Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas pada hari Ahad, selepas menoreh kami berpecah dua. Izan, Nora dan Mewah pergi ke Imago Mall. Zaiton temankan Amie ke Sabah International Foos Expo di Sabah International Convention Centre.
Tersangatlah ramainya pengunjung di sini. Barangkali hari ini merupakan hari terakhir selama tiga hari pameran diadakan. |
Marilah jalan-jalan tengok apa yang boleh dilihat, dan beli apa yang berkenan di mata.
Hendak beli produk Sabah tapi memikirkan banyak harta karun yang pelu dibawa ke LD, risau pula terlebih berat. Ada sambal lengkuas, ada cincaluk tuhau!
Sempat makan ais krim kelapa dengan Zaiton. |
Kecur liur tengok jus bambangan! |
Jus Bambangan. |
Sampai di sini sahajalah kami berjalan. Batuk Zaiton semakin teruk. Dadanya rasa sakit. Kita pun risau melihat keadaannya. Tak apalah, tak perli teruskan jalan-jalan di pameran makanan ini. Memang tak sempat hendak singgah banyak tempat terutama gerai Brunei Thailand dan Indonesia. Kami terus balik ke hotel supaya Zaiton boleh berehat. Zaiton kurang sihat, dan kurang rehat. Zaiton baru balik dari menunaikan umrah.
Aduhai....nampak jus bambangan tu..rasa macam lalu ja kat tekak ni..
BalasPadamPernah rasa keenakan jus bambangan ni kat MAHA..saya suka.
Banyaknya harta karun diangkut balik LD..Buat stok bulan puasa ke cikgu,..hihihi
Sekarang teringat-ingat pula susunan botol berisi jus bambangan. Kan dah menyesal tak beli hihihiiii!
PadamBestnya mcm2 ada tu kak
BalasPadamYa, macam-macam ada tapi tak sempat teroka semua gerai.
PadamSeronok pergi event Gini, Sy suka bila ada banyak tester..hehehee
BalasPadamBetul tu. Tidaklah ragu-ragu hendak beli kalau sudah dapat merasa, boleh buat pilihan nak beli atau sebaliknya.
Padambest eh. if saya cfrm ada angkut sikit2 tu. especially yg sambal tu
BalasPadamTak ada rezeki kali ini sebab risau kawan sakit dan terus balik berehat.
PadamMistake pulak tgk gambar mknn ni di pagi hari... hihihi
BalasPadamSaya suka kalau pergi event macamni. Apa lagi kalau ada tester. Product bungkus macam ni bila rasa sedap emmm memang nak borong je. Apa lagi product yang tak pernah jumpa
BalasPadamya ampun sedapnya semuanya tu
BalasPadam