Pages

Isnin, 10 April 2023

Pokok Kantan Pertama Kali Berbunga!

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
Hai senangnya dalam hati.
Pokok kantan dan berbunga!
Dari zaman Fairuz kecil, kami bawa benih dari kampung di Selangor, dan Encik Suami tanam di belakang rumah. Pokok kantan tumbuh subur tapi tunggu bertahun-tahun, tidak juga berbunga. Akhirnya Encik Suami tebang!
Cuba lagi. Minta benih dari rakan sekerja. Tanam tepi dapur, tapi tak tumbuh.
Usaha lagi. Tahun lepas minta lagi dari rakan sekerja.
Tanam di luar rumah, sebelah Taman Firdaus.
Akhirnya!
Kelmarin nampak bunganya sudah muncul!

Inilah cerita orang suka menanam, tapi tak ada tanah! Encik Suami tanam di tengah-tengah ruang antara pokok bunga loceng dengan pokok bungan siantan. Di belakangnya penuh dengan bunga akar dani yang wangi di malam hari.


Walaupun berbunga kali pertama, tetapi rasa keterujaan itu tidak terkata. Tambahan pula, harga bunga kantan sekarang ini tidak masuk akal, sehingga mencecah RM3 sebatang! Sudah tentulah terbayang di ruang mata, tidak perlu lagi membeli di pasar kalau pokok kantan sudah mula berbunga!


Ada dua kuntum bunga kantan!


Moga pokok kantan terus hidup subur dan berbunga sepanjang waktu!


Ambil gambar bunga akar dani dari bawah pokok kantan. 


Oleh kerana matahari sudah hampir tenggelam, jadi bunga-bungaan pun ikut layu!


Harap-harap esok paginya sebelum pergi menoreh, dapatlah ambil pemandangan bunga akar dani di waktu  pagi.


Bunga akar dani di kala senja.
Semuanya tunduk ke bumi.
Menekur sujud ke hadrat Ilahi.


Selamat pagi bunga akar dani! Nampak mekar merah putih berseri.

Sekian.
Selingkar kisah pokok kantan berbunga buat pertama kali, tumbuh di kelilingi pokok bunga loceng dan pokok bunga siantan dan bunga akar dani yang mekar setaman harum mewangi.



9 ulasan:

  1. Saya auto nyanyi pada rangkap awal tu 😄

    Alhamdulillah, tahniah kak Amie & suami gigih menanam. Memang seronok bila tanaman keluar hasil, berbunga2 hati.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... Tahniah Kak Amie... Syok kan bila tengok hasil tangan kita

    BalasPadam
  3. Rasanya kantan cikgu ni sama spesis dengan kantan kat tempat kerja saya .pink cair dan jenis tidak besar bunganya Tapi kantan jenis ni lebih lembut dan harum berbanding kantan merah terang yang lebih besar tu

    BalasPadam
  4. Berbudi pada tanah, merasa lah juga bunga kantan tu. Nanti dah banyak bolehlah difrozenkan.

    BalasPadam
  5. wah bestnya. Saya punya pokok entah hidup entah mati. Kakak yang tanamkan. Dari biji benih kata akak yang lain susah nak hidup. Patutnya beli yang dah ada akarnya tinggal tunggu hidup je. Lagi cepat.... huhuhu

    BalasPadam
  6. dana baru tahan akhir tahun lps entah berapa tahun baru dapat merasa.... cantik pokok akar dani tu kak

    BalasPadam
  7. Bunga akar dani tu cantik. Bestlah, pokok kantan dah berbunga. Tak payah beli dah.

    BalasPadam
  8. SA kalau balik kampung tempat pertama SA terjah mesti pokok bunga kantan..hahaha...dapat la seplastik besar bunga kantan..berbagi- bagi la ngan adik beradik..org2 kat kg x makan...kadang terbiar kehitaman atau terlebih kembang

    BalasPadam