Pages

Selasa, 4 April 2023

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Kencur

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini nak masak menu orang Jawa buat berbuka puasa. Walaupun tidak sesempurna mana, tapi jadilah buat ubat rindu. Sebenarnya kita teringin makan pecak ikan pari. Orang kampung kami panggil pecak, tapi orang lain panggil pecel dan ada yang panggil pecal. Entahlah mana satu yang betul. Agaknya lain daerah lain sebutannya. Ikan pari kena bakar atau panggang Kelapa parut diperah dengan menggunakan air masak. Tumbukkan cili padi hijau, buah kencur, dan bawang. Gaul dengan santan, tambahkan perasa dan jus limau kasturi atau asam jawa. Lepas itu, siram atas ikan panggang.  Nantilah, kalau ada bahan dan ada kesempatan kita nak buat juga. Sayang kalau resipi pecak terpinggir begitu sahaja. Anak-anak ada darah Jawa, tapi tak tahu banyak tentang makanan Jawa. Jadi, eloklah dijadikan entri supaya anak cucu akan datang yang rajin baca blog ini akan tahu menu-menu Jawa.

Untuk juadah berbuka puasa yang ada aroma kencur, kita olah Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Kencur. Oleh kerana hendak masak sekali harung, ditambahlah kentang dan terung dalam masakan ini.
Resipi dalam entri lepas ada di sini: AYAM MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN KENCUR. Kali ini Amie ubah sedikit cara masakannya dengan memerap ayam menggunakan bahan perencah yang sudah dikisar. Kemudian barulah ditumis.

Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Kencur.

Daging ayam .

Bahan perencah.

Ini pokok kencur yang Encik Suami cabut dari pasu. Daunnya sudah keropong-keropong, hidup segan mati tak mahu.

Ayam yang telah diperap dengan bahan perencah yang dikisar.

Bahan tambahan : Kentang dan terung.

Santan kelapa segar.

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Kencur
Bahan-bahan:

  • 1 kg daging ayam - potong ikut saiz yang digemari
  • 200 ml santan pekat - tambahkan 2 cawan air
  • 10 helai daun cekur - hiris halus
  • 2 biji ubi kentang - kupas kulit dan potong ikut suka
  • 2 batang terung - belah dua dan potong ikut suka  - goreng
  • 1 keping asam gelugur
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk /kisar:
  • 20 biji cili padi - tambah / kurang - ikut selera / kepedasan yang diingini
  • 5 ketul isi cekur
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Gaul daging ayam bersama bahan kisar. Perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang diperap.
  3. Gaul sebati dan biarkan ayam menjadi layu. 
  4. Masukkan kentang, asam keping serta santan.
  5. Kemudian tuangkan santan. Masak sehingga ayam empuk.
  6. Masukkan terung yang sudah digoreng, garam / perasa pilihan.
  7. Taburkan hirisan daun kencur dan kacau sekali dua.
  8. Padamkan api dapur.

Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Kencur


Minuman berbuka puasa hari ini, jus tembikai.
Sudahlah cuaca sejuk, nak minum sejuk juga.
Pulang dari solat terawih, Encik Suami bawa bubur kacang dari masjid. Kemudian anak buah hantar pisang talamek @ sanggara balanda dan sebungkus mi goreng denga sayap ayam.

Pisang Talamek @ Sanggara Balanda

Pisang Talamek @ Sanggara Balanda ini merupakan kuih tradisional masyarakat Bugis. Diperbuat daripada pisang raja yang masak ranum, digoreng dan kemudian disalut dengan telur. Kemudian digoreng semula. Seterusnya pisang dibelah dan bubuh inti. Intinya pula daripada kacang tanah yang dikisar, ditambah gula dan planta atau butter lalu digaul sebati.

Mi dan sayap ayam goreng.

Encik Suami sudah masukkan Sanggar Balanda dalam peti sejuk. Kita pula masih meneruskan kerja menoreh. Nanti, malam-malam sedikit kalau rasa lapar bolehlah jengket-jengket ke dapur buka peti sejuk copet Pisang Talamek @ Sanggara Balanda!

9 ulasan:

  1. ya Allah kak, tak boleh betul dana tengok ayam masak kencur ni terus terliur. Makanan yang tak pernah jemu bagi dana, sedap betul aroma kencur nya tu. Mak pernah kata kalau daun kencur dah buruk selalu isinya dah ada , kalau daun masih kembang cantik selalu isi masih kecil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooohhh.. begitu ye cerita pokok kencur.
      Kak Amie rindu betul air tangan Bonda, ikan pari panggang tuang kuah pecak.

      Padam
  2. Melintas pulak gambar menu yang menjadi idaman sy sejak semalam, nampak ada TT post kat TT, terus terasa teringin dan ternampak pulak Kak Amie post. Tapi, Pecal Ikan Pari tu, masakan mak sy yang terpaling rindu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah SK... air tangan Bonda pasti dirindui!
      Nak usahakan juga ikan pari panggang tuang kuah santan berkencur.

      Padam
  3. Pari masak kencur sedap, ayam masak kencur pun sedap.. ahhhh... semua sedap kak! Aroma dari kencur tu dah bangkitkan selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang istimewa betul herba bernama kencur kan Faizah.

      Padam
  4. Macam-macam nama ada. Belum pernah lagi rasa masakan lemak cili api campur kencur. Mungkin dari kecil mak tak pernah gunakan kencur. Nanti² boleh cuba. Pisang talamek unik salut telur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya air tangan ibu yang kita nikmati sejak kecil itulah yang tak dapat dilupakan walau di mana kita berada.
      Pisang talamek itu memang unik.

      Padam
  5. Tak pernah masak campur kencur..macam menarik..boleh cuba nanti...

    BalasPadam