Pages

Khamis, 13 April 2023

Buka Puasa Makan Nasi Lauk Ikan Cencaru Sumbat Kelapa & Kerabu Mangga Campur Peria

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, petang kelmarin dapat memenuhi selera berbuka puasa tiga beranak. Untuk diri sendiri Amie sediakan ikan cencaru sumbat kelapa. Untuk Encik Suami, Amie buatkan Kerabu Mangga Campur Peria kegemarannya. Dan Firdaus pula, sudah tentulah sangat gembira dapat makan popia!

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Kerabu Mangga Campur Peria

Amie tambahkan hirisan bunga kantan dari pokok sendiri. Minta tolong Encik Suami ambulkan bunga kantan dari pokoknya. Kata Encik Suami bunga kantan timbul lagi. Kelmarin dulu hanya nampak dua kuntum, sekarang sudah bertambah dua kuntum lagi. Mudah-mudahan pokok kantan terus rajin mengeluarkan bunga!

Popia kegemaran Firdaus.

Minuman jus oreng campur lobak merah kesukaan seisi keluarga.

Masak sup campur, tapi waktu berbuka puasa hanya hirup kuahnya saja. Selebihnya disimpan untuk dipanaskan semula waktu sahur.


9 ulasan:

  1. zaman sekolah duduk asrama budak2 panggil ikan jaket,bila tiba hari menu ikan jaket alergik benau ..tp skrg dh jd fav plk tambah pula kalau sumbat kelapa ni sedapnya lahai

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehh sama lah kami kat asrama dulu pun panggil ikan jaket hehe!

      Padam
  2. Selamat menempuhi baki hari2 terakhir ramadan

    BalasPadam
  3. menarik jugak ikan cencaru sumbat tu. bolehlah buat nanti. amboi air oren tu menyala warnanya

    BalasPadam
  4. gabungan yg mantap... lama lak tak buat caru bakar gini

    BalasPadam
  5. dah rumah kedua SA nampak cencaru ni...tp SA teringin cencaru bakar

    BalasPadam
  6. "Cencaru Makan Petang"
    Salah satu peribahasa..hihihi
    Kalau kat kampung saya inti kelapa tu selalu disumbat pada haruan besar dibelah belakang.Dipanggang dan dinamakan
    "bantut" Entah kenapa namanya begitu..
    Kerabu peria tu dari hari ke hari plan nak buat tapi belum tercapai..Cikgu guna peria katak ke peria kambas?

    BalasPadam
  7. Kerabu mangga campur Paria,apakah rasanya asam pedas dan sedikit pahit?nampak sedap rasanya,tak taulah belum pernah mencoba,tapi terlihat menggugah selera

    BalasPadam
  8. Nampaknya nak cari popia jugaklah. Mana boleh jadi hari2 nampak Daus makan popia.

    BalasPadam