Pages

Jumaat, 12 Mei 2023

Jom Makan Rojak Sotong Kangkung Homemade

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi, kita berehat dalam bilik. Selalunya kita berehat di ruang tamu, bersejuk-sejuk di situ sementara menunggu waktu asar. Beberapa hari kebelakangan ini, seolah-olahnya hawa dingin tidak dapat melawan hawa panas di luar rumah. Jadi, kita pun pindahlah tempat rehat ke bilik tidur. Keadaan tetap sama, rasa hawa dingin hanya seketika dan kemudian terasa panas hingga berpeluh.

Sekejap mata terlelap, dan sekejap terjaga. Terngiang-ngiang di telinga kata-kata Encik Suami:
Ikan sudah diletakkan di sinki. Nanti gorenglah.
Ada sotong kembang. Tadi beli sayur kangkung. Sedap kalau dibuat rojak sotong kangkung.
Ada jagung manis. Bolehlah direbus.

Apabila kita terjaga, kita intai ke luar melalui tingkap, kereta sudah tiada. Oh, Encik Suami sudah tinggalkan rumah rupanya sewaktu kita tidur. Tidak lama nanti pulanglah bersama Firdaus dari sekolah agama. Apabila kita masuk ke dapur, rupanya Encik Suami sudah masak nasi.

Kita lihat di atas singki ada ikan basung dan sotong kembang. Di dalam peti sejuk ada seikat sayur kangkung dan lima batang jagung manis yang sudah dibuang kulitnya. Mana satu agaknya Encik Suami hendak makan? Makan nasi atau makan rojak sotong kangkung? Tak apalah, kita buatkan rojak sotong kangkung. Kalau tak makan nasi, bolehlah simpan nasi untuk digoreng esok pagi.

Rojak Sotong Kangkung


Sebelum Encik Suami sampai ke rumah, siaplah Rojak Sotong Kangkung yang disebut-sebutnya. Sebenarnya, balik dari tempat kerja, kita tidak ada selera untuk makan apatah lagi untuk masak. Hanya minum air sahaja. 

Rojak Sotong Kangkung

Firdaus pula ada jamuan hari raya di sekolah agama. Katanya sudah kenyang. Jadi, apabila diajak makan oleh Encik Suami, Firdaus menolak. Selepas mandi, Firdaus minta kita titiskan eye mo ke matanya. Sehari dua ini nampak merah pula matanya.
Jadi, kita temankanlah Encik Suami makan.

Tauhu Begedil Sambal Kicap

Selain makan Rojak Sotong Kangkung, kami makan tauhu begedil cicah sambal kicap. Kita beli melalui seorang kawan. Oleh kerana sudah sejuk, kita panaskan semula dalam air fryer. Sudah kenyang makan sotong kangkung dan tauhu begedil, nampaknya memang simpan sahajalah nasi dan ikan goreng untuk dijadikan sarapan esok pagi. 
Selamat malam semua.
Jumpa lagi!

19 ulasan:

  1. Ish ish... Sedapnya saya tengok, rojak sotong kangkung. Saya tak pernah cuba masak. Biasanya beli saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau beli selalu kecewa, lebih banyak kangkung saja, sotongnya boleh dikira dengan jari hihihiii.

      Padam
  2. Buat sendiri rojak sotong kangkung.
    Kalau saya pening banyak makanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, buat sendiri. Puas hati, boleh bubuh banyak sotong.

      Padam
  3. Orang expert... buat apa semua menjadi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Uncle. Doa yang baik untuk saya tu.

      Padam
  4. masyaa Allah....nampak sedap betul sotong kangkung tu...
    Hari ni sarapan nasi goreng rencah ikan goreng ke tu?🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, buat nasi goreng rencah ikan goreng, goreng dengan minyak sapi. Harum dapur.

      Padam
  5. Tu la cekap sis buat sotong kangkung, nampak sedap. Tauhu bergedil tu pun menyelerakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan sudah sedia ada, jadi buat saja mana yang boleh. Encik Suami pun tidak cerewet.

      Padam
  6. akak kurang sihat juga ke?musim panas agaknya,banyakkan rehat kak
    sunyi dah rumah akak ye kembali bertiga semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa rimas dan tak selesa sebab cuaca panas kot.
      Sekarang tinggallah kami bertiga di rumah, sama macam Afzan juga hehehehe.

      Padam
  7. Kat KL ni pun berbahang je rasa, walaupun nampak kat luar tu takde la terik sangat matahari. Sampai suami sendiri yg hidupkan aircond, jarang dia suruh pakai aircond waktu tengahari.

    Kak Amie, nanti share resipi rojak sotong kangkung boleh? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, ada masa nanti Kak Amie share resipinya ye Carneyz.

      Padam
  8. kalau buat sendiri ni kak... memang tak pandang daa kiri kanan... tau2 habis je...😁😁

    BalasPadam
  9. Kemas sungguh tauhu bergedil tu, Kak Amie. Sotong Kangkung nampak sungguh menyelerakan, memang patut simpan sahaja nasi, hihi.

    BalasPadam
  10. specialnya rojak sotong kangkung tu kak, menggoda sungguh, nanti jangan lupa kongsi resepinya ye kak

    BalasPadam
  11. Bestnya dan puas hati bila dibuat sendiri..

    BalasPadam
  12. fav saya tu kak amie, puas hati bila buat sendiri boleh ikut citarasa sendiri kan

    BalasPadam