Pages

Isnin, 22 Mei 2023

Buah-buahan Tempatan Taraf Kayangan

Bismillahirrahmanirrahim.
Nampaknya harga buah-buahan tempatan jauh lebih mahal berbanding kebanyakan buah-buahan import. Kadang-kadang pejam mata sahajalah untuk beli sekilo dua buah yang diidamkan. Buah mangga seperti di bawah ini berharga RM15.90 sen. Teringat keluarga di kampung asyik tayang buah mangga RM10.00 dapat empat kilogram! 
Selain buah mangga, kita suka makan buah nanas. Dapatlah sebiji nanas seberat dua kilogram. Harga sekilogram nanas RM8.50 sen. Sebiji nanas berharga Rm17.00. 
Walaupun selalu makan tembikai, tapi melihat longgokan tembikai teringin pula bawa pulang sebiji. Nampaknya tembikai sudah turun harga daripada RM6.00 sekilogram kepada RM4.90 sen. Pilih sebiji, sederhana besar saja saiznya. Apabila ditimbang beratnya 4.21 kilogram dengan harga RM20.63 sen.

Mangga : RM15.90sen

Nanas : RM17.00

Tembikai : RM20.63 sen

Jumlah: RM52.53 sen

Semakin hari semakin seram melihat harga buah-buahan tempatan. Bagaimana pula dengan harga buah-buahan tempatan di tempat rakan-rakan blogger?

6 ulasan:

  1. Belum harga durian dan cempedak lagi kak amie...itupun seram...SA dh hampir 2 tahun x beli sbb seram dengan harganya

    BalasPadam
  2. Tembikai sini dah turun harga range RM1.75 - RM2/kg.
    Masa bulan puasa RM5/kg

    BalasPadam
  3. mahalnya kak sekarang tengah musim mangga, boleh dapat 3kilo rm10 dan 2kilo rm10 skrg ni mangga pun jenis yang besar dan manis. Nanas sarawak dalam rm6 sekilo atau nanas md2 harga gitu . Tembikai tengah murah kak sekilo rm3 skrg ni... mahalnya mengalahkan buah import ye kak

    BalasPadam
  4. Aduh, melambung2. Macam mana nak jaga kesihatan dgn makan banyak buah2an? Sy teringat Kak Amie pernah beli nanas sebiji RM22 kan.

    BalasPadam
  5. Allahuakbar mahalnya. Saya suka nenas tapi kalau sebiji dah rega camtu huhuhu nangis bucu katil le tak dapat makan. Amie cuba lah tanam nenas kat tepi rumah. Pakai jambul lambat kalau le ada anak nenas boleh tanam kan.

    BalasPadam
  6. Kat tempat saya ni mangga 3kg RM10
    Nanas sebiji +-RM7
    Kalau nanas Morris boleh dapat rm3.50.
    Buah naga merah sebiji RM5.tembikai dah turun harga boleh dapat sekilo bawah rm3..
    Eh,macam jual buah pulak saya ni🤭

    BalasPadam