Bismillahirrahmanirrahim.
Bulan puasa begini, mulalah terkenang anak-anak yang jauh di mata. Perasaan rindu usahlah dikata. Hanya doa sahaja yang mampu mengubat rasa. Syukurlah boleh bervideo call setiap hari, bertanya khabar dan berkongsi cerita. Sebagai ibu, kalau boleh ingin melihat segala perkembangan anak-anak di hadapan mata. Namun begitu sikap ini tidaklah adil dan hanya pentingkan diri. Mana mungkin sepanjang waktu anak-anak berada di celah ketiak kita. Biarlah mereka terbang mencari haluan dan mencapai cita-cita masing-masing. Kepada Allah kita bertawakal. Ya Allah, lindungi anak-anak kami, pelihara iman mereka walau di mana mereka berada.
Setakat ini tempat yang paling dekat untuk dikunjungi sudah tentulah di Kota Kinabalu. Walaupun Fairuz sibuk dengan urusan kerjanya, sekurang-kurangnya dapatlah mengikuti perkembangannya walau hanya untuk seketika. Sewaktu kami jalan-jalan ke tamu dan menjamu selera di tempat makan tertentu, sudah tentu tidak lupa untuk membawa pulang oleh-oleh berupa makanan untuk Fairuz dan Haziq. Kalau tidak sempat makan sebab lewat pulang dari menghantar bekalan ikan, Amie akan masukkan dalam peti sejuk. Keesokan harinya boleh dipanaskan atau dikukus.
Selain membawa pulang sate dari Sipitang, kami juga membeli sate dari Beaufort di Brunei Satay House untuk Fairuz dan Haziq. Ketupat dari Sipitang dipanaskan semula dan dihidang bersama sate kerbau, kambing, ayam dan berubut dari Beaufort.
|
Sate Brunei & Ketupat Sipitang. |
Sate dari Brunei Satay House di Beaufort ini memang sangat menggamit selera. Tidak sabar rasanya hendak berkunjung ke sana lagi. Mudah-mudahan ada rezeki di musim cuti bolehlah jejakkan kaki ke sana atau mana-mana gerai sate Brunei.
|
Hidangan sate dengan pelbagai makanan sampingan seperti ketupat, kocong dan kelupis. |
Biasanya kita jumpa sate dengan nasi himpit. Memang ada nasi himpit di mana-mana gerai sate tetapi Amie lebih suka memilih ketupat. Bukan mudah untuk dapat ketupat zaman sekarang. Ketupat dan kelupis banyak dihidangkan di gerai sate Sipitang. Manakala di gerai sate Brunei lebih terkenal dengan sate dan kelupis.
|
Sate Brunei. |
|
Ketupat dari Sipitang. |
|
Kelupis dari Beaufort (Brunei Satay House). |
|
Daun Nyirik. |
|
Daun nyirik digunakan untuk membungkus kelupis. |
|
Kocong yang dibeli di Brunei Satay House. |
|
Pulut Inti dari Tamu Sipitang |
|
Sate & the Gang! |
|
Meriahnya warna-warni kehidupan rakyat Malaysia! |
Macam best je pulut tamu tu?
BalasPadamSedap! Pulut inti udang.
Padamfuh!! menu kegemaran saya ni. tak pernah bosan dgn sate dan pulut. selalu onz!
BalasPadamYeaayyy! Kita gang!
Padamoooo guna daun nipah ya kak... so sy boleh pggl ketupat sipitang = ketupat daun nipah nnt. kg sy kalu dah tak ada pucuk kelapa pucuk nipahlah kami guna. sy x suka betul anyam pucuk nipah ni. leceh sbb kesat😁 1 sarung ketupat hmpr 15 min br siap
BalasPadamKak Amie, apa beza sate di Brunei dengan sate di Malaysia? Kalau di Brunei, sate dihidang dengan kuah kacang jugak ke?
BalasPadamKelupis tu macam ketupat juga ke amie. Macam-macam jenis daun digunakan kan.
BalasPadamsedapnya kak... suka dana tengok akak punya nyiru tampi tu....
BalasPadam