Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi kita masak Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak. Satu kepala dibelah dua, jadi separuh kepala sahaja seberat 500 gram. Paling seronok sudah tentulah sewaktu terbit minyak, kita tambah air dan masak lagi sehingga terbit minyak lagi. Lebih kurang dua atau tiga kali pecah minyak, barulah kita masukkan kepala ikan serta kacang bendi dan hirisan tomato.
Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak |
Sayur Campur Tumis dengan Fish Ball |
Ada sedikit kobis bunga, putik jagung, cendawan tiram dan lobak merah dalam peti sejuk. Kita tambahkan fish ball dan hiriskan cili merah serta cili hijau. Pecahkan bawang putih dan tumis kering. Memang licinlah jawabnya!
Tambahkan hirisan mangga, nanas dan buah anggur sebagai pencuci mulut. |
Jus Tembikai |
Sementara Amie masak di dapur, Abang Farid bantu buat jus tembikai. Semua hidangan siap beberapa minit sebelum azan maghrib. Encik Suami dan Firdaus sampai ke rumah, terus masuk dapur dan kami berempat menemaninya berbuka puasa.
Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak |
Resipi Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak
Bahan-bahan:
- 1/2 bahagian kepala ikan jenahak seberat 500 gram
- 600 ml air
- 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
- 1 keping asam gelugur
- 2 biji tomato - belah 2
- 10 batang kacang bendi
- 2 batang serai - dititik
- 5 tangkai pokok kesum
- 1 kuntum bunga kantan - belah 2
- 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 1/2 cawan minyak untuk menumis
- 20 biji cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 7 biji bawang merah
- 2 cm belacan
- 2 cm kunyit hidup
- 2 cm halia
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa dan asam keping. Gaul sebati.
2. Masukkan air dan biar mendidih sehingga pecah minyak sekali lagi. Jika suka boleh tambahkan air dan didihkan lagi sehingga terbit minyak lagi.
3. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan serta kepala ikan jenahak. Tambahkan lada putih tumbuk.
4. Masak kepala ikan jenahak di antara 4 hingga 5 minit dan kemudian terbalikkan bahagian sebelahnya.
4. Masak kepala ikan jenahak di antara 4 hingga 5 minit dan kemudian terbalikkan bahagian sebelahnya.
5. Seterusnya masukkan kacang bendi dan potongan tomato. Biarkan seketika sehingga kepala ikan jenahak masak dan kacang bendi berubah warna.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
7. Padamkan api dapur.
7. Padamkan api dapur.
Wah...asam pedas kepala ikan jenahak..
BalasPadamKita paling suka daging pipi ikan sebab teksturnya berserat macam isi ayam.
Korek pul pangkal mata ikan yang berlemak tu..uiii
Samalah kita Mama Cella!
PadamTang mata tu jangan sesiapa berani usik hahahahaaaa!
Wahhhh.. besar betul kepala jenahak tu, Kak Amie. Mesti leka mengorek isi di kepalanya tu!
BalasPadamBesar SK, sampai tak terfikr dan bubuh dalam bekas yang mana sesuai. Akhirnya tangkap gambar dalam kuali saja.
Padammakan asam pedas renjis kicap manis sikit fuhhh sedap 'giler'
BalasPadamlama abg farid cuti raya..firdaus mesti happy kakak aseeyah kesayangan masih di Lahad Datu
Mmemang sedap Afzan, tambah pula nasi masih panas!
PadamAbang Farid akan balik KL pada 10 Mei.
Telan air liur sambil baca entri ni. :)
BalasPadamJemput Nur.... memang sedap hihihiiii.
Padamasam pedas ikan jenahak mmg 👍👍👍sy prefer yg cair skkit nnt bleh hirup kuahnya😂
PadamKuah asam pedas memang tak tolak punya!
Padamasam pedas sentiasa sedap, lagi lah asam pedas kepala jenahak
BalasPadam