Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita raya. Kami masak serba sedikit juadah raya untuk rumah terbuka yang dihadiri oleh jiran tetangga dan sanak-saudara yang berkelapangan pada malam raya ketiga. Pada hari tersebut semua ahli keluarga sudah berkumpul di rumah termasuk Abang Farid dan Aseeyah yang sampai ke LD pada petang raya kedua. Terima kasih Encik Suami dan anak-anak, Abang Farid, Fuad, Fairuz dan Aseeyah kerana semuanya ringan tulang membantu membuat persiapan rumah terbuka kami.
Kata Fuad, dia tidak jemput kawan-kawannya kerana bimbang tidak dapat melayan mereka kerana Fuad mengambil tugas cuci pinggan mangkuk di dapur! Fuad juga membantu goreng sayap ayam dan ayam pandan. Aseeyah pula tidak menang tangan ulang-alik ke dapur mengisi dan menambah lauk-pauk yang kurang di meja hidangan.
Alhamdulillah. Hidangan nasi dagang lauk gulai ikan tongkol diterima baik oleh para tetamu. Selain nasi dagang, Amie masak nasi biasa sebab memikirkan mungkin ada yang tidak pandai makan nasi dagang.
Menu lain yang dihidang ialah laksa asam serta kuih muih seadanya.
Tetamu terawal yang hadir ialah Kak Siti dan suami, Abang Shaari serta anak menantu. Kak Siti merupakan bekas pengasuh Fuad dan Fairuz. |
Tidak ketinggalan bekas pekerja di bawah seliaan Encik Suami, hadir bersama anak dan isteri masing-masing. |
Mereka lebih selesa duduk santai di luar, bersila sambil menikmati hidangan. Ketika ini tetamu belum ramai, jadi dapatlah tangkap beberapa keping gambar kenangan.
Tetamu yang tinggal berhampiran beransur pulang, dan kini tempat diganti saudara-mara yang datang dari kampung. Selepas ini kita tidak dapat tangkap gambar lagi sebab bertambah sibuk melayan tetamu, dan memastikan makanan terhidang serta pinggan mangkuk ada di atas meja. Fuad pula meneruskan tugasnya mencuci pinggan mangkuk bekas digunakan tetamu, dan Abang Farid membantu mengelapnya. Fairuz menjaga dan memastikan air minuman sentiasa ada.
Sebahagian daripada keluarga Encik Suami. |
Akhirnya Fuad terpaksa tinggalkan dapur kerana lebih 10 orang kawannya datang. Oleh kerana setiap ruangan dipenuhi tetamu, jadi terpaksalah mereka duduk di ruang bacaan. Sekarang Abang Farid pula ambil alih tugas Fuad. Aseeyah pula sentiasa memastikan lauk-pauk dan nasi sentiasa terhidang di meja.
Rakan Fairuz : Kumpulan kedua. |
Ada tiga kumpulan kawan Fairuz datang pada malam itu. Dua kumpulan lagi hanya sempat bertanya khabar dan setelah mengambil makanan, mereka duduk di luar.
Tak sempat hendak ambil gambar hidangan pada malam itu:
- Nasi Dagang
- Gulai Ikan Tongkol
- Acar Mentah
- Nasi Putih
- Rendang Daging
- Sayap Ayam Goreng
- Ayam Pandan
Laksa Asam |
Terima kasih tetamu yang hadir. Alhamdulillah sudi menjamah hidangan yang disediakan. Mohon maaf di atas segala kekurangan. Semoga dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan datang. Majlis bermula pada pukul 7:00 malam, dan selesai menjelang pukul 12:00 tengah malam.
Mcm² menu la mmg terbaik kak.. nasi dagang, laksa asam semua sedap ni
BalasPadamAlhamdulillah Mira.
PadamBeberapa orang tetamu sangat berterima kasih kerana sudah lama teringin makan laksa asam, tiba-tiba datang beraya ada pula kita hidangkan. Begitu juga dengan peminat nasi dagang terutamanya isteri anak buah (asal Terengganu) memang sangat gembira dapat makan nasi dagang gulai ikan tongkol.
Wow...meriahnya cikgu...Sukanya saya dengan nasi dagang..Banyak tu cikgu masak..bukan kaleng-kaleng ni..
BalasPadamSeronok kan bila dapat menjamu tetamu denan air tangan sendiri.
Saya salfok pokok-pokok bunga yang subur menghijau dalam pasu tu .lantai pun hijau..cantik sangat..
Baru nak tanya apa dalam bakul alas balang kuih,cikgu dah terangkan..Bagus la idea ni..boleh ditiru ni🥰
Alhamdulillah. Terima kasih untuk anak-anak dan menantu yang sibuk membantu menyediakannya.
PadamPokok bunga hijau-hijau tu hasil peliharaan Encik Suami.
Kak Amie pandai didik anak2 membantu di dapur. Tentu ringan sedikit bahu bila ramai yang menolong. Sy pilih nasi dagang makan dengan gulai tongkol ya.
BalasPadamHehehee.... anak-anak semua lelaki, terpaksalah dikerah juga bantu buat kerja dapur terutama waktu raya begini.
PadamSilakan SK, jamu mata sampai kenyang ye.
meriah jemputan akak berapa kilo beras nasi dagang tu kak?saya mampu jemput runcit2 je tak pandai nak masak banyak
BalasPadamNasi dagang itu Kak Amie masak 4 kilogram (2 kampit beras nasi dagang Faiza). Kak Amie masak lagi nasi putih sebab ambil kira ada yang tak biasa makan nasi dagang. Tu sebabnya Kak Amie tambahkan lauk seperti rendang daging, ayam pandang dan sayap ayam goreng. Untuk gulai ikan tongkol tu Kak Amie masak 7 kilogram, tapi tak masak bahagian kepala, hanya isinya hingga ke ekor sahaja.
PadamDapat bayangkan kemeriahan rumah terbuka di rumah Kak Amie ni. Mesti seronok tetamu dapat menjamu selera air tangan Kak Amie.
BalasPadamMemang meriah Carneyz.
PadamTapi apabila ramai yang datang pada masa yang sama, agak sibuklah tuan rumah hingga tak sempat beramah mesra.
Ramainya tetamu yang datang. Luas rumah, banyak tempat tetamu boleh duduk. Sedap tengok hidangan raya yang ada.
BalasPadamOleh kerana sebahagiannya datang pada masa yang sama, terpaksalah duduk di sudut tertentu untuk keselesaan kumpulan masing-masing. Itu sebabnya kami sediakan banyak balang berisi kuih, jadi boleh angkat ke tempat tetamu duduk pilihan tetamu.
Padamhebatlah k amie kite ni👍👍👍banyakkk tuuu makanan disediakan... sy kalau dekat ni sy makan semua yg k amie hidang😂
BalasPadamseronok bila buat masak-masak gini... lagi best bila ramai yang datang dan puji masakan kita sedap ehehhehe
BalasPadammacam piknik depan rumah je. Seronok sungguh tenguk
BalasPadam