Pages

Jumaat, 26 Mei 2023

Basahkan Tekak dengan Avocado Ice Shaved

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin kita sengaja cari pasal supaya boleh singgah makan di Happy Spoon lagi. Kita hanya bawa bekal buah tembikai dan buah honeydew sahaja. Jadi, menjelang tengah hari sudah tentulah rasa lapar yang tak boleh dibawa bincang. Encik Suami senyum-senyum sahaja apabila kita kata hendak makan di Happy Spoon. Firdaus bertambahlah gembiranya! Sebelum ke sekolah agama boleh isi perut. Biasanya kalau sudah kenyang perutnya, Firdaus hanya bawa bekal air kosong saja. Dihulur duit belanja, katanya tak payahlah.

Amie sertakan sekali harga makanan supaya sesiapa yang terbaca entri ini boleh congak-congak terlebih dahulu untuk makan di sini. Seperti biasa, layanannya sangat bagus, cepat, sedap dan kebersihannya sentiasa terjaga.

Avocado Ice Shaved


Firdaus tukang tulis makanan yang hendak dipesan:
  • Nasi Lemak Ayam Penyet Special Happy Spoon
  • Golden Salted Egg Chicken Rice
  • Dried Butter Fish Rice
  • Avocado Ice Shaved
  • 3 Gelas Air Suam

Golden Salted Egg Chicken Rice
RM15.00

Firdaus : Golden Salted Egg Chicken Rice

Nasi Lemak Ayam Penyet Special Happy Spoon
RM16.00

Amie : Nasi Lemak Ayam Penyet Special Happy Spoon

Dried Butter Fish Rice
RM13.50

Encik Suami : Dried Butter Fish Rice


Ada tiga pilihan untuk lauk Encik Suami, samada ikan, ayam atau udang. Encik Suami pilih ikan. Terkejut juga melihat begitu banyak kepingan ikan tanpa tulang! Kita pun tolong meratah sama.

Avocado Ice Shaved
RM18.50


Esok pagi kami akan terbang.
Jom lebarkan sayap berterbang-terbangan!

19 ulasan:

  1. Kalau sy pun nak makan selalu di Happy Spoon ni. Nampak sangat ikhlas dan sungguh2 pekerjanya, Kak Amie.

    BalasPadam
  2. Ooooohhhh... memang jadi tugas Daus lah ni....

    BalasPadam
  3. Ya Alloh alpukatnya bikin pengen kak amie...mbul suka banget sama alpuket tetutama yang banyak gitu tapi dijadikan es teller dan dikasih nangka, kolang kaling, ama cincau

    BalasPadam
  4. Sedapnya es alpukat 🥑..pinternya Firdaus menulis pesanan😀

    BalasPadam
  5. sedapnya avacado dgn aiskrim tu

    BalasPadam
  6. Macam best je avocado shaved tu..

    BalasPadam
  7. Wah...
    terbang ke mana tu?
    Kita tunggu updatenya minggu depan🤭

    BalasPadam
  8. Tergoda betul tengok avocado ice shaved ice tu Kak Amie!

    BalasPadam
  9. Menggoda sungguh! Syok kak Amie ada kedai makan best gini. Memang selalu la nak makan sini kan 😀

    Selamat bercuti!

    BalasPadam
  10. Mahal sikit takpe, asalkan sedap, service tip top & ambience selesa...
    Avocado Ice Shaved tu mmg tak leh bawak bincang haha..

    BalasPadam
  11. waduh sedap semua menu nya kak oi....

    BalasPadam
  12. Sedap nya tengok semua menu terhidang.

    BalasPadam
  13. Craving avocado milkshake pula hehe

    BalasPadam
  14. uiiii penuh hmpr nk melimpah tu

    BalasPadam
  15. waduhhhh avocado ice shaved menggiurkaannnn betul.

    BalasPadam
  16. terliur tgk menu2.. lama tak makan avocado. sedapnya

    BalasPadam
  17. Sedapnya mkn avocado ice shave tu time cuaca panas cenggini kak

    BalasPadam
  18. honestly saya tak reti makan or minum air avocado kak hihi.. nampak sedap Dried Butter Fish Rice tu

    BalasPadam