Pages

Jumaat, 26 Mei 2023

Jom Steak Western Cuisine

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan ke Perdana Square Lahad Datu. Kita singgah di Jom Steak Western Cuisine. Di sini kami berdating-datingan berdua dengan Encik Suami.  Encik Suami memilih Talam Western For 3 Pax walaupun hanya kami berdua. Katanya, sengaja pilih set ini. Kalau tidak habis, boleh bungkus bawa pulang. Memang tak habis pun terutama kentang goreng dan chicken chop.

Talam Western For 3 Pax


Amie : Jus Honeydew


Talam Western For 3 Pax : RM68.00

Talam Western For 3 Pax:

  • Lamb Chop
  • Chicken Chop 
  • Spaghetti Bolognese
  • French Fries
  • Coleslow


Ada dua jenis chicken cjop iaiti yang dipanggang dan digoreng. Lamb chop pula ada tiga keping. Spaghetti Bolognese memang istimewa kerana bebola dagingnya dibuat sendiri oleh Chef Rizal. Spaghetti tersembunyi di tengah-tengah ditutupi bebola daging, dan dikelilingi oleh lamb chp, chicken chop, kentang goreng dan coleslow serta semangkuk kecil sos lada hitam yang sedap.


Melihat kentang goreng ini sudah tentulah terkenang Firdaus. Seperti yang dijangkakan memang kami tidak dapat habiskan kesemua makanan yang terhidang. Kami tinggalkan sekeping kambing, sekeping ayam panggang dan ayam goreng serta kentang goreng untuk dibungkus dan bawa pulang. 

Apabila Firdaus pulang dari sekolah agama, dia sendiri panaskan kesemuanya di dalam air fryer kecuali kambing!

11 ulasan:

  1. Menarik hidangannya. Ada spaghetti jugak rupanya.
    Rajin Firdaus panaskan sendiri 👍🏽
    Kambing tak panaskan sebab dia tak makan ya? 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ini entah kenapa Firdaus tak mahu makan kambing.

      Padam
  2. Pandai Firdaus, panaskan makanan sendiri. Sedapnya talam western. 😋

    BalasPadam
  3. Berbaloi la ambil set ini kerana banyak lebih untuk dibawa pulang.

    BalasPadam
  4. sedapnya nengok menu tu kak, makan 3 orang pun lebih tu punyala banyak...

    BalasPadam
  5. Tudiaaaa...nalla punya....sedap sungguh nampak

    BalasPadam
  6. makanan yang sungguh menyelerakan...nampak dah tahu sedap

    BalasPadam
  7. banyaknya kakkkkk portion tuuu... kalau sy mkn kt sini mesti kenyang gila

    BalasPadam
  8. meriahnyaa dan portion pun banyak! sesuai makan kongsi di kala dating. heheh

    BalasPadam
  9. Mmg fav budak sebaya daus ni... daus x mkn kambing ke tu??

    BalasPadam