Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita kelmarin.
Tak sempat buat sarapan untuk bekal ke tempat kerja. Hanya bawa hirisan honeydew dengan air kosong sahaja. Sibuk dengan kerja sampai lupa perut tidak diisi dengan makanan berat sehinggalah tamat sesi persekolahan. Firdaus pula mengadu lapar. Jadi sebelum hantar Firdaus ke sekolah agama, kami pun singgah di Bandar Tabanak untuk cari makan tengah hari. Firdaus hendak makan nasi ayam di Bee Bee Ice Restaurant. Eh, tutup pula restorannya. Hendak ke tempat lain, susah pula hendak cari tempat letak kereta.

Mahu tak mahu terpaksalah masuk ke restoran yang terletak selang dua buah kedai dari Bee Bee Ice Restaurant. Tak lain tak bukan, Happy Spoon Restaurant & Cafe! Firdaus pun tidak banyak masa untuk makan sebab kena segera ke sekolah agama. Dan sepanjang minggu ini dari hari Isnin hingga Khamis, Firdaus menghadapi peperiksaan pula.
Marilah masuk ke Happy Spoon Restaurant & Cafe untuk kali yang entah ke berapa.... ahaks! Sebenarnya kita suka jew masuk ke sini (terpaksalah konon...hiks!) sebab kita suka dessertnya!
Kali ini kita pesan Red Bean Ice Shaved with Chocolate Ice Cream.

Red Bean Iced Shaved with Chocolate Ice Cream |
Firdaus pilih menu yang disukai dan tulis sendiri di atas kertas. |
Kami duduk di meja nombor satu, berhadapan kaunter. Ketika ini meja lain penuh dengan pelanggan. |
Tidak perlu tunggu lama, Firdaus sudah boleh sedut Cincau Susu RM4.50 |
Encik Suami : Mee Goreng Happy Spoon RM9.50 |
Amie : Mee Rojak RM9.50 |
Biasanya Amie tak habis makan sepinggan mee rojak, tetapi kali ini licin! Kuahnya sangat sedap, cukup rasa! Segala aksesori seperti kepingan ayam, tauhu, timun dan sebagainya tersembunyi di bawah timbunan mee.
Firdaus : Tom Yam Fried Chicken RM11:50 |
Red Bean Ice Shaved with Chocolate Ice Cream RM11.00 |
Kenapa asyik hendak makan di Happy Spoon Restaurant & Cafe?
Banyak pilihan makanan yang sedap.
Harga yang murah.
Tempatnya bersih.
Layanan mesra dan cepat.
Jadi, kalau tersesat ke LD, bolehlah singgah di sini:
Happy Spoon Restaurant & Cafe,
Ground Floor, Lot 11, MDLD 4640,
Bandar Tabanak, Jalan Segama,
Lahad Datu, Sabah.
Daus pesan menu tekun macam jawab kertas peksa!
BalasPadam🤣🤣🤣🤣 lawak
PadamKelakarlah Uncle kan Mama Cella....pandai ajak orang gelak!
PadamBanyak betul kacang merahnya..
BalasPadamSusu cincau Daus oun nampak sedap .
Sedap sungguh ais kacang merah tu Mama Cella.
PadamPuas makan.
Sedap banget liat mie nya karena saya penyuka mie...kacang merahnya banyak sekali..pasti nikmat lah es krim kacang merah di tambah coklat jugak
BalasPadamsejuk je kat tekak...byk kacang merah, macam bingsu...mee goreng tu nmpk yummy!!
BalasPadamKalau sedap, repeat hari-hari pun ok. Cepat pula hidangan sampai. :)
BalasPadammenggodanya kak oiiiii dah laa kat sini tgh panasssss
BalasPadamBaik, jika tersesat ke LD pasti Happy Spoon dicari.
BalasPadam