Pages

Ahad, 9 April 2023

Cari Kuih Akok di Bazar Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini rasa segan-segan hendak ke dapur. Si Mambang sudah balik ke sarangnya di Tanah Jauhar
Kita ajak Encik Suami dan Firdaus jalan-jalan ke Seri Perdana. Lebih  sejam mencari barang dapur di supermarket. Rasanya tak sanggup hendak bersesak dengan orang ramai. Memikirkan hampir menjelang hari raya, sudah tentu makin penuh supermarket dengan pelanggan yang mencari barang keperluan raya. Tempat letak kereta pun penuh. Terpaksalah letak kereta jauh-jauh dan berjalan kaki ke destinasi.

Melihat jam sudah menghampiri pukul lima petang, memang kelam kabutlah kalau hendak masak untuk berbuka puasa. Encik Suami ajak ke Bazar Ramadan. Kita pun ikut sahajalah sambil membayangkan kalau terjumpa kuih akok, alangkah enaknya dibuat buka puasa! Sejak mula puasa memang teringin hendak makan kuih akok.

Jalan, jalan, jalan dan jalan melintasi gerai demi gerai akhirnya terjumpalah gerai orang jual akok, laksa penang dan laksam. Peniaganya orang Kelantan. Adik ipar selalu tempah kuih akok serta laksam daripadanya untuk makan-makan selepas bacaan Yasin sekeluarga di kampung. 

Kuih akok yang dijual saiz besar. Empat biji berharga RM5. Kita beli RM10. Dapat lapan biji. Patutlah kalau kita makan akok di rumah adik ipar, biras kita akan potong dua. Rupanya memang saiznya besar.

Kuih Akok.

Beli Nasi Beriani Kambing yang viral di FB Lahad Datu di seberang jalan. Terpaksa berjalan kaki dari Bazar Ramadan madan kerana susah cari tempat letak kereta. Ada Nasi Beriani Ayam dan Daging juga. Kami pilih kambing...mmmbbeeeekkkk!

Banyak isi kambingnya!

Acarnya secoe't saja.


Kemudian kami patah balik ke Bazar Ramadan. Beli Nasi Beriani Ayam pula. 

Besar saiz ayamnya.

Acar pun nampak banyak. Encik Suami suka makan acar.

Ternampak gerai kawan dari Kota Belud jual kuih penjaram. Belilah juga, takut teringat-ingat apabila sampai rumah. Beli RM5 dapat lapan keping.

Nampak air tebu. Beli sebotol besar RM10.


Kita buat Air Teh Bunga Longan Khairul Aming. Jadinya ada dua minuman untuk buka puasa.


Jangan lupa jamah kurma dahulu sebelum makan yang lain. Kali ini hidang kurma Fardh pula.

Firdaus pilih sendiri menu berbuka puasanya. Dia minta Amie gorengkan corn dog dan kentang. Air minumannya pula Firdaus ambil Teh Tarik Lipton.

Ingat pesan Mama Cella, selalu-selalulah berzikir jika ingin sesuatu. Sampai masanya makbul apa yang dizikirkan. Hendak akok dapat akok!


10 ulasan:

  1. Besar akok dia. Sedapnya nasi beriyani kambing. 😋

    BalasPadam
  2. kuih akok kalo bln ramadhan wajib ada...nasibaik kt area umh ada org jual yg sedap..tiap2 thn mmg bli situ je

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tercapai hasrat Kak Amie dapat makan kuih akok.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...
    Allah makbulkan hajat nak makan akok..
    Saya pun nak berzikir jugaklah nak makan kek lapis sarawak yang premium..🤭

    BalasPadam
  5. Nampak sedap kuih akok tu, saiz pun besar...nasi beriani pun nampak sedap

    BalasPadam
  6. sedap menu berbuka..wah daus xlepas dgn kentang goreng

    BalasPadam
  7. Nampak cantik akoknya berkilat. Wahhh.. mambang pulang tapi tuannya tengah demam. Jadi, mambang kata dia nak tolong orang KL buat sempritttt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ..
      Semoga mambang rajin tu berlama-lama sikit kat KL ni..setidak-tidak pun hingga Syawal nanti🤲🤲🤲

      Padam
  8. sedap semua kak, air tebu nya murah betul dana dah lama tak minum air tebu, tahan kalau minum mesti batuk2

    BalasPadam