Pages

Khamis, 20 April 2023

Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna

Bismillahirrahmanirrahim.
Fuad sudah beberapa kali berpesan kepada Fairuz untuk membawa pulang ikan tongkol atau ikan tuna apabila balik ke LD. Katanya, rindu benar hendak makan nasi kuning air tangan Mommy. Malam 18 April 2023, mereka bertolak dari Penampang sekitar pukul dua pagi konvoi bersama Abang Aznan sekeluarga. Mereka berhenti di Ranau untuk berehat dan sahur. Kemudian sambung perjalanan ke LD.

Nasi kuning kukus.

Encik Suami menunggu kepulangan mereka berdua dari awal pagi sambil membersihkan halaman rumah dan menyusun pokok bunga di sebelah pintu. Macam rindu sungguh Encik Suami... uhuk huhukkkkk!

Lebih kurang pukul 10:30 pagi, kedengaran bunyi hon dan Encik Suami bergegas buka pintu pagar.

Si bujang Fuad dan Fairuz sudah sampai!

Adalah oleh-oleh yang dibawanya dari Kota Kinabalu.

Kotak bawah berisi ikan, kotak di atas berisi kuih raya.


Yang ini pula, kotak bawah berisi 17 bungkus minyak dan plastik di atasnya berisi dua bungkus beras dagang.

Sambil kita masak nasi kuning dan masak sambal ikan, kita naikkan juga periuk berisi rendang di atas dapur. Nanti setelah rendang masak, bolehlah disejukbekukan.

Rendang daging lima kilogram. Masak sekali harung, lebur semua bahan dalam periuk.

Beberapa minit sebelum azan maghrib, tanaklah nasi kuning. Encik Suami kata rasanya gurih. Maknanya sedaplah sebab kita kukus.

Sambal ikan tuna pun masak dengan sempurna. Puaslah Fuad makan nasi kuning. Tak habis-habis memuji keenakan air tangan Mommynya!

Fairuz tukang kupas telur rebus dan hiris timun sebagai pelengkap lauk nasi kuning.

Encik Suami bantu sediakan jus tembikai.

Petang ini kita sambung gulung-gulung isi ayam dengan daun pandan!

Petang ini rakan-rakan masak apa untuk juadah berbuka? tentu masing-masing sibuk membuat persiapan raya. kepada yang pulang ke kampung, kita doakan semoga selamat sampai ke destinasi. Berhati-hati di jalan raya!

18 ulasan:

  1. alhamdulillah dah sampai mereka sudah dapat melepaskan rindu....
    selamat hari raya kak amie&keluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah. Selamat sampai menempuh perjalanan panjang.
      Selamat hari raya Afzan sekeluarga.

      Padam
  2. Alhamdulillah selamat sampai sudah 2 bujang tu :D
    Banyak juga buah tangan yg dibawa utk Mommy tersayang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya PH.
      Rajin pula mencari dan membeli oleh-oleh dari KK.

      Padam
  3. Tentu mommy bahagia anak2 semua sudah pulang. Abg Farid bila sampai?

    Nasi kuning dan sambal tongkol pelepas kerinduan.

    BalasPadam
  4. Sedapnya, saya tengok. Alhamdulillah, anak-anak sudah pulang. Cantik pokok-pokok tepi tingkap. Tersusun je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hobi Encik Suami, tanam dan jaga pokok bunga.

      Padam
  5. Alhamdulillah...
    Yang dinanti telah tiba.
    Baba terlebih excited nampaknya...rindu betul tu..Semoga cahaya Syawal lebih bermakna tahun ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah....
      Kita tak perasan perasaan seorang bapa rupanya melebihi perasaan sendiri.

      Padam
  6. Yeayyy... sampai dah 2 anak bujang tu.. mesti meriah lah berbuka puasa semalam ya.. itulah yang ditunggu2 setiap ibu bapa bila anak-anak duduk berjauhan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang meriah sungguh.
      Rasa bahagia melihat anak-anak di depan mata.

      Padam
  7. Menariknya menu ni!!! 😍 Of course sedapp..Tak pernah pulak try...Salu camni, dengan Ayam aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menu tradisi sebahagian besar masyarakat Sabah memang beginilah.

      Padam
  8. amboiiiii excited sungguh tggu anak2 bujang balikπŸ˜€

    kak, selain ikan tuna ikan apa.lg yg ngam dgn nasi ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa-apa saja jenis ikan yang boleh dimasak sambal. 🐟🐟🐟

      Padam