Pages

Sabtu, 15 April 2023

Asam Pedas Ikan Baguk & Ikan Cencaru Goreng Kunyit Suria Amanda Lauk Berbuka Puasa

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sudah 24 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, pejam celik, siang berganti malam, cuaca bertambah panas namun kita dapat harungi dengan penuh kesabaran. Mudah-mudahan Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Kami menghabiskan sebahagian masa hari ini dengan membeli-belah untuk persiapan menyambut hari raya. Kali ini kita tidaklah begitu teruja untuk menempah baju raya sebab ada beberapa pasang baju yang ditempah hujung tahun lepas belum sempat dipakai. Harap-harap masih muatlah di badan.... ahaks!

Petang tadi Amie masak Asam Pedas Ikan Baguk untuk juadah berbuka puasa. Encik Suami kurang gemar makan ikan baguk, jadi kita gorengkan ikan cencaru gaya Suria Amanda : Ikan Cencaru Goreng Kunyit Resepi Bonda. Oleh kerana saiz ikan cencaru kami besar, jadi Amie ambil bahagian kepala sahaja. Itu pun setelah dibelah dua. Amie goreng kedua-duanya sekali.

Asam Pedas Ikan Baguk

Ikan Cencaru Goreng Kunyit Gaya Suria Amanda

Tunaikan permintaan Firdaus untuk makan 12 batang popia.

Biarlah Firdaus hari-hari berbuka dengan popia asalkan ada selera untuk makan.

Hari ini Encik Suami sediakan jus epal hijau dengan asam boi.

Asam Pedas Ikan Baguk

Resipi Asam Pedas Ikan Baguk
Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan baguk - 500 gram - bersihkan - lumurkan dengan sedikit tepung gandum - biarkan 15 minit - cuci bersih - toskan
  • 10 biji kacang bendi - cuci dan toskan hingga kering - buang tampuk dan ekor - potong 2
  • 7 tangkai pokok kesum
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil gula melaka
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  2. Masukkan tomato, gula melaka dan air.
  3. Biarkan masak mendidih sehingga tomato hancur.
  4. Masukkan ikan, asam keping dan kacang bendi.
  5. Setelah ikan masak, perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kacau sekali dua, biarkan seketika sehingga terbit minyak dan kemudian padamkan api dapur.

8 ulasan:

  1. asam pedassssss , popia, aiar epal asam boi sedapnyaaa waduhhhh meleleh air lior hehe

    BalasPadam
  2. Terliur sy tengok asam pedas Kak Amie wpun tak berapa kenal ikan baguk tu, tetap nampak mengancam.

    BalasPadam
  3. Jud epal + asam boi... aduhhh... sedap sangat!

    BalasPadam
  4. Ikan baguk tu ikan air tawar ke ikan laut cikgu?
    Ikan cencaru goreng cara SA tu memang sedap kan..dapat gaul serdak dia pun dah sedap.

    BalasPadam
  5. Dah mcm popia secret recipe pulak tu.. hehe... budak² mmg suka mkn popia kan? #theIMANs pun sama suka popia

    BalasPadam
  6. ikan baguk ni seangkatan dengan ikan belukang atau ikan duri atau ikan mayong ke kak? tengok pada rupa ikannya tu... peminat popia ye Daus ni kak

    BalasPadam
  7. Wah..kak amie buat ikan cencaru goreng kunyit dan bawang putih...semalam pun SA buat yang sama..ikan bagok tu macam ikan duri ye kak amie..nampak sedap la..

    BalasPadam