Bismillahirrahmanirrahim.
Malam tadi gantung periuk. Kami menghadiri dua majlis rumah terbuka. Pagi ini siapkan sarapan pagi dengan hidangan mi goreng dan lempeng cair. Minuman pula, masing-masing buat sendiri ikut kegemaran. Encik Suami minum kopi Tenom. Kita minum milo. Abang Farid buat teh.
Fairuz masih merehatkan diri, makan ubat untuk segera sembuh.
Firdaus pula masih kurang berselera makan, kecuali bubur cendawan atau bubur nasi sahaja.
|
Mi Goreng & Telur Mata Kerbau |
|
Lempeng cair cicah sambal ikan tuna. |
Hari ini cuaca cerah tetapi menjelang petang nampak sedikit mendung.Terpandang di puncak dahan epal bidara, bunga telang dan bunga akar dani berebut-rebut kedudukan! Di sebelahnya pula bunga mata kucing brazil tidak lepaskan peluang menonjolkan diri. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Malam tadi sewaktu berada di pintu pagar untuk bergerak keluar ke rumah terbuka keluarga, terbau aroma bunga akar dani yang lembut semerbak! Sempat kita cium sejambak di tepi pagar.
|
Bunga telang nan sekuntum tertinggal di perdu pohon epal bidara. Rakan-rakannya sudah menjulang di puncak sanun bersama bunga akar dani. |
|
Bunga mata kucing di Taman Firdaus. |
|
Kali terakhir petik buah mata kucing brazil pada petang raya kedua sewaktu Abang Farid sampai ke rumah. Hari ini kelihatan bunganya lebat di hujung julai. |
|
Rimbunan bunga akar dani yang mekar di siang hari, dan harum mewangi menghiasi malam. |
|
Sebelum ke pasar, sempat intai sekuntum lagi bunga kantan yang muncul! |
|
Tembikai RM5.00 sekilogram. |
Hari ini kami membeli sedikit bahan makanan termasuk sayap ayam. Nampaknya harganya sudah turun menjadi Rn19.90 sen sekilogram. Cerita sedihnya ada yang terpaksa beli dengan harga RM25.00 sekilogram. Tengok juga bahagian peha, RM15.90 sekilogram.Tembikai pula sudah turun harga juga, RM5.00 sekilogram.
|
Nanas : RM9.00 sekilogram. Beli sebiji RM22.00. Timun Jepun : 6 biji RM14.80 sen. |
Fuad kata teringin hendak makan tempe dan bawa balik Klang. Entah sejak bila budak ini pandai makan tempe. In syaa Allah, petang ini kita cuba buatkan sambal tempe kering. Esok Fuad akan gerak ke Kota Kinabalu. Katanya, baiklah naik kapal terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur sebab harga tiket sangat mahal dari Tawau. Itu pun harga yang Fuad dapat sehala KK-KL RM849+++.
|
Anggur untuk Fairuz, untuk hilangkan pahit mulut akibat demam. |
Jumpa mangga air yang masih segar. Beli dua kilogram. Kecur dah ni nak kupas mangga air cicah dengan serbuk asam boi!
Sekian.
Terima kasih sudi singgah beraya di dapur maya ini.
Uniknya bungkusan tempe di LD. Comel pulak.
BalasPadamMahal pula nanas bila dijual per kg. Rasa kat sini jual harga per biji.
selamat hari raya kak amie sekeluarga
BalasPadamcomel bungkusan tempe nya, kali pertama tgk camtu, sini segi 4 nipis je. ehh mangga tu buat kecur tekak even tgk je. slmt hari raya aimie. maaf zahir batin
BalasPadamSebenarnya saya tau nama bunga akar dani tu dari blog cikgu..Sebelum ni tak tau nama.Sekarang asal nampak bunga akar dani ni kat mana-mana auto teringat cikgu
BalasPadamSama dekat sini. Lepas habis raya, harga ayam pun turun. :)
BalasPadamSedap tengok mi goreng.