak Cikgu Darwisah makan-makan selepas tamat sesi persekolahan. Cikgu Darwisah merupakan bekas anak murid Amie. Kini kami bertugas di bawah bumbung yang sama.
Tempat makan kami : Happy Spoon Restaurant & Cafe.
Menu yang kami pesan:
- Ice Blended Kitchai Special
- Summer Love
- Milky Tea Black Sugar Creme Brulee
- Mango Ice Shaved
- ABC Happy Spoon
- Fruity King
- Taiwaness Sauce Chicken Rice
- Pattaya Fried Rice
- Asam Laksa Penang Ayam
- Fish Fillet HamChoy Meehoon Soup
- Onion Ring
- Fried Popiah
|
Mari menjamu selera! |
|
Selamat Ulang Tahun Cikgu Darwisan (tudung ungu). Semoga sentiasa sihat, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. |
|
Fruity King |
|
Cantik dan berwarna-warni Fruity King ini. Bebola warna oren itu ialah betik, dan bebola berwarna merah pula isi tembikai. Ditambah ais krim, dan ada cincau di bahagian bawahnya. |
|
ABC Happy Spoon |
|
Mango Ice Shaved |
Puaslah kami menikmati dessert yang segar dan lazat di kala tengah hari, cuaca panas!
|
Summer Love & Ice Blended Kitchai Special |
|
Kam & Nano : Fish Fillet HamChoy Meehoon Soup |
|
Jusna & Gee: Asam Laksa Penang Ayam
|
|
Darwisah : Taiwaness Sauce Chicken Rice |
|
Firah : Pattaya Fried Rice |
|
Apabila direnung-renung rupanya perkataan 'happy spoon' ditulis menggunakan sos. |
|
Amie : Onion Ring |
|
Oleh kerana Amie memesan ABC Happy Spoon, jadi Amie tidak makan menu berat. Amie hanya makan onion ring dan popia sahaja. |
|
Amie : Fried Popiah |
|
Dessert didatangkan dalam portion yang besar! Memang tak larat makan seorang. Kami kongsi-kongsi untuk menghabiskannya tetapi tak habis juga!
|
Sekian.
Coretan kenang-kenangan bersama rakan-rakan.
Semoga ukhuwah terus berpanjangan.
Amin.
Sedaapnya tengok makanan di atas meja.....cantik banget fruity king..kalau makanan sebanyak ini walaupun banyak orangnya tetap ga habis yaa...perut ga sanggup menampung😁..selamat ultah buat rekan cikgu
BalasPadamMemang sangat mengenyangkan, terutama dessert bersaiz besar itu!
PadamMesti Kak Amie makan Onion Rings tu sambil teringat kat Daus kan.
BalasPadamHappy birthday, Cikgu Darwisah. Menarik menu pilihan beliau tu, sy tak pernah lagi jumpa menu tu di mana2 restoran.
Betul SK. Mmemang teringat Daus. Apa boleh buat waktu kami datang ke restoran, Firdaus ikut solat Jumaat babanya, dan terus dihantar ke sekolah agama.
PadamTukang masak di restoran ini orang Cocos.
Selamat ulang tahun cikgu Darwisah, best wishes for her. Saya penasaran dengan rasa Pattaya fried rice
BalasPadamNasi goreng pattaya itu biasanya ada di mana-mana restoran di tempat kami.
PadamUish…menggoda sungguh semua makanan terhidang 😋
BalasPadamSeronok kak Amie ada geng jalan-jalan.
Dulu sebelum penularan wabak Covid-19 memang aktif kami bergerak.
PadamSekarang setakat keluar makan-makan saja.
Anak murid sudah jadi guru!
BalasPadamLaksa Penang itu ada cebisan ayam. Memang pelik jadinya.
Menu hasil kreativiti Happy Spoon Restaurat & Cafe.
Padamsaya terasa hepi bila tengok ABC Happy Spoon tu kak
BalasPadamMeriah betul kan Mamapp.
Padam