Pages

Sabtu, 25 Mac 2023

Sedapnya Masak Lemak Nangka Muda dengan Kaki Ayam!

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini teringin hendak bersilat di dapur. Rasa rindu sangat hendak makan air tangan sendiri. Sudah tentulah menu kampung yang selalu kita nikmati zaman dahulu sewaktu tinggal bersama keluarga. Sebelah paginya, selepas solat subuh kami ke pasar mencari barang basah. Betul apa yang Encik Suami kata. Harga barang runcit dan barang dapur melambung naik! Beberapa hari lepas, orang-orang LD sibuk memperkatakan ketiadaan bekalan ayam dan telur! Ikan? Tak tahulah pula sebab bekalan ikan yang dibawa dari Kota Kinabalu masih banyak.

Dalam kesibukan menyambung kerja menoreh, sempat juga sediakan juadah berbuka puasa. Kami makan nasi sahaja. Sudah kita pesan dengan Encik Suami supaya jangan beli kuih sebab biasanya tidak dimakan. Berbuka puasa ini yang paling penting ada minuman! Lagilah kalau minuman jus buah. Bergelas-gelas masuk perut.

Hidangan berbuka puasa kami hari ini:
  • Kurma
  • Nasi Putih
  • Masak Lemak Nangka Muda dengan Kaki Ayam
  • Udang Goreng Kunyit
  • Ikan Selayang Goreng
  • Budu & Ulaman
  • Minuman Jus Buah Tembikai
Masak Lemak Nangka Muda dengan Kaki Ayam


Hidangan Berbuka Puasa

Masak Lemak Nangka Muda dengan Kaki Ayam

Kurma dari Madinah.

Kami beli beberapa jenis kurma di Madinah. Memang sengaja beli lebih sebagai bekalan di bulan puasa. Boleh makan sewaktu berbuka dan sewaktu bersahur.

Ikan Selayang Goreng

Ikan selayang ini orang Sabah panggil ikan basung. Sedap digoreng garing, cecah dengan budu dan makan dengan ulam-ulaman. Boleh menambah nasi dan periuk jadi bocor kata SK dan Mama Cella.

Udang Goreng Kunyit

Firdauslah yang tukang habiskan Udang Goreng Kunyit. Budak satu ini, kalau buka puasa hendak makan murtabak jawa saja. Hari ini dia minta murtabak jawa lagi, tetapi Encik Suami tidak belikan sebab kalau makan murtabak, Firdaus tidak mahu makan nasi. Firdaus kata, murtabak jawa bagus dimakan sebab ada sayur kobis di dalamnya!

Waktu sahur, lain pula tingkahnya!
Tidak mahu makan.
Kalau kita suap nasi, mahu pula dia makan.
Rupanya minta disuap.
Tahulah kita, kalau waktu sahur memang kena suap!


Sebelum ini setiap kali berbuka puasa, kami minum jus oren campur lobak merah. Hari ini dapat minum jus tembikai. Berkat kesabaran mencari buah di tempat borong, dapatlah harga serendah RM5.00 sekilogram. Alhamdulillah, buahnya elok.

Jus tembikai penghilang dahaga.

Masak Lemak Nangka Muda dengan Kaki Ayam

Puaslah buka puasa makan nasi lauk Gulai Lemak Nangka Muda dengan Kaki Ayam. Amie masak lebih, dan boleh panaskan untuk lauk sahur nanti. Amie rindu masakan orang kampung, masak lemak bubuh ketumbar dan jintan. Tumis dahulu bahan perencahnya untuk naikkan aroma. Aduh! Enak banget!

Amie kongsikan resipinya di bawah ini. Oleh kerana ada mambang rajin hinggap di dapur, Amie tumbuk bahan perencah dalam lesung. Santannya pula dari kelapa segar. Masih ingat pesan Bonda: Kalau hendak sedap, tambahkan ketumbar dan jintan tapi jangan banyak!

Resipi Masak Lemak Nangka Muda dengan Kaki Ayam

Bahan-bahan:
  • 1/2 kilogram nangka muda - rebus hingga empuk - toskan airnya - potong ikut saiz yang disukai
  • 1/2 kilogram kaki ayam - bersihkan - buang kuku - potong dua - rebus hingga setengah empuk - toskan
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 600 ml santan cair
  • 400 ml santan pekat
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumbuk / kisar:
  • 20 tangkai cili padi
  • 2 cm kunyit hidup (Amie tambahkan satu sudu kecil kunyit serbuk)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu kecil jintan manis kasar
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan perencah dan serai hingga terbit aroma.
  2. Masukkan kaki ayam. Gaul sebati dan kemudian masukkan santan cair.Biarkan masak mendidih atau sehingga kaki ayam empuk.
  3. Kemudian masukkan nangka muda bersama asam keping.
  4. Tuangkan santan pekat. Gunakan api perlahan.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kacau sekali-sekala dan apabila kuah mendidih, padamkan api dapur.
Orang kata masakan begini semakin sedap kalau makan beberapa jam kemudian. Tak sabar hendak tunggu waktu sahur untuk panaskan semula!


18 ulasan:

  1. Baru je baca di blog Puan Hazel, dia buat masak lemak nangka muda dengan udang, lepas tu pergi ke blog Kak Amie pun ada menu masak lemak nangka muda dengan ayam pulak. Adakah ni petanda saya kena cari nangka muda jugak? Hehe. Sedap padanan lauk Kak Amie ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... saya pun baru balik dari rumah PH. Sama pula lauknya. Udangnya pula saya goreng kunyit.
      Carneyz kena cari nangka muda juga ni. Saya lama tak makan, tu bersungguh memasaknya.

      Padam
  2. Sedapnyaaa saya pun suka lauk angka muda buat masak lemak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Menambah-nambah nasi dalam pinggan.

      Padam
  3. Wah....😱
    kimia apakah ini...?
    Saya juga masak nangka muda untuk iftar..🤭
    Tengah plan hari ni nak cari ikan selayang nak goreng cicah budu..eh,rupanya kat rumah cikgu dah ada pun..
    hihihi...
    Jap saya nak terjah rumah PH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... kata PH Hari Nangka Muda Sedonia.

      Padam
  4. Sedapnya lauk! Sedapnya jus tembikai, sekarang dah agak mahal buah tembikai wooo! Tapi tuhlah favourite Sy time Ramadan ni ❣️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dah harga kayangan tembikai sekarang ni. Kena catulah kalau nak minum jus tembikai...ahaks!

      Padam
  5. Balasan
    1. Kan... tak cukup minum dua gelas waktu berbuka.

      Padam
  6. Haha menu hampir sama kita Kak Amie... Sy masak udang dgn nangka muda pastu ayam goreng kunyit. Akk pula nangka muda dgn kaki ayam & udang goreng kunyit hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suratan atau kebetulan.... atau selera kita sama...ahaks!

      Padam
  7. sedapnya kaki ayam nangka muda. saya sgt suka nangka/cempedak muda. masak sup terjun dgn halia, garlic dan pusu. mabeles!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terus tanya pak google apa itu pusu. Rupanya ikan bilis!

      Padam
  8. Wahhh memariknya masak lemak nangka kaki ayam ni .

    BalasPadam
  9. sedapnya nangka masak lemak!!!! ada ikan goreng ni yg buat bertambah nasi

    BalasPadam
  10. wah ada ceker lepas tu tambah rempah ketumbar dengan jintan memang le sedap masak lemak nangka mudanya.

    BalasPadam
  11. dah lama tak makan lemak betik muda ni kak... sedap kalau di campur dengan ayam

    BalasPadam