Pages

Selasa, 25 April 2023

Raya Pertama Berlima, Raya Kedua Bertujuh

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari raya pertama, kami sambut berlima sahaja. Amie, Encik Suami, Fuad, Fairuz dan Firdaus.

Lima dondon pakaian warna hitam.


Petang raya kedua, menghadiri majlis pertunangan anak buah, Ummi Syazana.


Malam hari raya kedua, sambutan hari keluarga di adakan di rumah adik ipar. Tema hitam emas. Yang lelaki sempat cuci baju melayu waktu siang dan pakai pada malamnya. Kita sauk sahaja baju warna yang sewaktu dengan emas!
Abang Farid dan Aseeyah baru saja mendarat di LD Airport pada pukul 4:05 petang. Sebelah malamnya kami bertujuh berkumpul di kampung.

Mommy di samping anak-anak jantannya!

Lengkap seisi keluarga.

Semakin lengkap dengan kehadiran Aseeyah.
Dulu berenam, tambah ahli baharu.
Raya pertama berlima, raya kedua bertujuh.
Eh, tak menjadilah pantunnya!


20 ulasan:

  1. Hahaha...sampai tak jadi pantunnya...punya seronok mommy bila semua anak menantu dah balik..
    Tahun ni tema hitam tempat pertama katanya..biru ke2 dan hijau ke3..katanya la🀣
    Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin Cikgu dan keluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo begitu ceritanya ye. Hari raya kedua tu, memang kena pakai tema biru sewaktu majlis bertunang Ummi, tapi kami terlajak pakai tak sama warna.

      Padam
  2. Alhamdulillah, lengkap seisi keluarga termasuk menantu. Warna hitam buat kita nampak lebih slim. 😁 Saya sekeluarga pun tema hitam juga di hari pertama raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengarnya banyak stok baju warna hitam habis dijual.
      Saya tak perasan pula tahun ini banyak pilih tema hitam.

      Padam
  3. selamat hari raya kak...maaf zahir batin....wah, all black tema gitu..nice...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga MA.
      Ye, tahun ini bertema hitam pula.

      Padam
  4. Tahniah Kak..Eh salahhh...tahniah yang bertunang... Salam Aidilfitri Kak sekeluarga..Moga dilimpahkan rahmatNya ❣️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Amin ya Allah, sama-sama dilimpahkan rahmat daripada-Nya untuk kita semua.

      Padam
  5. selamat hariraya maaf zahir batin cikkak ammi itteww., aminn

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, cukup korum akhirnya...selamat hari raya kak amie sekeluarga! maaf zahir batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Ciksun.
      Penantian di hari lebaran, Alhamdulillah akhirnya lengkap sekeluarga.

      Padam
  7. Sy suka pulak tengok tema hitam keemasan ni, berseri betul!

    BalasPadam
  8. Happy si Daus tu! Mesti banyak duit raya!

    MZB amie! Kosong2 kita!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Raya pertama sahaja Daus kutip duit raya. Hari-hari seterusnya berehat di rumah sahaja sebab kurang sihat.
      Kosong-kosong ye Uncle.

      Padam
  9. Hitam itu menawan eh!
    Selamat hari raya Aidilfitri k.Amie sekeluarga serta maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, hitam itu menawan, hitam itu manis hehehee.
      Sama-sama raya, maaf zahir batin.

      Padam
  10. k amie macam tahu2 je warna hitam warna tema #1 thn niπŸ‘πŸ˜€

    pssttt kak thn dpn kaler apa? 😁

    BalasPadam
  11. Baju lebarannya warna cantik...indah kebersamaan bersama encik suami dan anak anak ya kak amie...mbul selalu antusias menantikan menu kuih dan hidangan meja makannya

    BalasPadam