Pages

Selasa, 9 Mei 2023

Dinner at Home Steak Home

Bismillahirrahmanirrahim.
Esok pagi Abang Farid dan Aseeyah akan terbang dari LD ke Kota Kinabalu.
Kami sempat makan malam bersama di Home Steak Home.


Makan malam keluarga kecil di Home Steak Home, set hidangan untuk lima orang.

Green Apple Juice

Honey Lemon

Firdaus : Onion Rings


Seronok sangatlah Firdaus dapat makan di Home Steak Home. Sudah tentulah dicarinya onion rings kegemarannya! Set hidangan keluarga akan dihidangkan selewat-lewatnya 30 minit selepas pesanan. Jadi, sementara itu Firdaus pun meratah onion rings sepuas-puasnya,

Baca doa makan dulu.

Encik Suami turut membantu Firdaus makan onion rings.

Mushroom & Russian Soup

Tidak lama kemudian, selepas minuman satu persatu hidangan lain tiba di meja.

Dua pinggan spaghetti, di sini dan di sanun.

Selain sup dan spaghetti, set hidangan ini dilengkapi dengan kentang goreng, kentang lenyek, aneka salad, chicken chop, kambing dan daging lembu panggang.

Ada tiga jenis sos termasuk sos lada hitam.

Saladnya pula warna-warni, kegemaran kami sekeluarga. Habis licin!

Bismillah. Jom makan.

Semasa makan, Firdaus sempat bertanya : Kenapa Kakak Aseeyah esok balik?

Makan malam diakhiri dengan pencuci mulut yang terdiri dari dadih tembikai susu dan ais krim.

Dalam kereta, semasa perjalanan pulang sekali lagi Firdaus bertanya:
Kenapa Abang Farid tidak balik minggu depan saja?

Terdengar esakannya di sepanjang jalan.
Sampai di rumah, Firdaus terus meluru masuk ke bilik.
Kita menjejakinya, dan terlihat Firdaus meletakkan kepalanya di bantal. Sesekali terdengar esakannya.

Kita dekatinya, dan panggil namanya.
Kita peluk Firdaus, letakkan kepalanya ke dada dan usap-usap belakangnya.

Abang Farid dan Aseeyah datang.
Menyedari kedua-dua insan kesayangannya ada di sini, Firdaus menguatkan pelukannya ke dada kita. Terasa air matanya membanjiri baju kita hingga tembus ke dada kita!

14 ulasan:

  1. Alamak, sedihnya... Sayangnya Firdaus dengan Abang Farid dan kak Aseeyah.
    Sedapnya tengok, makanan western begini. ๐Ÿ˜‹

    BalasPadam
  2. Ala, sian dia... Manja sungguh dia dgn abg & kakaknya ye...

    BalasPadam
  3. Saya selalu menyangka anak bongsu la paling bahagia..Rupanya menjadi anak bongsu juga ada ujiannya...perpisahan dengan adik beradik yang dah bekerja dan berkahwin kerana jarak umur yang jauh..
    Semoga Daus tabah yer..
    Sedap2nya hidangan..kalau saya haruslah pilih kambing..hihihi

    BalasPadam
  4. anak bongsu...terasa seperti ditinggalkan abang abangnya

    BalasPadam
  5. Sedapnya lihat banyaknya makanan di meja..bingung mau makan duluan yg mana๐Ÿ˜..aiih.. lucunya Firdaus..sebelum makan berdoa dulu

    BalasPadam
  6. suka tengok gaya Firdaus berselera makan, memang suka betul dia dengan onion rings tu ye. Sedap nampak menu nya tu kak, puas hati betul. Aduhla lembut betul jiwa anak bongsu manja tu ye, mesti rasa tak puas bermesra dengan abg Farid dan kak Aseeyahnya tu.

    BalasPadam
  7. Kesian Firdaus. Sedih betul abg Farid dan kakak Aseeyah nak balik semenanjung. Moga Firdaus baik2 je ye. Kentalkan hati. InsyaAllah lain kali kakak dan abg balik lagi.

    BalasPadam
  8. Alahaiiiiii firdaus. Mesti dah sedih bila Kak aseeyah nak balik.

    BalasPadam
  9. Alahai…kita yang baca pun ikut rasa sedih. Firdaus berhati lembut dan penuh kasih sayang.

    BalasPadam
  10. Alamak Firdaus....masih ada sedihnya tiap kali abang2 nak balik tinggalkan dia ye...mudah tersentuh orangnya...kesian plak kat dia...sabar ok..nanti ada cuti semua pulang kembali...

    BalasPadam
  11. Apa kata Daus ikut Kak Aseeyah dan Abg Farid ke Tanah Malaya. Tapi, takut nanti rumah mummy banjir pulak.

    BalasPadam
  12. Masya Allah Firdaus, begitu sayangnya ia kepada kakak dan abangnya tuh. Sabar sabar ya, nak

    BalasPadam
  13. ceria betul firdaus dpt makan sedap2 ya...

    tp tu laa... nama pun si bongsu... siapa yg x sedihkan berjauhan dgn abang2.... xpe firdaus nnt ada rezeki abang2 blk.lg

    BalasPadam
  14. Alahai.. Shapula yang sebak membacanya.. Sabar ye Firdaus..

    BalasPadam