Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga kami tidak singgah makan di Thai Siam Cuisine yang terletak di I-Peak Bussiness Centre, Lahad Datu. Selalu jugalah kami lalu di jalan yang sama kalau hendak berbelanja di coldstorage berhampiran.
Tengah hari tadi, kami berdua jalan-jalan cari makan di Thai Siam Cuisine. Kami memilih Set PHUKET saiz kecil, hidangan untuk dua orang. Harga kesemuanya berjumlah RM70.00 dengan minuman percuma, teh o ais limau.
Ketika makanan dihidangkan ke meja, memang tak sabar untuk mencicipinya. Nasi putih bersama lauk-pauk Set PHUKET yang sampai ke meja kami:
- Ikan Putih Stim Limau ala Thai
- Tom Yam Campur
- Kailan Ikan Masin
- Sotong Celup Tepung
- Nasi Putih
- Telur Bungkus
- Teh O Ais Limau
|
SET PHUKET |
|
Kailan Ikan Masin |
|
Tom Yam Campur |
|
Telur Bungkus |
|
Sotong Celup Tepung |
|
Banyak isi Tom Yam Campur. Puas makan dan hirup kuahnya. |
|
Ikan Putih Stim Limau ala Thai ini pun sedap. Encik Suami suka hirup kuahnya. |
|
Jenuh kami nak habiskan minuman Teh O Ais Limau walaupun saiz kecil! |
|
Sewaktu makan, walaupun lauk-pauknya sedap tetapi terasa ada yang kurang. Namun begitu kami terus suap nasi ke mulut dengan lauk-pauk yang ada. |
Sewaktu menulis entri, teringat resit bayaran yang kita simpan dalam dompet. Kita semak menu yang kami makan. Rupanya ada satu yang tertinggal iaitu Timun & Sambal Belacan! Ada tertulis dalam resit tetapi tidak dihidangkan di meja kami. Agaknya sama-sama terlupa. Pelayan restoran terlupa, kami pun tak ingat!
Teringat kalau makan di kedai mamak, mesti ada seorang pekerjanya atau tuan punya restoran datang ke meja, tanya adakah makanan yang dihidang sudah sampai semuanya?
Dah lama tak makan di kedai makanan Siam. Kalau pergi ke sana memang lauk yang sama jugak jadi pilihan kiteorang.
BalasPadamKalau ada sambal belacan+ timun tu lagi sedap tu, pelengkap hidangan...
BalasPadamPatutlah ada yang kurang eh.. sambal belacan!
BalasPadamKami kalau tapau kat resto siam pun akan request sambal belacan, rasa tak complete kalau tak ada sambal diorang tu 😁
Sambal belancan kena ada kalau jenis yg makan pedas kan. ehh.. bekas teh o ice limau tu unique sangat lah. menarik sungguh.
BalasPadamsedap nampak semuanya tu kak, akak pun tak ingat sambal belacan tu sebab semua lauk yang macam-macam tu...
BalasPadamSaya tak kisah kalau takde sambal belacan. Tapi suami selalu minta, kalau tak dihidang bersama.
BalasPadamBerbaloi set ni RM70.. agaknya Kak Amie & suami tak kisah makan tak ada sambal belacan, sebab tu tak perasan ia tak dihantar ke meja, hihi. Kalau kami, tak ada sambal belacan, boleh kena pancung! Hahaha.
BalasPadamwaduhhhh kailan ikan masinnnn sedapnyaaaaaaa
BalasPadamsedap menu Siam ni rasa masam manis pedas semua ada
BalasPadamBanyak pilihan menu yg sedap"
BalasPadamWah,nampak sedap menunya..kalau kena yang pakej macam ni senang nak bajet
BalasPadamBekas teh O ais tu kalau kat sini panggil
"air tower"
sy rasa sangat2 berbaloi harga tu. ikan putih stim tu wallaweiiiiii👍👍👍👍
BalasPadam