Pages

Khamis, 25 Mei 2023

Hiasan Gaya Oriental

Bismillahirrahmanirrahim.
26 April 2023, kami beraya ke rumah sepupu Encik Suami. Tempat kediamannya berada di taman perumahan yang sama dengan kami. Rupanya hampir sebulan lamanya kita simpan gambar beraya! 

Kami sengaja datang lebih awal sebab selepas beraya di sini kami akan sambung beraya di rumah anak buah pula. Ketika sedang duduk makan sate di ruang tamu kedua, mata terpandang ruang tamu pertama yang sarat dengan pelbagai hiasan dalaman. Sempat jugalah berbual-bual dengan suami sepupu Encik Suami tentang tema dekorasi rumah mereka. Katanya, ruang tamunya bertemakan orientalis.

Kita yang buta deko-mendeko ini angguk-angguk kepala sajalah sebagai tanda faham. Dengan izin beliau, Amie abadikan gambar-gambar yang ada untuk entri kali ini. Antara yang sempat beliau terangkan kepada Amie tentang barang hiasan di ruang tamu gtermasuklah:
  • Almari Eropah - Belanda 1901 
  • Meja tulis Belanda - sudah berusia 70 tahun
  • Gerobok Jawa - 1860
  • Almari (Lemari) Pakaian dari Pulau Cocos - dibuat pada tahun 1930
  • Guci China 
  • Lampu Pakistan
  • Piring Ayat - Indonesia - lebih 100 tahun
  • Pengukus Pau China - lebih 60 tahun
Hiasan Gaya Oriental

Dinding berlatarkan warna merah, ada hiasan seramik dan meja kayu warna gelap.


Almari Eropah (1901) dari Belanda yang sudah berusia 122 tahun!

Sepasang guci dari China menghiasi almari Eropah 1901.





Almari Eropah 1901 ini sangat unik! Cuba lihat di bahagian bawahnya.
Almari ini mempunyai roda!

Nampak antik!


Jom berkenalan dengan jodang yang terletak di atas karpet ini.

Menurut suami sepupu Encik Suami, jodang digunakan untuk meletakkan barang-barang pinangan, dan dipikul oleh dua orang. Nampak tak ada lubang di kiri kanan jodang? Tak sempat bercerita lanjut bagaimana jodang ini dipikul. 

Jodang.

Ini ialah Almari Pakaian (Lemari Pakaian) dari Pulau Cocos. Dibuat pada tahun 1930, dan usianya sudah mencapai 5 generasi atau 5 keturunan Melayu Cocos di Sabah. 

Cantik tak pengukus pau warna maroon di sebelah kita?

Pengukus pau dari China ini sudah berusia lebih 60 tahun.









Kita pun lupa-lupa ingat nama-nama barangan antik di sini. 
Jadi, sekadar kongsikan gambar sahajalah.




Tidak lama kemudian, penuhlah kesemua ruangan dengan para tetamu yang datang.
Kita pun segan untuk ambil gambar!

Ada anak orang putih di belakang Firdaus.
Mari kita tangkap gambar dia!


Ini dia anak orang Perancis!

9 ulasan:

  1. Macam mini muzium pun ada, sebab banyak barang antik. Agaknya, gramophone tu, boleh dimainkan lagi tak? 😊

    BalasPadam
  2. Tema Oriental atau bahasa lainnya Tema Asia Timur. Ammi ke yg dlm gambar tu?. Sesuai busana Ammi dgn tema, ala2 wanita Asia terakhir gitew.

    BalasPadam
  3. Setuju dgn nur... dh mcm mini muzium pulak... mmg lama dh dia kumpul almari² dan bahan perhiasan ni... kalau jual semestinya harga kayangan

    BalasPadam
  4. Wah koleksi benda-benda antik yaa..bagus" banget terawat dengan baik...

    BalasPadam
  5. cantik...vintage & klasik...cantik pengukus pau...mmg sesuai utk hiasan, tak sesuai diguna utk memasak...hihi..

    BalasPadam
  6. cantik semua koleksi hiasannya tu kak oi.... cantik terjaga dan terpelihara elok

    BalasPadam
  7. perabotnya tuuuu fuhhhh very the klasik

    BalasPadam
  8. Nampak kukuh buatan perabot tu semua...
    Risau sy kalau tersentuh guci dari China tu, puluhan tahun usianya...Pasti nilainya tinggi...

    BalasPadam
  9. Masyaa Allah...
    Macam muzium perabot...Pasti pemiliknya seorang yang rajin

    BalasPadam