Bismillahirrahanirrahim.
Hari ini panas membahang. Tekak rasa kering. Encik Suami ajak singgah untk basahkan tekak di Happy Spoon. Kami sering datang ke sini kerana tempatnya menghala jalan pulang ke rumah kami. Selain tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan, rasa dessert dan menu lain pun sedap belaka.
Dragon Fruit & Mango Ice Shaved RM14.50 |
Dessert ini memang perlu bantuan orang kedua atau ketiga untuk menghabiskannya! |
Amie: Singaporean Style Meehoon RM9.50 |
Pagi tadi Amie bawa bekal nasi berlauk ke sekolah. Firdaus pun bawa bekal sama. Jadinya, Amie hanya pesan Singaporean Style Meehoon sahaja. Amie minta tolong Encik Suami makan sebab perut tak mampu menampung!
Singaporean Style Meehoon didatangkan bersama kicap lada yang sedap! |
Encik Suami: Fish Fillet HamChoy Meehoon Soup RM11.50 |
Encik Suami suka rasa kuah bihun sup ini. Cukup rasa katanya. Ada rasa masam, ada rasa santan. Dan banyak pula ikan goreng rangup di dalamnya. Ditambah pula dengan tauhu dan sawi masin. Sempat jugalah kita hirup dua tiga sudu kuahnya dan makan dua keping ikan goreng rangup. Memang sedap!
Agaknya hirisan halia itu pun Encik Suami kunyah, sebab apabila Amie tengok mangkuknya, yang tinggal hanta kepingan tomato sahaja!
Sewaktu kami sedang makan, tiba-tiba hujan turun dengan lebat disertai hunyi guruh yang kuat berdentam-dentum!
Alhamdulillah.
Setelah mengharungi cuaca panas setiap hari, mudah-mudahan hujan yang turun mencurah-curah itu membawa rahmat.
Nampaksedap je Dragon Fruit & Mango Ice Shaved tu..
BalasPadamSpecial meehoon sup dia, ada santan. Suka tengok dragon fruit and mango ice shaved. 😋
BalasPadamUnik Mee hoon sup tu, ada santan dan ikan goreng rangup, teringin juga sy nak mencuba :)
BalasPadamFirst time tengok mee hoon soup macam tu..mesti sedap betul ni...mana plak nak cari kat KL dan Seremban..sure xde
BalasPadamKalau sy pun, nak aje singgah Happy Spoon ni setiap hari. Happy, hari2 takyah masak, heheheh. Kuah Bihun Sup bersantan tu, sekali imbas macam Char Mee.
BalasPadamPerpaduan warna yg cantik buah naga dan mangga .pasti sedap dan segaar
BalasPadamalaaaa.. sedapnya nengok bihun sup santan tu.. nampak isi pun banyak.
BalasPadammehun sup nya menarik betul kak, kat sini tak pernah jumpa... mesti sedap rasanya berlemak sikit gitu
BalasPadamTeringin pulak nak merasa bihun sup tu.. aduhhh kene riki² tiket belon ke niii. Hihihi
BalasPadamSingaporean mihun tu adakah sama dengan mee siam?
BalasPadamsebab ada kuah tu .
Musim panas ni pekena dessert memang layan ni
fish filet hamchoy tu mengancam sangatlah kak... waduhhhhhh
BalasPadam