Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, walaupun tak berapa sihat, dan tertidur sampai ke petang tapi gagahkan diri juga untuk sediakan juadah berbuaka puasa di dapur. Teringat ada mantou frozen dan sambal kacang daging. Kita pun goreng mantou. Memang kita suka makan mantou. Cara goreng mantou frozen ini kena tunggu minyak betul-betul panas tapi dalam nyalaan sederhana. Sama seperti kita goreng karipap atau goreng popia. Setelah kita masukkan mantou, biarkan sahaja sehingga kuning keemasan, barulah terbalikkan sisi sebelahnya.
Oleh kerana sebelum digoreng memang sudah ada kesan rekahan pada mantou frozen, maka beginilah hasil kejadiannya. Mantou frozen ini kaedahnya dikukus atau dipanggang dalam oven, tapi Amie cuba goreng sebab memang biasa makan yang bergoreng.
|
Mantou Goreng Sambal Kacang Daging |
|
Sempat goreng bihun. Tambah telur dan udang. Tak ada sayurnya. |
|
Encik Suami sediakan air kelapa. Banyak juga airnya daripada tiga biji kelapa muda. Tapi bukan kelapa pandan. Kelapa biasa saja, pemberian bekas pekerjanya. |
|
Masih ada baki Air Teh Bunga Longan Khairul Aming, minuman berbuka puasa kelmarin. |
|
Tak sabar hendak makan Mantuo Goreng Sambal Kacang Daging! Makan sebiji cicah sambal kacang daging yang sangatlah sedap, perut sudah kenyang. Apa tidaknya! Minum dua gelas Air Teh Bunga Longan dan dua gelas air kelapa muda! Terus pengsan! Sahur nanti hendak sambung makan mantou. |
Saya tak pernah makan mantou. Kalau pau, saya tau. Sedap tengok bihun goreng, feveret saya tu.
BalasPadamSedapnya mantao goreng.Saya selalu makan yg kukus sahaja.Tapi bila try mantao goreng cicah sos bolgnese daging kat Soru..masyaa Allah sedapnya.Kena cari juga ni .tergoda mantao kuah kacang daging
BalasPadamMenarik juga mantou goreng tu.. pernah makan yang dikukus je.
BalasPadamsedapnya kak, dana lum berkesempatan cuba air KA lagi...
BalasPadamlama tk mkn mantou...sedap tu
BalasPadamsaya belajar makan mantou di chinese restaurant sedap rupanya
BalasPadamselalu begitulah, berbuka lagi banyak minum air dari makan
BalasPadam