Pages

Jumaat, 14 April 2023

Resipi Ikan Jenahak Goreng Berlada & Acar Mangga Muda dengan Peria

Bismillahirrahamanirrahim.
Jumpa lagi di malam yang dingin dan gelita. Nampaknya Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Semoga amal ibadat kita akan mendapat ganjaran daripada-Nya. Dalam sibuk mengerjakan ibadat di bulan mulia ini, ramai di antara kita yang turut menyelitkan diri mengambil kesempatan membuat persiapan raya seperti membuat kuih, mengemas rumah dan menyediakan pakaian baharu. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan, ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas ketika ini yang sudah tentunya amat menguji kesabaran.

Jom kita cerita tentang juadah berbuka seperti yang selalu kita kongsi bersama untuk mendapatkan idea memasak. Hari ini Amie masak nasi lauk Ikan Jenahak Goreng Berlada. Encik Suami pula minta buatkan acar mangga campur peria. Firdaus memilih untuk berbuka puasa dengan murtabak, tetapi apabila melihat ada Ikan Jenahak Goreng Berlada memang pulun habislah dia! Menambah-nambah nasi dan lauk ikan masuk dalam pinggannya! Seronok pula melihat Firdaus berselera makan kerana ada kalanya Firdaus langsung tidak menjamah nasi terutamanya sewaktu sahur. Semenjak jatuh sakit, nampak badannya semakin susut.

Ikan Jenahak Goreng Berlada

Acar Mangga Muda dengan Peria

Pucuk Paku Masak Lemak dengan Udang

Murtabak Jawa kegemaran Firdaus.

Satu juga besar jus oren campur lobak merah.

Resipi Ikan Jenahak Goreng Berlada
Bahan-bahan:
  • 2 keping ikan jenahak - gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
  • 2 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • minyak secukupnya
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar kasar:
  • 5 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Goreng ikan jenaka hingga masak - angkat - toskan
  2. Tinggalkan 1/2 cawan minyak bekas gorengan ikan di dalam kuali.
  3. Masukkan bahan kisar dan serai.
  4. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan pati asam jawa, garam / gula / perasa pilihan dan daun limau purut.
  6. Gaul beberapa kali dan biarkan seketika.
  7. Padamkan api dapur.
  8. Tuangkan bahan tumisan tadi ke atas ikan jenahak goreng.

Acar Mangga Muda dengan Peria

Resipi Acar Mangga Muda dengan Peria
Bahan-bahan:
  • 2 biji mangga kampung yang masih muda - kupas kulit dan cincang
  • 1/2 biji peria saiz kecil - buang bijinya, dan hiris nipis
  • 1/2 kuntum bunga kantan - hiris halus
  • 1 tangkai cili merah - buang biji - hiris nipis
  • 5 biji limau kasturi - belah dua - perah airnya
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula pasir
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Gaul rata.
  3. Biarkan lebih kurang 15 minit.
  4. Sedia untuk dinikmati.

11 ulasan:

  1. Macam kerabu juga acar mangga muda dengan peria. Gabungan lauk pedas, masam, masin dan manis.

    BalasPadam
  2. Memang berselera makan nasi lauk macam ni. 😋

    BalasPadam
  3. Uii...sedap tu ikan jenahak berlada..
    Semoga Daus dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat meneruskan puasa.
    Dari sehari ke sehari nk buat acar peria tu..belum juga terbuat.
    Satu lagi jus oren lobak merah tu.Semalam memang berhajat nak buat..dah beli ..sekali balik rumah buka plastik barang tak jumpa orennya.Entah saya yg lupa ambil atau kat mana tidaklah jumpa jawapannya..Yang ada hanya jambu ..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... mana pergi orennya tu Mama Cella.
      Firdaus memang suka jus oren dengan lobak merah. Kami pun terikut-ikut suka juga.

      Padam
  4. Bila Kak Amie bersilat di dapur, hasilnya sangat menyelerakan :D
    Gerammm saya tengok kerabu tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerabu tu kalau dah ada depan Encik Suami, lupa dah dia saya pun nak makan juga!

      Padam
  5. Oh, Daus suka lauk kering2 bersambal agaknya, kak Amie. Daus jangan tak makan, nanti kurus kurang lawa, hehehe.

    BalasPadam
  6. Menarik lah acar mangga dan peria tu.. masam pahit pedas manis.

    BalasPadam
  7. setiap hari wajib ada air buah ye kak.... dahla sekrang ni panas betul

    BalasPadam