Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu makan Cheezy Wedges Fried dengan Encik Suami, kita teringat Firdaus. Ketika makan Onion Ring bersama kawan-kawan kaki jalan, sekali lagi teringat budak kecil itu. Pada kedua-dua masa tersebut, Firdaus sedang bersekolah agama.
Kelmarin petang, pulang dari membeli barang di bandar, kami singgah sekali lagi di Happy Spoon Restaurant & Cafe. Seperti yang dijangkakan, Firdaus memang terus memilih Cheezy Wedges Fried dan Onion Ring. Teringat rasa Onion Ring yang tidak rangup, Amie beritahu Firdaus baiklah makan Cheezy Wedges Fried sahaja. Amie minta Firdaus pilih makanan lain. Dipilihnya sayap ayam goreng. Pelayan restoran beritahu sayap ayam sudah habis. Firdaus minta Pisang Goreng Cheese pula. Minumannya pula Milky Tea Black Sugar Creme Brulee.
Amie pula berminat untuk mencuba Hong Kong Milk Tea dan Meehoon Sarang. Encik Suami memesan Wa Tan Hor dan segelas air suam. Kita tambah pesanan, satu Cendol Ice Shaved.
Meehoon Sarang RM11.50 |
Hong Kong Milk Tea RM6.00 |
Teruja menanti kedatangan makanan yang dipesan! |
Cheezy Wedges Fried RM8.00 |
Tak sabar menikmati kentang goreng! Milky Tea Black Sugar Creme Brulee RM10.00 |
Wa Tan Hor RM10.50 |
Cendol Ice Shaved RM9.50 |
Pisang Goreng Cheese RM6.50 |
Kita ralit makan Meehoon Sarang. Apabila kita hendak minum Hong Kong Milk Tea, eh.... Encik Suami sudah sedut habis! Katanya hendak minum air suam saja.... ahaks! Jadi kita pun menyudu cendol ke mulut.
Menariknya presentation meehoon sarang tu. Mesti sedap kan. Teh susu Hong Kong tu ada beza ke dengan teh susu biasa? Elok jugak tehnya disalut dengan ais di luar gelas, tak la rasa cair bila ais mencair.
BalasPadamMenu sedap ² dan presentationnya buat kita pulak yg telioq Kak ...
BalasPadamWahhh.. hebat la bukan sahaja menunya tapi presentation mantap! Lama sy tak makan mee sarang.
BalasPadamMenariknya meehon sarang tu.. tengok Firdaus makan, achik pun ikut rasa lapar. Hahaha.
BalasPadamMenarik rupa meehoon sarang tu. Pandai dia masak.
BalasPadamAmboi presentation mee hoon tu...mesti seiring dengan rasanya...sure sedap ni kan?
BalasPadamsedap semuanya terliur tengok ais cendol shaved
BalasPadamsemua menggoda mata dan perut, cendol tu aduhai isi nya banyak betul kak.... layan betul musim panas2 ni
BalasPadamMee sarang tu menarik..
BalasPadamTeh tu unik la cara hidangnya..aduh,terliur cendol