Pages

Rabu, 24 Mei 2023

Resipi Asam Rebus Tempoyak Ikan Ayam Laut

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom masak rebus-rebus buat lauk makan nasi. Petang tadi Amie masak Asam Rebus Tempoyak Ikan Ayam Laut. Ikan ayam laut ini dari spesies ikan batu. Isinya putih dan lembut. Ada sejenis ikan yang dipanggil juga dengan nama ikan ayam laut atau ikan ayam-ayam yang berkulit tebal dan hatinya seperti hati ayam. Biasanya dipanggil ikan jebong tapi ada yang memanggilnya ikan ayam laut atau ikan ayam-ayam.

Asam Rebus Tempoyak Ikan Ayam Laut

Inilah rupa ikan ayam laut.



Amie tambahkan hirisan nanas dalam masakan ini. Untuk lebih rasa 'nanas' Amie kisar bahagian nanas yang masam bersama cili padi, bawang dan tempoyak. Kemudian Amie rebus bersama hirisan nanas sehingga nanas layu. Kemudian barulah masukkan ikan ayam laut. Tak perlu masak lama kerana isi ikan ayam laut lembut.
Rasanya?
Kena tuang hingga banjir kuah asam rebus tempoyak ke dalam pinggan nasi! Barulah tahu tinggi rendahnya langit biru....hihihiiiii!

Asam Rebus Tempoyak Ikan Ayam Laut

Resipi Asam Rebus Tempoyak Ikan Ayam Laut
Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan ayam laut seberat 400 gram - bersihkan - kerat 2
  • 800 ml air
  • 200 gram nanas - dihiris
  • 1 batang serai - diketuk
  • 7 tangkai daun kesum
  • 1 keping asam keping
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 200 gram nanas - sebaiknya yang rasa masam
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 10 biji cili padi warna merah
Cara memasak:
  1. Jerang periuk di atas api dapur. Masukkan bahan kisar bersama serai dan hirisan nanas.
  2. Tuangkan air dan biarkan hingga mendidih atau sehingga nanas layu.
  3. Kemudian masukkan ikan ayam laut, asam keping dan daun kesum.
  4. Biarkan mendidih sekali lagi di antara tiga hingga empat minit sahaja kerana isi ikan ayam laut sangat lembut.
  5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  6. Keluarkan asam keping.
  7. Padamkan api dapur.

11 ulasan:

  1. Ok nak save resipi ni, tempoyak dah ada dalam peti sejuk hihi

    BalasPadam
  2. Saya nak gantikan ikan tu dengan ayam, boleh tak? Berasap ni, cili padi merah 10 biji. 😁😋

    BalasPadam
  3. Sampai sekarang masih belum pandai makan Tempoyak. Tak tahu rasanya bagaimana.

    BalasPadam
  4. Saya suka apa² sajian yang menggunakan nanas. Satu hari nanti mesti nak cuba resepi cikgu ni. Hihihi. Tq cikgu.

    BalasPadam
  5. Wahhh.. cemana ya rasanya, ada rasa nanas dan durian digabungkan, kreatif sungguh Kak Amie memasak.

    BalasPadam
  6. waduh sedapnya kak, dana aritu ada beli jugak tempoyak boleh la masak nanti

    BalasPadam
  7. Menggoda sungguh ni kak Amie 😋
    Macam kena usahakan buat sendiri ni. Tapi kita tukar jenis ikan.

    Saya pernah makan ikan ayam, isi macam daging ayam. MIL yang masak. Tak sama kot dengan ikan ayam laut kak Amie masak ni, sebab isi lembut.

    BalasPadam
  8. Oh...ada dua jenis ikan ayam ye.
    Saya pernah makan ikan ayam yang kulit keras tu(ikan jebong)
    Macam terliur pulak asam rebus tempoyak + nanas

    BalasPadam
  9. Saya jarang makan tempoyak.. sepertinya baru sekali itupun pemberian sahabat .tapi nampak sedap menu ikan tempoyak di atas. .menggugah selera

    BalasPadam
  10. adehh kakkkk terus lapar sy dibuatnyaaaaa

    BalasPadam
  11. pernah beli & masak ikan ayam...daging dia tawar, memang sesuai masak asam tempoyak..

    BalasPadam